CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syafiqa Melvin Dedah Suami Tak Kenal Pun Siapa Dirinya, Berani Datang Rumah Sebab Lapar Nak Makan

27-12-2023 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 30297| Komen: 128

Description: Kakak kepada pelakon Syatilla Melvin, Syafiqa Melvin tampil mendedahkan detik awal perkenalannya bersama suaminya, Azhar.
Kakak kepada pelakon Syatilla Melvin, Syafiqa Melvin tampil mendedahkan detik awal perkenalannya bersama suaminya, Azhar.

Perkara itu telah didedahkan oleh Syafiqa ketika membuat sesi live di TikTok, baru-baru ini.


Foto: IG

Menurut Syafiqa, suaminya, Azhar tidak kenal langsung tentangnya dan dia berkenalan dengan suaminya itu menerusi platform media sosial.

Malah, Syafiqa yang lebih mesra disapa sebagai Kak Long itu turut mendedahkan detik awal mereka bertemu ketika dirinya menjemput suaminya itu ke majlis rumah terbukanya.



“Dia tidak kenal pun saya siapa sebab dia bukan seseorang yang aktif bermain sosial media. Kami kenal kat media sosial.


“Sehari je mesej untuk berkenalan. Ada satu hari tu saya buat open house dan saya saja je manis mulut jemput dia. Lepastu dia datang seorang walaupun dia tak kenal saya siapa tapi dia berani datang,” katanya.

Dalam pada itu, Azhar turut menyatakan niatnya menghadiri rumah terbuka Syafiqa untuk mengisi perut dan berkenalan dengannya.



“Masa tu saya lapar. Bila lapar kita tak fikir benda lain pun. Lepas tu sebab nak kenal dia juga. Lepas tu nampak macam sesuai dan kemudian kami berbincang dan meluahkan hasrat saya untuk berkenalan dan berkahwin,” jelasnya.

Terdahulu, Syafiqa dan Azhar telah mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2023, Ahad lalu.



Sekadar info, Syafiqa pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli politik, Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada 2012.

Namun, Zainal Abidin disahkan meninggal pada akibat kanser darah pada 2018.




Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan dengan dua cahaya mata, Zayyan Sufi, 10 dan Zahara Sumayya, 8.

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 27-12-2023 10:14 AM
Pemende ko @CARI-MRO
Nak suh jantan kawin jantan ke dgn tajuk "SYAFIQ MELVIN" tu
Quote alieyrina 27-12-2023 10:14 AM
Aku pun x kenai dia ni
Quote VespaSilbe 27-12-2023 10:21 AM
Duda ke laki org kak long?
Quote black_handbag 27-12-2023 11:20 AM
suami bukan seorang yang aktif di media sosial, tapi kenal pun kat media sosial. cane tu..

ye ke tak kenal ikan kembung ni sape.. satu msia kenal adik beradik rempit ni kot
Quote riyadhK 27-12-2023 11:22 AM
Retis ke hanat oiiii?
Quote Manusiabesa 27-12-2023 11:24 AM
VespaSilbe replied at 27-12-2023 10:21 AM
Duda ke laki org kak long?

Duda..10 thun lps dia penah kawen..tp tahan 2thun je... anak xda.  Skrg umo dh 42 dh laki ni.baik orgnya
Quote black_handbag 27-12-2023 11:24 AM

confirm duda ni. takkan tak pernah kahwin dah kertu. umo berapa laki kaklong ni
Quote aciksenah 27-12-2023 11:24 AM

Nak tau yang ni je..bujang lapok ke?

Quote duricinta 27-12-2023 11:26 AM
black_handbag replied at 27-12-2023 11:20 AM
suami bukan seorang yang aktif di media sosial, tapi kenal pun kat media sosial. cane tu..

ye ke ta ...

I pun nak ckp benda yg sama..mcm pelik ye
Quote jerukkedondong 27-12-2023 11:26 AM
En Azhar orang MATRADE...
eh boleh pulak pergi open hse org yg tak dikenali ye...
Quote dreamcatcher 27-12-2023 11:29 AM
Mcm mana tak aktif kat media sosial tapi kenal kat media sosial ehh? Ke kenal kat dating apps. Segan nak cakap
Quote VespaSilbe 27-12-2023 11:30 AM
jerukkedondong replied at 27-12-2023 11:26 AM
En Azhar orang MATRADE...
eh boleh pulak pergi open hse org yg tak dikenali ye...

Pangkat apa yunk? Kawen dengan juara gadis melayu..  kedeks ke nak p makan kat rumah org tak kenai
Quote MadameOnion 27-12-2023 11:31 AM
gelandangan rupanya mintak sedekah makanan
Quote Lavender_Violet 27-12-2023 11:34 AM
jerukkedondong replied at 27-12-2023 11:26 AM
En Azhar orang MATRADE...
eh boleh pulak pergi open hse org yg tak dikenali ye...

Kalau dah jodoh chuols....
Allah gerakkan hati dia utk ke open house tu wpun kenal kat sosmed aje & tak pernah jumpa before that sbb jodoh dia disitu
Perancangan Allah is always the best
Quote Lavender_Violet 27-12-2023 11:35 AM
Manusiabesa replied at 27-12-2023 11:24 AM
Duda..10 thun lps dia penah kawen..tp tahan 2thun je... anak xda.  Skrg umo dh 42 dh laki ni.baik  ...

Baru 42? Nampak agak kertu disitu
Quote Kurex 27-12-2023 11:36 AM
Adik beradik pprt berjiwa setinggan kuat membohong
Quote Lavender_Violet 27-12-2023 11:38 AM
Manusiabesa replied at 27-12-2023 11:24 AM
Duda..10 thun lps dia penah kawen..tp tahan 2thun je... anak xda.  Skrg umo dh 42 dh laki ni.baik  ...

Berduit ke chuolss????
Mampu ke nak sara si Piqa ni...high maintenance jugak sheols nampaknya
Nak pulak pernah kawin dgn ahli politik sebelum ni, duit kepuk2
Baideway arwah laki sheols dulu hasil sondolan atau aman2 aje berpoligami?
Quote Lavender_Violet 27-12-2023 11:39 AM
VespaSilbe replied at 27-12-2023 11:30 AM
Pangkat apa yunk? Kawen dengan juara gadis melayu..  kedeks ke nak p makan kat rumah org tak kenai ...

Ohh....juara Gadis Melayu sheols nih?
Tapi knp tak fofular pun sheols?
Dlm adik beradik Melvin gediks ni rasanya si Piqa ni yang paling lawa sekali
Quote neve4881 27-12-2023 11:43 AM
Alah.. kenai dr FB dating khen???
Profile laki ni penah like n komen gmbr iols dlm fb dating

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.119474 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top