CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Tumbuk Nenek 82 Tahun Ketika Pembedahan Mata Kerana Tak Duduk Diam

23-12-2023 05:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10225| Komen: 7

Description: Pihak berkuasa China sedang menyiasat sebuah hospital susulan berlakunya insiden seorang pakar bedahnya yang didakwa menumbuk pesakit ketika sedang melakukan pembedahan.Kejadian itu dirakam dalam klip ...
Pihak berkuasa China sedang menyiasat sebuah hospital susulan berlakunya insiden seorang pakar bedahnya yang didakwa menumbuk pesakit ketika sedang melakukan pembedahan.

Kejadian itu dirakam dalam klip yang tular di media sosial China baru-baru ini sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.


Gambar hiasan

Menerusi video itu, seorang pakar bedah dilihat menumbuk kepala pesakit sekurang-kurangnya tiga kali semasa sedang melakukan pembedahan mata.

Aier China, yang mengendalikan rangkaian hospital mata berkata, kejadian itu berlaku semasa satu operasi pembedahan di hospitalnya di Guigang, sebuah bandar di barat daya China.

Pesakit adalah seorang wanita berusia 82 tahun dan didapati menghadapi isu ekoran bius yang diberikan, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan.

Situasi itu menyebabkan pesakit menggerakkan kepala dan bola matanya beberapa kali.

Kumpulan induk hospital terbabit, Aier China, dilapor sudah menggantung perkhidmatan pakar bedah terlibat dan memecat ketua pegawai eksekutif hospital. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 23-12-2023 05:13 PM


[youtube]mG4vxF0pX1g[/youtube]
Quote dua_chzy 23-12-2023 05:27 PM
Tak samggup tengok video. China ni, dari yang paling baik ke paling syaitan punya perangai, suma hada.
Quote I.K.A888990 24-12-2023 12:54 AM
kut ye pn kau tak kan la sampai menumbuk nenek tu
padan muka kau kena gantung....
Quote ninja9 24-12-2023 09:22 AM
tak ada ampun.. pegawai eksekutif pun kena bertanggungjawab sama, mesti menyumpah-nyumpah dia dengan doc tu..
Quote sukacactus 24-12-2023 09:38 AM
Nampak mcm doc tu terkejut dgr suara nenek tu pastu terus tumbuk
Sian nenek
Quote gigahertz 25-12-2023 02:37 PM
kalau i jadi doktor tu pesakit usia warga emas i mmg tak ambik.
Quote A-Are 26-12-2023 12:47 PM
xsanggupla nk tgk video2 ginih

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.134065 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top