CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sebagai Orang Lama, Saya Tahu Bagaimana Pengakhiran Pelakon Yang Diva – Aziz M Osman

28-12-2023 01:39 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 11663| Komen: 28

Description: Pengarah dan pelakon, Aziz M Osman, mendedahkan pernah berhadapan dengan pelakon yang mempunyai perangai diva atau berlagak sehingga bertindak meninggalkan set semasa penggambaran dijalankan. Namun ...

Pengarah dan pelakon, Aziz M Osman, mendedahkan pernah berhadapan dengan pelakon yang mempunyai perangai diva atau berlagak sehingga bertindak meninggalkan set semasa penggambaran dijalankan.


Namun sebagai orang yang sudah lama berkecimpung dalam bidang seni, Aziz, 61, kekal tenang kerana telah melihat ramai pelakon yang tidak bertahan lama kerana mempunyai sikap sebegini.



“Saya pernah berhadapan dengan pelakon yang mempunyai sikap diva atau narsisitik. Bila kami, pelakon veteran melihat perangainya itu, kami senyum kerana sudah tahu bagaimana pengakhiran pelakon itu nanti.


“Hidup ini bagai roda. Kitaran yang sama itu sudahpun dilalui banyak orang. Pelakon itu mungkin menyombong hari ini. Namun suatu hari percayalah, dia juga akan berada di bawah. Oleh itu, hidup jangan menyombong,” katanya.


Aziz ditemui Utusan Malaysia semasa majlis tayangan perdana dan sidang media filem Dalang baru-baru ini.


Sekadar berkongsi pengalaman, Aziz berharap ceritanya dapat dijadikan pengajaran khususnya buat pendatang baharu agar sentiasa menjaga kelakukan semasa penggambaran.


“Apa yang sudah berlalu, kita anggap sahajalah ia sudah berlalu. Sekarang, pelakon itu pun sudah okay,” tambahnya.



Sumber: Utusan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembacagosip 28-12-2023 01:48 PM
sapa sapa sapa

yg dah ok tu sapa pelakon tu

ala awal plak mak dtg
Quote chandrahusin 28-12-2023 02:18 PM
Mcm kisah Ena Manjalara la ni
Quote lasagna 28-12-2023 02:29 PM
chandrahusin replied at 28-12-2023 02:18 PM
Mcm kisah Ena Manjalara la ni

ida ner*na kaa?

Quote Paiya 28-12-2023 02:43 PM
siapa pelakon pengakhiran tak okay tu?
Quote Noraniza_Iblis 28-12-2023 02:45 PM
mcm acik Ida nerinahh
Quote chandrahusin 28-12-2023 02:46 PM
lasagna replied at 28-12-2023 02:29 PM
ida ner*na kaa?

Itu watak Ida Nerina je kan dlm filem Layar Lara
Quote Dolmat 28-12-2023 02:46 PM
Edited by Dolmat at 28-12-2023 03:34 PM

Ida Manjalara memang muka kekwat.. beza dgn gelandangan missy gypsy. walaupun muka iras2.

Pilem Manjalara, Sarah bawak watak kekwats sesuai dgn perangai kot..

Quote Burong_Hantuk 28-12-2023 02:47 PM
banyak dh contoh2 artis2 yg glamer dulu idup merempat ...
Quote lasagna 28-12-2023 03:26 PM
chandrahusin replied at 28-12-2023 02:46 PM
Itu watak Ida Nerina je kan dlm filem Layar Lara

ha ah.. betul tu, tp ntah laa, ada ke abg long buat cite invite ppuan ni, tak perasan.
Quote tokchik 28-12-2023 04:07 PM
gambar kat atas tu menampakkkan kekertuaan beliau.
muka iras arwah ibunya afida ess
Quote Noraniza_Iblis 28-12-2023 04:13 PM
lasagna replied at 28-12-2023 03:26 PM
ha ah.. betul tu, tp ntah laa, ada ke abg long buat cite invite ppuan ni, tak perasan.

xx ray bkn she belakon ke
Quote saraism 28-12-2023 04:36 PM
fathia ke dia maksudkan ni? sebab dulu fathia pernah baling fon kan kat aziz m osman ni...
Quote noell 28-12-2023 04:57 PM
ini mcm dia flashback kisah  pacit jeri saja ka camna??
Quote kaedahnya 29-12-2023 01:23 AM
saraism: fathia ke dia maksudkan ni? se ...
bukan dia baling depan along kamaruddin ke? dia protes kena marah macam tu la kot.
Quote naina 29-12-2023 01:34 AM
kaedahnya replied at 29-12-2023 01:23 AM
bukan dia baling depan along kamaruddin ke? dia protes kena marah macam tu la kot.

Perghhh Fathia tu memang banyak bad rekod kan. Ramai bercakap2. Nahhhh belum sampai 40 pun dah tunggang langgang. Siap rupa pun dah lain.. Nauzubillah min Zalik..
Quote kaedahnya 29-12-2023 02:05 AM
naina replied at 29-12-2023 01:34 AM
Perghhh Fathia tu memang banyak bad rekod kan. Ramai bercakap2. Nahhhh belum sampai 40 pun dah tun ...

aku rasa pelakon pompuan paling cantik kat malaysia zaman dia dulu dia la. pastu senrose dua beradik tu, then emma & zahirah.
tapi tu la, wildin' pulak.
aku baca kat forum perangai begitu maybe long term effect amik substance katanyeah sebab kemampuan berpikiran rasional tu macam terjejas la.
Quote dua_chzy 29-12-2023 03:01 AM
chandrahusin replied at 28-12-2023 06:18 AM
Mcm kisah Ena Manjalara la ni

Patya Latip pun sama.
Quote lotionmilo 29-12-2023 03:08 AM
tokchik replied at 28-12-2023 04:07 PM
gambar kat atas tu menampakkkan kekertuaan beliau.
muka iras arwah ibunya afida ess

Bila pulok Afida Es meninggal?
Quote AnnaSendin 29-12-2023 04:02 AM
lotionmilo replied at 29-12-2023 03:08 AM
Bila pulok Afida Es meninggal?

Berkurun dah sejak zaman jurassic park lagi uols..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.046024 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top