CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zain Saidin Dipuji Ajar Aaisyah Cara Siang Ikan

27-12-2023 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23429| Komen: 73

Description: Perkongsian terkini pelakon Zain Saidin meraih tumpuan ramai di platform TikTok apabila berkongsi video mengajar anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana menyiang ikan.
Perkongsian terkini pelakon Zain Saidin meraih tumpuan ramai di platform TikTok apabila berkongsi video mengajar anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana menyiang ikan.

Menerusi video tersebut, Aaisyah yang pertama kali menyiang ikan kelihatan tidak kekok meskipun tidak menggunakan sarung tangan plastik.


Selain bapanya, anak kepada aktres dan usahawan Rozita Che Wan ini turut diajar oleh Mak Toknya.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Zain seorang bapa misali yang rajin melayan karenah anaknya, serta melakukan aktiviti bermanfaat ketika musim cuti sekolah.

Selain itu, netizen turut meluahkan rasa bangga terhadap Aaisyah yang tidak geli ketika memegang ikan, selain berjaya menyiang ikan tersebut dengan elok.



Zain dipercayai melakukan video tersebut sebagai content berhubung isu hangat personaliti televisyen (TV) yang tidak mahir menyiang ikan ketika mengacarakan program tersebut secara langsung di TV3, baru-baru ini.

Isu tersebut turut mendapat perhatian isteri pelawak Shuib, Watie Hanifiah yang mengimbau kembali momen menyiang ikan sehingga termencarut ketika kali pertama bertemu ibu mentuanya, Salamiah Jalani.



Bagaimanapun, pengacara TV tersebut tampil mempertahankan diri dan memberi respons terhadap kritikan netizen behrubung perkara tersebut.

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 27-12-2023 05:15 PM
Zain ni, walaupun bewok, tapi nmpk la dia berusaha nak buat Ecah tu tak jadi bimbo. Aritu dia bwk Ecah pegi mana tah, nk ajar psl respect agama lain. Tapi di hencap Netizen.
Tapi nmpk la Zain ni berusaha ajar Ecah tu mcm2, bkn mcm Nekta. Blk2 mekap, blk2 pakaikan heels. Kalau deme cerai, baiklah  Ecah tu bagi ke Zain
Quote Fly_over 27-12-2023 05:27 PM
ecah ni bila content dgn zain mcm budak2 normal. bawak keluar pn xde mekap. skali content dgn maknya malam buta nk nk tido pn mekap.
Quote alesandra 27-12-2023 05:32 PM
Gigihnya aku tgk video buat chocolate chip tu.zain ni xreti edit video  ke?lama btl videonya.dan mana part 2 nya?
Quote fido_dido 27-12-2023 05:41 PM
Fly_over replied at 27-12-2023 05:27 PM
ecah ni bila content dgn zain mcm budak2 normal. bawak keluar pn xde mekap. skali content dgn maknya ...

iols pun nak komen gini..dengan apaknya nampak dia mcm kanak2 biasa je..dengan emaknya terus betukar jd bimbo budak tu
Quote 3chanceno 27-12-2023 05:53 PM
Bagus Zain ada masa untuk quality time dgn Ecah. Nampak Ecah cam budak2 sebaya dia.
Quote Fly_over 27-12-2023 05:57 PM
Edited by Fly_over at 27-12-2023 11:40 PM
fido_dido replied at 27-12-2023 05:41 PM
iols pun nak komen gini..dengan apaknya nampak dia mcm kanak2 biasa je..dengan emaknya terus betuk ...


cekta pulak tiap kali ulas psl ni konon2 anak dia yg nak mcm tu. dia ikut je.
Quote noor2 27-12-2023 06:24 PM
Lawa sungguh muka aisyah ni walaupun x de gigi...
Quote cm_vungtau 27-12-2023 06:45 PM
Biasa la tu tak reti siang ikan. Kan boleh beli ikan salmon ke tenggiri aje yang dah siap potong. Aku pun tak suka jugak masak ikan nak kena siang2 ni Tiber nak menyampuk jugak.
Quote dua_chzy 27-12-2023 06:56 PM
Carcosa replied at 27-12-2023 09:15 AM
Zain ni, walaupun bewok, tapi nmpk la dia berusaha nak buat Ecah tu tak jadi bimbo. Aritu dia bwk Ec ...

Kalau househusband jenis rajin jaga anak, aiol tak anggap bewok.
Quote EncikRhoma 27-12-2023 07:25 PM
Che ta pandai siang ikan tak?
Quote Diamondmoney 27-12-2023 07:32 PM
Kesian zen ni dgn cheta tak dpt membiakkan keturunan. Kalau tak mesti lawo2 ank heols

Sila la kawen lagi satu. Acik porum merestui
Quote Sazreena 27-12-2023 07:47 PM
Elok lagi la Zain ko buat wijeo ngan ecah..nampak la sket potensi dia yg sebenar. Bukan bimbo mekap sekati nak bagi anak tua sebelum usia. Can see la kalau ecah bergaul ngan sedara belah Zain perangai dia semenggah. Cam hari tu ecah borak ngan Sasha. Baru la ada vibe ongkaya sket.
Quote Jellobin 27-12-2023 07:56 PM
Siapa personaliti tv tu? Ala biasalah xreti siang ikan. Bkn perkara besar pn. Netijen pn
Quote de_ikea 27-12-2023 07:58 PM
Akhirnya dapat tgok ecah sisi kanak2. Kalo tgok kat mak dia, sisi tua sebelum waktunya.
Quote duricinta 27-12-2023 08:21 PM
I macam pernah nampak kt ig sapa ntah dulu, ecah ni teman che ta g shooting, di bawaknye beg mainan masak2, cantik2 sume pink. Tp x masuk dlm ig che ta sbb dia suka tunjuk time ecah mekap2 je, so i rasa ecah ni sama je mcm budak2 biasa tu
Quote Carcosa 27-12-2023 08:31 PM
dua_chzy replied at 27-12-2023 06:56 PM
Kalau househusband jenis rajin jaga anak, aiol tak anggap bewok.

Betul jgk tu.
Meols ada soft spot jgk lah dkt si Zain ni.
Sbb dia pun bukan bodoh2 sebab mcm Nekta tu. Nekta tu nasib la lawa masa muda. Dpt lah zass Capt.
Zain ni, nmpk la dia berusaha lebih utk buat si Ecah tu pandai
Quote dua_chzy 27-12-2023 09:52 PM
Carcosa replied at 27-12-2023 12:31 PM
Betul jgk tu.
Meols ada soft spot jgk lah dkt si Zain ni.
Sbb dia pun bukan bodoh2 sebab mcm Nekta ...

Iya. Aiols pun suka cara Zain parenting Ecah banding Nek Ta. Tak faham aiols apsal nak soh melawaaaaa jah, pehtu carik orang kayaaaaa jah apa dia nak Ecah jadik gundek cekelat (kohkohkooghkkhkkkk tecekikkk) macam dia ka?
Quote LadyCarefree 27-12-2023 09:54 PM
Cari duit lah tu. LOL. iols tgk diorang buat cookie. iq bapak mcm 80 je.
Quote AWEKSAMURAI 27-12-2023 09:58 PM
Jellobin replied at 27-12-2023 07:56 PM
Siapa personaliti tv tu? Ala biasalah xreti siang ikan. Bkn perkara besar pn. Netijen pn

Bekas ratu cNtik apa tah nama dia sugeeta Chandran kot x silap aku .. tanjak lah miss Malaysia kot . Ada tu dok kampung pun x reti siang ikan .kwn aku goreng telor pun lari merata satu dapur takut kena minyak ..masak nasi sampai hangus nasi . Ramai je pompuan2 skrg x reti buat keje dapur nak plak jenis ari2 makan kat luar

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.108046 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top