CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rita Rudaini Tuntut Cikgu Wanita Sebar Fitnah Mohon Maaf, Atau Wajah Terpampang Di Media Sosial

29-12-2023 10:50 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 38413| Komen: 322|Original author: Saiful

Description: Rita Rudaini tidak teragak-agak mendedahkan wajah seorang guru wanita yang didakwa menyebarkan fitnah tentang dirinya.Rita bagi tempoh sehingga selesai cuti sekolah untuk guru berkenaan menghubunginya ...
Rita Rudaini tidak teragak-agak mendedahkan wajah seorang guru wanita yang didakwa menyebarkan fitnah tentang dirinya.

Rita bagi tempoh sehingga selesai cuti sekolah untuk guru berkenaan menghubunginya dan membuat permohonan maaf.


"Selagi awak tidak hubungi untuk mohon maaf, saya akan buka sikit-sikit klu. Mana maruah awak sebagai seorang pendidik? Bertudung, mengajar tempat mulia tapi kaki mengumpat dan fitnah. Awak tutup aurat tapi lupa tutup mulut.

"Lepas cuti sekolah cikgu hubungi saya. Kita borak-borak sebelum saya nekad tampal muka cikgu di media," katanya di Instastory.
Dipercayai guru berkenaan berkhidmat di sekolah tempat anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin belajar sebelum ini.

Foto: IG

Rita turut memberi gambaran wanita itu menyebarkan cerita tentang dia sedangkan mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain.

"Dengarnya cikgu ini selalu membawang fasal anak saya juga. Tetapi peliknya dia tidak pernah mengajar anak saya. Kenapa berhati busuk dengan saya?


"Kami tidak pernah kenal, bersembang atau bersua muka tetapi lagak cikgu seperti paling tahu cerita dalam kain saya.

"Apa dosa saya sampai sanggup aib dan fitnah saya dekat kawan-kawan cikgu? Saya tak pernah buat hal kepada mana-mana guru atau sekolah. Anak saya pun tak pernah buat hal. Pertama kali dalam hidup hadap cikgu toksik begini," ujarnya.


Foto: IG

Rita menegaskan luahan tersebut hanya ditujukan kepada guru terbabit dan bukannya melibatkan mana-mana pihak lain.

"Saya bercakap hanya fasal seorang guru di sana. Yang tiada kena mengena tolonglah nasihat rakan anda itu supaya buat perangai elok sedikit.

"Saya bercerita fasal seorang guru ini sahaja yang dah buat onar cemarkan nama guru-guru lain. Saya pun masih ada kenalan guru di sana yang masih kekalkan silaturahim," jelasnya.

Sebelum ini Rita meluahkan rasa kesal apabila dituduh cuba mengambil hak golongan kurang berkemampuan dengan menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan ditanggung kerajaan.

Apa membuatkan dia lebih kecewa apabila kata-kata kurang enak itu diucapkan oleh seorang pendidik. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 29-12-2023 10:51 AM
Alah maafkan je lah cikgu tu acik rita. Dia jealous tgk acik Rita hot. Better acik rita fokus cari duit memandangkan ex laki pun dh nk blah dari JDT tahun depan
Quote mojarean_X 29-12-2023 10:53 AM
Adakah cikgu tu acik porem juga?
Quote Buritan 29-12-2023 10:58 AM
mojarean_X: Alah maafkan je lah cikgu tu a ...
mojarean_X: Alah maafkan je lah cikgu tu a ...



Yep.. cikgu cikgu byk yg kepam gundu pakai tudung peridah psr mlm.. muka berminyak.. laki bewak pinjm loan ratus ribuuu...patut acik  rita who are yuskan jee..
Quote lightheaded67 29-12-2023 11:05 AM
ooo aku ingt dia nk suruh acik cikgu tu buat stetmen mintak maap kt medsos atau muka tpampang medsos, takde beza a sbb dua dua pun dia kena kluar muka. rupanya acik rita ni suruh mintak maap secara private. ok a tu. ko dh tau acik rita ni cemana, lagi nk usik hal dia. pening lalat
Quote Piramida 29-12-2023 11:08 AM
Ya Allah... Tak boleh brain perangai dia ni.
Cuba dia yg disuruh mintak maaf kat bekas mertua ke apa ke isteri je pun ke or sesapa lah.. ... Hadaaa??!
Quote meah_kelabu 29-12-2023 11:11 AM
dia up je muka cikgu tu, sila la saman
kadang2 acik ni kene bg pengajaran jugak
suke2 nk malukan org
walaupun mungkin la cikgu tu ade ckp bnda tak betul, tapi sape je bole verifykan ape yg cikgu tu ckp? ade bukti ke
Quote belilies 29-12-2023 11:12 AM
Viral je lah, nak tengok sheols saman ko balik. Rita ni kene diajar cukup perasa biar sheols jdik bisu. Longkang sangat perangai. Anak2 dah tua nanti carik bini yg betul2 lembut perangai, duduk jauh2. Taguna hidup ngan pompuan camni, mulut penuh ngan ulat, tu yg tak reti nak seranah org
Quote Mary_jane 29-12-2023 11:24 AM
Siapa buat hal dengan minah ni memang habis lah jadi 'punching bag'.
Quote syabee 29-12-2023 11:32 AM
anak pun dah pindah ke mrsm lain kan.. apa yg dia nak lagi?
Quote iolss 29-12-2023 11:37 AM
apa cite ni.. acik tetinggal keretapi
Quote krustykrab 29-12-2023 11:38 AM
Ada bukti boleh la nk buat mcm tu nek rita...takut nnt hg pulak kena saman kalau bukti takdak
Quote Manusiabesa 29-12-2023 11:38 AM
Hot btul bodi ritrud. Beranak 2x mcm xtejejas. Muka,rmbut, skin smua nmpk sihat cukop kolegen mcm stuck kt usia 20an. Btw sejak kes ritrud sblum2 ni yg xpenah habis pon aku ada 1 rasa sedih tgok muka dua ketul anak ritrud. Bapak xmau jenguk @ ritrud yg x izin. Sayu tgok lg2 abg tu muka bapak 100%. Adik plk muka manja.. dua2 mcm sunyi tp pendam. Mak ada tp mk jenis pegang tgjwwb dgn baik tp depa tetap nampak dri jauh, bapak depa hepi dgn mak tiri dan adik2 tiri.
Quote arffa 29-12-2023 11:40 AM
syabee replied at 29-12-2023 11:32 AM
anak pun dah pindah ke mrsm lain kan.. apa yg dia nak lagi?

Anak dia pindah MRSM mana pulak? Tapi aku boleh relate la mak ayah yang cepat bitter dengan cikgu sebab anak pun duduk asrama. Rupanya bila diselidik cikgu cakap lain, anak sampai lain. Orang yang report ke Rita tu awat nak bertepuk tampar closed dengan Rita ke? Cerita kat bilik guru padahal ada je parent lain kena umpat tapi sebab nak mingle dengan rita so bgtau le Rita.
Quote exclusive_vvip 29-12-2023 11:40 AM
skrg ni sapa yg jadi tukang sampai tu? hanat la pada yg jadi tukang sampai ru
Quote theotherfriend 29-12-2023 11:46 AM
la... ada bukti ke? kalau setakat sampai menyampai, elok diam2 je la. Kesian anak2 baru nak masuk sekolah baru terpalit perangai suka bercakar orang dewasa.
Quote cm_vungtau 29-12-2023 11:46 AM
Sian dia ni sebab galas tanggungjawab sorang2. Tapi menjadik pulak anaknya. Rita, ko maafkan ajelah cikgu tu. Bukan apa, kesian kat anak tu. Aku pun selalu jugak sakit hati dengan cikgu, tapi pikirkan anak, aku biarkan aje. Sabarlah Rita oi. Kalau kena saman lagi susah nanti
Quote cm_vungtau 29-12-2023 11:51 AM
Kalau setakat kena umpat pun RR sampai nak bergaduh bertegang urat, kalau dia masuk porum ni agaknya pitam dia
Quote Thunderclouds 29-12-2023 12:06 PM
Padan muka.
Meols sokong rr mcm besa walau majority macik porom anti rita.
Cekgu gundu menci rr sampai ank pon abes terpalit mmg wajib kna shaming luar dlm.
Sah acik porom gak tuh.
Sekadar menabur pitnah di hari jemaat
Quote Thunderclouds 29-12-2023 12:07 PM
arffa replied at 29-12-2023 11:40 AM
Anak dia pindah MRSM mana pulak? Tapi aku boleh relate la mak ayah yang cepat bitter dengan cikgu  ...

Dh pindah subes.
Jenuh gak tu turun naik pejabat mara.
Bukan senang mintak tukaq sana sini seblom naik f4 say mcm nk tukaq ke mrsm bitara.

Lihat semua komen(322)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.438623 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top