CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wujud Nenek Yang Layan Cucu Ikut Taraf Pekerjaan Ibu Bapa

29-12-2023 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 40401| Komen: 61

Description: PETALING JAYA – Sedar atau tidak sedar sebenarnya masih wujud nenek yang pilih kasih dan beri layanan berbeza kepada cucu mengikut taraf pekerjaan ibu bapa mereka.
PETALING JAYA – Sedar atau tidak sedar sebenarnya masih wujud nenek yang pilih kasih dan beri layanan berbeza kepada cucu mengikut taraf pekerjaan ibu bapa mereka.

Perkara itu dikongsikan oleh @eldetoys melalui sekeping gambar di laman TikTok, dan ia disokong penuh oleh rata-rata pengguna yang menonton video tersebut.


Menerusi gambar tersebut, ia memaparkan layanan sesetengah nenek akan tertumpu dan lebih lembut jika cucu tersebut merupakan anak kepada orang berada dan mempunyai pekerjaan bagus.


Foto: Kosmo

Berbeza pula dengan cucu yang datangnya daripada keluarga yang susah, layanan mereka akan menjadi kasar dan mengasingkan cucu tersebut daripada cucu kesayangannya.

Ia juga disuarakan oleh kebanyakan pengguna yang meninggalkan komen pengalaman mereka dilayan buruk oleh nenek mereka.

“Anak-anak aku makan pakai pinggan polisterin tapi cucu kesayangan pakai pinggan kaca. Paling sedih bila anak aku tanya ‘Ibu, kenapa kami pakai pinggan polisterin?’,” luah @Jazzjasry.


“Aku sendiri pernah mengalami benda ni. Masa semua orang berkumpul, aku disuruh balik. Nenek cakap ‘kau makan kat rumah kau. Lauk ni untuk cucu aku yang lain’. Aku tak akan lupa semua yang dia cakap,” kata seorang pengguna.

“Betul wei. Depan-depan aku kena. Cucu-cucu yang sekolah hebat dicakap cerdik, yang biasa-biasa di dicakapnya lembab. Aku yang dengar ni terkedu sekejap. Dalam hati, sampai hati cakap anak lembab. Padahal masing-masing baru tadika je pun,” kata Eila Saidin. 

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 29-12-2023 03:35 PM
Ye...mmg berlaku.
Quote akies 29-12-2023 03:36 PM
Iols tkde pengalaman banyak dgn arwah nenek.
Sbb diorg meninggal masa kami di bangku sekolah lagi.
Kesian lak baca part kena pulau dan layanan tak sama rata.
Huhuhu
Quote ninja boy 29-12-2023 05:26 PM
Yg x brp sekolah tu la jaga masa tua pakai pamper hantar hospital
Quote hasniey 29-12-2023 05:35 PM
Nenek aku perangai mcmni la..siap sorok durian tgu pakcik aku yg engineer tu balik.aku pulak kecik,asik tanya je mak abah aku.rumah atok bau durian tp xnmpk pon duriannya
Quote dua_chzy 29-12-2023 05:41 PM
Nenek takpe lagik (btw datuk takde ke kes camni? Asyik nama nenek je naik).

Mak pak yang bedakan anak2 layan tak sama rata, layanan dibedakan ikut kategori:

1. Jantina.
2. Comel, tak comel.
3. Putih, tak putih.
4. Keja gomen, keja swasta.
5. Menantu kaya vs menatu meskin.
6. Level education anak menantu.

Jauh lagik teruk.
Quote Skuau 29-12-2023 05:48 PM
dua_chzy replied at 29-12-2023 05:41 PM
Nenek takpe lagik (btw datuk takde ke kes camni? Asyik nama nenek je naik).

Mak pak yang bedakan an ...

ada video kt yt..atuk,nenek mai..si cucu terus berlari ke arah atuknya...
Quote supernaturalee 29-12-2023 05:50 PM
lg 1 personaliti

yg jenis riuh dgn pendiam
riuh ni seronok layan sembang
yg pendiam ni mati kutu dibuatnya

Quote dua_chzy 29-12-2023 05:51 PM
Edited by dua_chzy at 29-12-2023 10:02 AM
Skuau replied at 29-12-2023 09:48 AM
ada video kt yt..atuk,nenek mai..si cucu terus berlari ke arah atuknya...


Atuk2 macam jarang nak bias2 ni. Juga jarang la lelaki jadik pak mentua jahat. Kaum hawa ni ja toksik nak mampus.
Quote nikaido 29-12-2023 06:01 PM
dua_chzy replied at 29-12-2023 05:41 PM
Nenek takpe lagik (btw datuk takde ke kes camni? Asyik nama nenek je naik).

Mak pak yang bedakan an ...

Ada Datuk aku. Bila kami balik kampung, datuk xlayan mana aku adik beradik. Duit raya pun xbagi. Berbeza dgn sepupu2 aku (yg duduk dkt dgn rumah dia)
Quote dua_chzy 29-12-2023 06:03 PM
nikaido replied at 29-12-2023 10:01 AM
Ada Datuk aku. Bila kami balik kampung, datuk xlayan mana aku adik beradik. Duit raya pun xbagi. B ...

Hapa puncanya? Mak/Pak uols ada buat hal dengan deols ka?
Quote nikaido 29-12-2023 06:24 PM
dua_chzy replied at 29-12-2023 06:03 PM
Hapa puncanya? Mak/Pak uols ada buat hal dengan deols ka?

Xingat dah kalau ada pun. Datuk aku dah meninggal 20++thn lepas thn 2000
Quote tumpanglalu74 29-12-2023 06:33 PM
Tu pasal pentennye berharte..  Atok nenek pon menyampah tengok korang.
Quote Tinot7 29-12-2023 06:35 PM
Awat la pilih bulu sampai mcm ni..
Kalau bebudak tu nakal, lain la citer.. tapi kalau bebudak baik, iols takde masalah..
Quote Tinot7 29-12-2023 06:35 PM
supernaturalee replied at 29-12-2023 05:50 PM
lg 1 personaliti

yg jenis riuh dgn pendiam

Yg pendiam dan baik la best.. senang nak jaga..
Quote Ahriman 29-12-2023 06:44 PM
Nenek aku salah sorngnya.ade cucu kesayangan.tpi atuk aku lain skit.klau beli makanan jajan keapa mesti bahagi siap2 kat cucu2 dia.senang tk berebut.
Quote Gianna111 29-12-2023 06:54 PM
atok dan nenek masa muda bertenaga ni boleh la layan cucu dengan sombong dan pilih bulu tau. nanti dah tua akan merasa.camne i tahu dan boleh jamin.huhu sebab nenek saudara aku layan cucu berbeda-beda. cucu yang kaya dia tatang bagai minyak yg penuh dan siap sedia untuk jaga bila hujung minggu parents nak berjimba. sekarang cucu dah membesar dan atok nenek dah unzur.cucu yang ditatang tidak pula datang menjenguk alasan duduk jauh.dah tau duduk jauh kalau ada ihsan bank in la duit utk tok nenek belanja. yang sekarang ni yang usung dia ke klinik ke hospital ke grocerier adalah adik beradik cousin aku yang tok nenek dia tak pandang masa mereka kecil dulu.
itu lah karma ye..
Quote noor2 29-12-2023 06:56 PM
Mak aku termasuk la aku suka anak lelaki...cucu lelaki mmg mak aku lebihkan...
Quote ayra.e 29-12-2023 08:07 PM
Aisey sedih pulak kan.yg dok dekat yg selalu bawak klinik yg tlg ringan kan keje rumah,tapi ade je yg xkene kat mate dia.anak kite pon senang je dia mara2 .kalau cucu yg lain buat salah ketawe je plus tendang bola xkuat pon dikate xpandai main bola. dan terkeluar perkataan lembap.cucu pempuan.kalau ganas sangat pon salah.
terkilan sedih tp simpan jela dlm hati selagi mampu.
Quote jihyomelly 29-12-2023 08:58 PM
arwah nenek org n9 cenggini punya perangai..sbb ayah tak kawin yg dia suka..abis family dia nyampah..dia meninggal pun kitorg cucu2 mcm x kisah sbb xde memory indah pun..ni dpt mertua perangai sama anak2 iols dia x berapa layan sbb dia nak menantu kaya..iols miskin anak yatim piatu..terpaksa la anak2 iols menumpang kasih tok sedara..

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.315919 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top