CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Watie Hanifiah Tak Pandai Siang Ikan Sampai Tercarut, Nasib Baik Ibu Shuib Terima Jadi Menantu

27-12-2023 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5611| Komen: 21

Description: Isteri Shuib iaitu Watie Hanifiah mengimbau kembali momen ketika awal pertemuan bersama ibu mentuanya, Salamiah Jalani.
Isteri Shuib iaitu Watie Hanifiah mengimbau kembali momen ketika awal pertemuan bersama ibu mentuanya, Salamiah Jalani.

Menerusi perkongsian di Instagram, Watie menceritakan kembali satu kejadian lucu saat dia sedang menyiang ikan sepat sehingga membuatkan dirinya tidak sengaja mencarut.

Watie Hanifiah Tak Pandai Siang Ikan Sampai Tercarut, Nasib Baik Ibu Shuib Terima Jadi Menantu



Dek kerana kejadian tersebut, Watie berterus terang kepada ibu Shuib mengenai dirinya yang hanya mengenali beberapa jenis ikan dan tidak tahu kerja-kerja menyiang.

“Kita pun masa mula-mula jumpa ibu mentua tengah siang ikan sepat, ikan tu boleh melompat. Aku siap termencarut lagi.

“Sudahnya kita terus terang je, segala jenis ikan pun kita tak kenal sangat… Jadi siang ikan sepat tu memang tak pernah lah sebab selalu makan ayam ayam dan daging je,” katanya.



Dalam perkongsian sama, Watie berkata ibu mentuanya itu tidak cepat melatah, sebaliknya sangat bersikap terbuka setelah dia berterus terang tentang perkara berkenaan.

“Terus ibu mentua cakap, ‘tak apa tunjuk bodoh, jangan tak pandai tapi buat-buat panddai’.. sudahnya semua benda aku cakap aku bodoh.

“Alhamdulillah, selamat dah diterima sebagai menantu,” ujarnya lagi.



Bagaimanapun, selepas enam bulan mendirikan rumah tangga bersama Shuib, Watie mengakui banyak mempelajari dan tidak kekok dalam melakukan kerja rumah.

“Tapi lepas kahwin, eh.. semua benda yang tak boleh jadi boleh, semua benda yang tak pandai jadi pandai. Kan kann @shuibsepahtu,” tulisnya.



Watie berkata demikian setelah tular video dua pengacara televisyen kekok ketika menyiang ikan secara langsung dalam program tersebut.

Video tersebut sehingga kini masih menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat yang mengkritik dua pengacara itu.

Sekadar info, Shuib mendirikan perkahwinan kedua bersama Watie pada 23 Jun 2023.



Sebelum ini, Shuib pernah berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah namun arwah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.



Hasil perkongsian hidup Allahyarham Siti Sarah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2. 

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 27-12-2023 03:00 PM
oinkkkkk oinkkkkk
Quote slyfynx 27-12-2023 03:16 PM
Diam la.
Ko mmg semua x reti.
BTW, laki ko dah bayar gaji ke blm?
Quote cmf_premierleag 27-12-2023 03:18 PM
Nak jugakkk watie ni mencapub psl kisah siang ikan ni
Quote red_velvet 27-12-2023 11:04 PM
Macamana nak tau siang ikan, dah masa anak dara kerjanya jadi nasi himpit scammer terulung laki bini, jalan sana sini, naik limo- catwalk - bercuti , tayang segala asset bonjol2  24/7 ..mana sempat masa tu nak masuk dapo siang ikan... Dah kawin, dah tinggalkan rutin hidup yg dulu , memang kerja jaga anak jaga laki of course la benda yg tak tau pun jadi tau.. yang tak boleh buat dulu  tiba2 sekarang jadi boleh...
Quote rayna_raynes 28-12-2023 12:37 AM
Kalau tak makeup sekati lawa juga Wati ni
Quote edayildiz 28-12-2023 01:48 AM
shuib je pun bkn ank jagong pun
Quote Nozot 28-12-2023 01:53 AM
edayildiz replied at 28-12-2023 01:48 AM
shuib je pun bkn ank jagong pun

..kan
Quote immaryjane 28-12-2023 02:57 AM
I idok la suke watie dgn soeb ni. Tp tertngok vid sheols dgn anak dara talita kot test kasut. Budak tu nmpk mcm spoilt brats, betul la wey org kate dia ni dh mcm bibik. Bdk tu mengarah bkn main tp sheols okay je layan tde bitter ke ape. Dgn laki pemalas nk drive kete. Respect la jugak
Tp hadap la kn demi handbag baru tiap2 bulan.
Quote yatie86 28-12-2023 06:25 AM
Dh lama xnmpk adik watie yg intan to.ig pn dh xde.
Quote dewi_rina 28-12-2023 09:16 AM
Kalau dah suka semua okay je, masa dulu  yg arwah mak dia tak kenan sangat kan
Bajet anak dia hot ke nak pilih2 menantu.. Syukur jelah makcik ada org nak anak ko masa tu
Quote orkidorkido 29-12-2023 12:19 AM
Allah muka jawa je pun
Konon princess segala benda tak reti
Kau kawin wak shoib je pun
Quote flipolivio 29-12-2023 03:22 AM
yatie86 replied at 28-12-2023 06:25 AM
Dh lama xnmpk adik watie yg intan to.ig pn dh xde.

Mana dia? Masa watie kahwin pon mcm xnmpak dia..hidup lagi ke?
Quote Mizlyn 29-12-2023 10:44 AM
Kalau i  x berani siang keli, sepat, belut yg hidup.. Yg lain2 ok je.. Mmg akan tercarut gak kadang tu.. Hehehe
Quote pokokmeranti 4-1-2024 04:47 PM
benda basic di dapur tak tahu....merugikan.
Quote jihyomelly 4-1-2024 08:14 PM
ingat dah kawin senyap dah..sbb sebelum kawin dah byk bunyik..kawin pun bunyik..lps kawin pun bunyi..sampai skarang masih berbunyik!!!! nyampah
Quote menjad 4-1-2024 09:36 PM
Zaman ni ikan beli dah siap siang pung... Apa yang susahnya
Quote DeLuna85 5-1-2024 01:35 AM
Bukan lah tak penting ilmu siang ikan ni. Tapi benda basic yang wajib tahu. Tetapi tahniah boleh terima dan sayang anak2 tiri.
Quote bambimo 5-1-2024 06:27 AM
Betul watie takkan nk request pandai segala mcm..sbb dpt level shuib je...
Quote rbmy 5-1-2024 06:58 AM
yatie86 replied at 28-12-2023 06:25 AM
Dh lama xnmpk adik watie yg intan to.ig pn dh xde.

yg jual pembesar tetk tu ke..
kan.. lama tak nmpak.. dah pindah rumah baru kot,,

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.049988 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top