CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Penunggang Motor Maut Dilanggar Lori Rosak Brek Depan Plaza Tol

22-12-2023 02:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8410| Komen: 5

Description: ISKANDAR PUTERI – Dua penunggang motosikal maut selepas mereka dirempuh sebuah lori yang mengalami masalah brek di Plaza Tol Tanjung Kupang arah selatan, awal pagi hari ini.Ketua Polis Daerah Iskanda ...
ISKANDAR PUTERI – Dua penunggang motosikal maut selepas mereka dirempuh sebuah lori yang mengalami masalah brek di Plaza Tol Tanjung Kupang arah selatan, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 5.50 pagi, ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja mereka di Singapura.


Foto: Kosmo

Menurut beliau, kemalangan itu melibatkan lima kenderaan, iaitu sebuah lori, sebuah treler, sebuah bas dan dua buah motosikal.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila lori dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 45 tahun hilang kawalan dan bergesel dengan sebuah treler, sebuah bas dan dua buah motosikal.

“Kedua-dua penunggang motosikal yang berusia 49 dan 54 tahun maut selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan kepala akibat diseret oleh lori.


“Pemandu lori pula mengalami kecederaan di bahagian dada, pemandu treler dan pemandu bas beserta 29 penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Rahmat, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk tindakan lanjut termasuk memberikan rawatan awal.

“Ketika kejadian, kesemua mereka termasuk kedua-dua mangsa yang maut sedang dalam perjalanan menuju ke Singapura untuk bekerja.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala pemandu lori tidak ditahan ketika ini kerana sedang mendapatkan rawatan di hospital,” jelasnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 22-12-2023 02:06 PM
Lori dan masalah brek datang lagi!
Quote Nenolen 22-12-2023 02:18 PM
Innalillah…salam takziah buat keluarga…
Quote otai_g 22-12-2023 02:55 PM
Ni Kes Naya ni bang. As penunggang motor aku rs bnd ni x seharusnya terjadi.
Quote Skuau 22-12-2023 03:10 PM
'KEMALANGAN'.....salah lori...brek dia rosak..kita kena redha & pasrah jer la....
Quote adizero11 23-12-2023 08:20 AM
Tokey2 lori tu patut kena tahan sijil peniagaan mereka sbb tak selenggara lori dengan betul..kiwakkk

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.140770 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top