CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Kereta Bertembung Di Bandar Baru Klang- 2 Maut Tercampak Dalam Longkang, 5 Lagi Cedera Termasuk Bayi

22-12-2023 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11414| Komen: 0

Description: Dua maut manakala lima lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Persiaran Sultan Ibrahim Bandar Baru Klang, Selangor.
Dua maut manakala lima lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Persiaran Sultan Ibrahim Bandar Baru Klang, Selangor.

Kemalangan pada awal pagi Jumaat itu melibatkan tiga kereta masing-masing jenis Perodua Bezza, Honda City dan Toyota Camry.


Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, lima anggota termasuk pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.23 pagi.

Foto: mStar

"Pasukan Bomba daripada BBP Sungai Pinang digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Dua lelaki yang tercampak ke dalam longkang disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM), manakala lima lagi termasuk seorang bayi dilaporkan cedera,” ujarnya.

Kata Mukhlis lagi, kesemua mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Tambahnya, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.039340 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top