CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Kekasih Di JB Bagi Anak Usia Setahun Makan Dadah

22-12-2023 01:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8543| Komen: 12

Description: ISKANDAR PUTERI – Sepasang kekasih ditahan polis, selepas didapati memberikan dadah kepada anak kandung mereka, seorang bayi lelaki yang baharu berusia 1 tahun 4 bulan.
ISKANDAR PUTERI – Sepasang kekasih ditahan polis, selepas didapati memberikan dadah kepada anak kandung mereka, seorang bayi lelaki yang baharu berusia 1 tahun 4 bulan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pasangan yang berusia 34 dan 31 tahun itu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.


Menurut beliau, kedua-dua mereka tidak mengaku bersalah dan kini ditahan kerana gagal membayar jaminan sebanyak RM6,000 yang ditetapkan.


Gambar Hiasan

“Polis menerima laporan daripada seorang doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap bayi tersebut, apabila mendapati bayi itu positif dadah pada 12 Disember lalu.

“Sehubungan itu, ibu bayi berkenaan telah ditahan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), manakala pasangannya ditahan di Jalan Salleh, di bandar raya ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.


Tambah Rahmat, pemeriksaan ujian air kencing yang dibuat ke atas pasangan itu juga mendapati kedua-duanya turut positif penyalahgunaan dadah.

“Kes ini akan disebut semula di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 23 Januari depan,” jelasnya lanjut. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 22-12-2023 02:04 PM
Cilaka pny manusia
Helol direjam sampai mampus

Kesian kt budak tuuuuuu
Quote sharlenetexas 22-12-2023 02:05 PM
Otak dah tak betul?


Quote dua_chzy 22-12-2023 02:12 PM
sharlenetexas replied at 22-12-2023 06:05 AM
Otak dah tak betul?

Mungkin nak budak tu mati cepat kecut otak supaya tak perlu jaga.
Quote vanillaninja 22-12-2023 02:15 PM
Kenapa I rasa theyols sengaja nak bunuh. Mungkin theyols anggap baby ni as a burden.
Quote doubleA 22-12-2023 02:21 PM
Subur pulak manusia2 puaka tak layak jadi makbapak ni
Quote krustykrab 22-12-2023 02:37 PM
Bukti yg

" tiada ibubapa yg tak sayangkn anaknya"

adalah satu penipuan
Quote 3chanceno 22-12-2023 02:41 PM
doubleA replied at 22-12-2023 02:21 PM
Subur pulak manusia2 puaka tak layak jadi makbapak ni

Betul tu...banyak kes2 gini & yg lum nikah pun laju je senang nak beranak

Kesian kapel yg dah bernikah elok2, sukar nak mengandung.

Harap2 baby nie takde kecederaan dalaman akibat dadah nie.
Quote otai_g 22-12-2023 02:47 PM
Bangsa apa tu? Maaf la Tanya bangsa sbb dkt msia ni apa2 bnd semuanya akan berasaskan bangsa.
Quote syamzana 22-12-2023 03:19 PM
kesiannya...harap tak memudaratkan tumbesaran baby.

Quote Skuau 22-12-2023 03:23 PM
otai_g replied at 22-12-2023 02:47 PM
Bangsa apa tu? Maaf la Tanya bangsa sbb dkt msia ni apa2 bnd semuanya akan berasaskan bangsa.

kemana saiya pigi..tetap anak Msia..bukan johor,swak perak kolompor..saiya anak Msia...
Quote Skuau 22-12-2023 03:26 PM
vanillaninja replied at 22-12-2023 02:15 PM
Kenapa I rasa theyols sengaja nak bunuh. Mungkin theyols anggap baby ni as a burden.


kalo nk bunuh pon..'lepas jer budak tu merayau'....kena langgar lori..xsiden...mak bapak cuai...selesai..
Quote Skuau 22-12-2023 03:28 PM
dua_chzy replied at 22-12-2023 02:12 PM
Mungkin nak budak tu mati cepat kecut otak supaya tak perlu jaga.

"kita bg nestum la kaka"-mak,pak tgh lalok

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.044121 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top