CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Besarnya Rumah, Jenuh Nak Jaga Dan Cuci! Shila Amzah Buat Bungalow Tour, Tunjuk Rumah Dah Kosong Siap Sedia Dijual

27-12-2023 04:37 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 25532| Komen: 113|Original author: Saiful

Description: Selepas dua bulan berbalah dengan keluarga berhubung isu rumah, Shila Amzah berkongsi keadaan terkini banglonya yang terletak di Hulu Langat, Selangor itu.
Selepas dua bulan berbalah dengan keluarga berhubung isu rumah, Shila Amzah berkongsi keadaan terkini banglonya yang terletak di Hulu Langat, Selangor itu.

Shila memaklumkan banglo berkenaan telah selesai dicuci dan siap sedia untuk dijual.


Foto: IG

"Alhamdulillah, akhirnya boleh buat lawatan banglo. Terima kasih sebab bersihkan... kalau Sha dengan Ubai buat memang jenuh kita orang," katanya di Instagram.

Dalam video tersebut, Shila juga sempat berkongsi persekitaran rumah banglo berkenaan yang dilihat sudah pun mula kosong.

Menurut Shila rumah berkenaan dua tingkat dan mempunyai 12 bilik tidur yang rata-ratanya memiliki bilik air tersendiri.



Di ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat rumah berkenaan yang besar dan luas.

Shila juga sempat membalas komen salah seorang pengikutnya dengan memaklumkan dirinya bakal menjual rumah berkenaan tidak lama lagi.

"Ya Allah besarnya rumah ini. Memang jenuh nak menjaga dan mencuci bagai.

"Rumah ini kalau duduk 10 orang pun tak sempit.

"Nampak dah tak berpenghuni, rumput pun dah panjang," antara komen netizen.


Pada Oktober lalu, kemelut keluarga Shila menjadi perhatian selepas adiknya Syada Amzah mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo milik penyanyi itu bakal dijual.

Shila bagaimanapun menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka, Fauziah Sarman.


Isu tersebut berlarutan apabila adik lelakinya Amir Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual banglo tersebut. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote katakauu 27-12-2023 04:43 PM
maid sorang pun mampus
kena dua atau tiga org
pendek kata kena kaya la nk beli rumah die ni
Quote harkktuih 27-12-2023 04:52 PM
12 bilik, setiap satu ada own toilet..bapak penat nak mengemas..
Quote immaryjane 27-12-2023 04:53 PM
12 bilik tdur. Yg dduk sehari2 empat orang berserta kucing 44 ekor.
Berapa la value rumah ni, berapa la sha kne kerah bayar muda2 dlu smpai dh hbis bayar.
Rumah mcm ni mmg patut jadi rumah pusaka, mak dduk dgn anak beranak, soon beranak pinak cucu belas2 ekor,  raya mst meriah.
Tp nk expect ape dr family yg wasap group pn tak ade..msing2 dengki each other.
Quote supernaturalee 27-12-2023 05:04 PM
immaryjane replied at 27-12-2023 04:53 PM
12 bilik tdur. Yg dduk sehari2 empat orang berserta kucing 44 ekor.
Berapa la value rumah ni, berap ...

tu lah
ibarat rumah kg, rumah pusaka yg besar bnyk bilik
cuma ni di bandar
dh family pun berantakan elok lh let go
klu simpan2 pun xde org duk, xde mentenen
ujung2 rosak terbiar gitu pulak pun x guna jgk



Quote izzah_ok 27-12-2023 05:29 PM
Rumah dia vibes macam rumah kalau hari raya/cuti sekolah penuh dgn anak cucu balik mesti seronok.

Siapa yg ada anak ramai atau adik beradik ramai boleh la beli rumah ni mmg sesuai sgt nak gather .

Cuma nak maintenance tu susah sikit la sebab besar..tp kalau tak banyak barang ok la kot..sebulan sekali panggil maid utk buat cleaning habuk ke ptong rumput
Quote prettyuglybabe 27-12-2023 05:38 PM
kalau adik beradik 10 orang boleh la buat 12 bilik..
ini adik beradik 4 orang je kot..
kalau buat 8 bilik je dah cukup..
parents adik beradik + 2 guess/surau +1 maid room..
kucing tu buat je cat house kat luar..
i ingat rumah dia celah hutan..
rupanya tanah lot rumah kiri kanan depan belakang..
kiranya masa banjir ritu, semua rumah besar tu kena la ye..
pada i, dari dia jual, baik repair, buat pool then jadikan homestay..
cumanya takut jiran tak suka la..
Quote JunkMail 27-12-2023 05:39 PM
Bapak besar rumah ni 12 bilik probably 12 toilet jugak. Mampos bayar duit api dgn air. Sepikul.
Quote noor2 27-12-2023 05:45 PM
Shila masih aktif kat China ke?..
Quote silampumeja 27-12-2023 05:46 PM
immaryjane replied at 27-12-2023 08:53 AM
12 bilik tdur. Yg dduk sehari2 empat orang berserta kucing 44 ekor.
Berapa la value rumah ni, berap ...

habis habis jadi scene filem/drama seram..
Quote hzln 27-12-2023 05:47 PM
Tak mudah jugak kut nak jual ikut harga market, kawasan ada sejarah kena banjir gini
Quote codenamedream 27-12-2023 06:02 PM
Bukan 6 bilik jer ke?
Quote hasniey 27-12-2023 06:03 PM
So adik2 dah syp dok rumah baru sbb shila sponsor jugak ke?ke diorg akhirnya pandai keluar duit sendiri
Quote izat123 27-12-2023 06:08 PM
Celah mana 12 bilik. Ada 6 bilik je rumah dia.
Quote iolss 27-12-2023 06:10 PM
lama amik ms nk jual tu.. market tgh slow skrg. semoga yg tbaik je utk SA.

pndpt i, rumah besar2, hujung2 usia ddk berdua (laki bini je)..anak2 dah keluar cr life msg2. itu utk normal famili la ya. laki mati, bini tggl sorang n begitulah sebaliknya. sunyinya bila rmh besar2 ni. meriah time2 perayaan cuti2 jela. most of the time, sunyi je.. belom bab mengemas lgi.

gitulah pendapat i. sekian.
Quote dua_chzy 27-12-2023 06:12 PM
Interior design very der hauk kan rumah sheols. Arkitek mana buat ntah so der very basic.
Quote dua_chzy 27-12-2023 06:13 PM
izat123 replied at 27-12-2023 10:08 AM
Celah mana 12 bilik. Ada 6 bilik je rumah dia.

Dapo, ruang tamu, tandas tu dia kira skalik la tu.
Quote heythere123 27-12-2023 06:21 PM
tt memang sengaja ke letak gambar tu untuk bagi porumer terkezut
Quote makadek 27-12-2023 06:27 PM
Biasa je design lama
Quote rosmahisham 27-12-2023 06:44 PM
Banglo kampong..tiles pon kilat2 fesyen lama..

Lihat semua komen(113)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.140294 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top