CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Apartment Idaman Sunyi, Kanak-Kanak Tidak Ke Taman Permainan Sejak Kes Bunuh Zayn Rayyan

22-12-2023 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10095| Komen: 5

Description: Petaling Jaya: Kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mattin bukan sahaja memberi kesan kepada keluarganya tetapi juga penduduk sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai dekat Petaling Jaya.
Petaling Jaya: Kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mattin bukan sahaja memberi kesan kepada keluarganya tetapi juga penduduk sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai dekat Petaling Jaya.


Kini, tiada lagi kedengaran gelak tawa kanak-kanak yang bermain di taman permainan di sini, terutamanya untuk mengisi masa lapang di musim cuti sekolah.

Sebelum ini, setiap kali musim cuti sekolah taman permainan kecil yang terletak di Blok R Apartment Idaman itu riuh rendah dengan suara keriangan kanak-kanak bermain dari pagi hingga waktu Maghrib.


Foto: Harian Metro

"Jika sebelum ini saya berasa terganggu sikit sebab kanak-kanak ini bermain hingga menyebabkan bising.

"Sekarang sudah tiada, bila keadaan lengang berasa rindu pula untuk dengar suara riuh rendah dan gelak tawa kanak-kanak di taman permainan ini," kata seorang penduduk yang enggan dikenali.


Seorang penduduk Blok R, Afik Razali, 29, yang sudah menetap di kawasan itu hampir 20 tahun berkata, sejak kejadian menimpa Zayn Rayyan itu menyebabkan ramai ibu bapa tidak membenarkan anak kecil mereka keluar sendirian.

"Kalau dahulu taman ini penuh dengan budak-budak, tambah-tambah lagi pada waktu cuti sekolah seperti sekarang.

"Rumah saya memang menghadap taman ini dan saya perhatikan sejak kes itu terjadi memang kurang kanak-kanak bermain di situ walaupun pada waktu petang," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Seorang lagi penduduk, Shahrul Azvan, 50-an, pula berkata, dia dan isteri turut khuatir untuk membenarkan anaknya yang sebaya dengan Zayn Rayyan untuk keluar bermain.

Menurutnya, sejak cuti sekolah bermula baru-baru ini kawasan itu sunyi tidak seperti sebelumnya.

"Mungkin ramai yang ambil keputusan pulang bercuti di kampung jika lihat kawasan parkir pun lengang tetapi memang kurang kelihatan kanak-kanak bermain secara sendirian sejak kebelakangan ini.

"Ramai ibu bapa di sini berasa risau mahu izinkan anak mereka bermain di luar selepas kes itu, kalau ada anak kecil turun ke taman pun mesti ada ibu bapa atau abang serta kakak yang teman," katanya.

Pada masa sama, kesemua mereka meluahkan simpati ke atas dugaan yang perlu dilalui ibu bapa Zayn Rayyan dan berharap kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu memberkas individu yang bertanggungjawab.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro mendapati keadaan di beberapa blok sekitar kawasan Apartment Idaman di sini, mendapati kawasan itu tenang dengan hanya segelintir suri rumah kelihatan menjemur baju dan menyapu sampah.

Tinjauan di lokasi mendapati komuniti penduduk di sini agak rapat dan mengenali antara satu sama lain berikutan rata-rata daripada mereka sudah menetap lebih satu dekad.

Sesekali kenderaan Unit Peronda Polis (MPV) atau Unit Rondaan Bermotosikal (URB) masuk membuat rondaan di kawasan itu namun tidak kelihatan kelibat pasukan forensik polis setakat jam 1 tengah hari ini.

Zayn Rayyan, 6, sebelum ini dilapor hilang dan ditemui meninggal dunia di kawasan saliran air berhampiran kediamannya pada 10 malam 6 Disember lalu.

Proses bedah siasat kemudiannya mendapati kanak-kanak istimewa itu dibunuh selepas mengesan kecederaan pada leher dan badannya.

Berikutan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 22-12-2023 05:18 PM
Sekejap terganggu bising, sekejap rindu bising...baik ko masuk lubang kubur je.
Quote virgocircus 22-12-2023 05:23 PM
Dorang bosan la tu..yelah cuti sekolah ni xde aktiviti nak buat.. duk umah bosan, nk merayap rasa fobia... Huhu.. bertabahlah
Quote manop 23-12-2023 04:08 AM
Duduk je lah dlm rumh… kata naik rega bagai…
Quote Buritan 23-12-2023 05:35 AM
B40tastePosh: Sekejap terganggu bising, seke ...


Sama le ape ke bongok rindu zmn tun . Rindu pkp.. time org tua tuu naik ngamukk.. time pkp ngamuk.. aku pun tak phm
Quote adizero11 23-12-2023 08:12 AM
So tak logik laa kan nak naikkan harga rumah dekat sini..sbb kawasan dah jd tempat jenayah dan penduduk pun dalam ketakutan.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.045103 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top