CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Makanan Dapat Resit Luar Biasa Panjang Gara-Gara Pelanggan Banyak Songeh, Setiap Item Ada Nota Pesanan

22-12-2023 11:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13341| Komen: 30

Description: Seorang pemilik restoran, Cik Su berkongsi gambar sekeping resit pesanan makanan pelanggannya yang membuat tempahan menerusi aplikasi Food Panda.
Seorang pemilik restoran, Cik Su berkongsi gambar sekeping resit pesanan makanan pelanggannya yang membuat tempahan menerusi aplikasi Food Panda.

Apa yang begitu melucukan, setiap item tempahan makanan yang dibuat pelanggan berkenaan turut disertakan dengan permintaan serta pesanan untuk 'dipatuhi' pihak restoran.


Foto: via mStar

Seperti mana ungkapan 'customer is always right', setiap permintaan yang dinyatakan cuba dipenuhi oleh pemilik restoran berkenaan.

"Customer Cik Su comel-comel belaka. Dekat (Food) Panda pun dia bebel. Ternyatalah dia seorang perempuan.

"Kami ikut semua arahan! Nanti order lagi tau," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Menerusi resit pesanan yang dikongsikan, pelanggan tersebut menempah nasi putih, telur dadar, Nasi Ayam Crispy, Nasi Ayam Roasted Pak Choy dan ayam goreng.

"Telur dadar dua ya... sebab kalau kedai lain tak perasan yang order dua biji. Terima kasih.


"Kalau boleh tak nak sambal. Tak makan sambal. Tapi kalau ada sekali set nasi ni, minta asingkan sambal daripada nasi. Terima kasih," tulisnya merujuk kepada pesanan Nasi Ayam Crispy dan Nasi Ayam Roasted Pak Choy.

Pesanan panjang lebar itu turut ditulis untuk tempahan ayam goreng sambil disertakan permohonan maaf kerana terlebih 'cerewet'.

"Ayam goreng pun dua juga. Jika ada bahagian paha, nak minta bahagian paha... nak bagi anak kecil makan. Terima kasih.

"Minta maaf sebab banyak songeh atau banyak notes. Semoga murah rezeki selalu," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur dengan perkongsian berkenaan malah sempat mengusik pemilik restoran tersebut.

"Dia nak bermanja dengan Cik Su tu.

"Panjang resit... ingat order banyak, kena bebel banyak rupanya.

"Mujur dekat nasi tu dia tak tulis description... nasib baik juga tak minta ayam goreng paha kanan atau paha kiri," tulis netizen.

Namun rata-ratanya memuji sikap pelanggan berkenaan yang tidak lupa mengucapkan terima kasih dan memohon maaf sekiranya permintaannya dianggap menyusahkan.

"Baca notes ni, sejuk je hati. Minta pun lemah lembut berterima kasih lagi.

"Ada 'terima kasih' di setiap request auto kita cair.

"Bagusnya dia... terima kasih tak lupa tulis. Kalau customer beradab macam ni, banyak songeh pun tak mengapa," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayurmayur88 22-12-2023 11:24 AM
ko masak sendiri jerlah !!
Quote Thunderclouds 22-12-2023 11:55 AM
Edited by Thunderclouds at 22-12-2023 11:57 AM

Ehh.. Aku kalo order byk mmg bebel panjang kt note tuh.
Kalo x mmg ada yg xcukop.
Kalo nk anto lain xpe gak, ni ganti vouchers jah.
Aku nk mknan yg diorder, bukan vouchers!
Xcukop bebel kt note, ngn rider pn aku chat soh check dulu seblom grk dr kedai.
Quote Skuau 22-12-2023 12:02 PM
rakyat Msia...SEMAKIN GILA...
Quote asamfish 22-12-2023 12:24 PM
Skuau replied at 22-12-2023 12:02 PM
rakyat Msia...SEMAKIN GILA...

ye....mental health is real.....(tapi nanti ada yang self claimed or self diagnosed as ocd)
Quote imransulaiman 22-12-2023 01:22 PM
Nasib baik tang nasi tu takde komen apa-apa! Hahaha! Kot la dia nak nasi putih tu berapa butir, basmathi ke biasa, baru tuai ke atau dah lama, import ke tempatan... Hahaha!

Aku kalau order FP berasaskan ayam, mesti ada nota kaki minta bahagian dada.. Sebab bahagian paha tak berapa berkenan
Quote dua_chzy 22-12-2023 01:26 PM
Aku tak faham order telur nak 2 biji, ayam nak dua ketul. So harga yang dia bayar tu memang untuk 2 per item dia request tu la kan?
Quote prettyuglybabe 22-12-2023 01:40 PM
dua_chzy replied at 22-12-2023 01:26 PM
Aku tak faham order telur nak 2 biji, ayam nak dua ketul. So harga yang dia bayar tu memang untuk 2  ...

memang dia order 2pcs each item..
maksudnya bayar 2..
maybe selalu order dua tapi kedai bagi 1..
Quote pooh~key 22-12-2023 01:44 PM
Akak pun nak gentel 2 telur sis.

IMG_6364.JPG
Quote B40tastePosh 22-12-2023 01:47 PM
Restaurant kat Malaysia ni kena buat sustem order ikut Set.

Tak payah nak banyak komplen.
Quote Suchi 22-12-2023 01:55 PM
Iols nak tanya kalau kita nak order extra misalnya utk sedekah kat rider apa yg sesuai ye cth air minuman?
Nk bg milo/teh/kopi?
Cth makanan?
Nasi ayam/nasi goreng/nasi briyani/gorengan?
Quote dua_chzy 22-12-2023 01:59 PM
Suchi replied at 22-12-2023 05:55 AM
Iols nak tanya kalau kita nak order extra misalnya utk sedekah kat rider apa yg sesuai ye cth air mi ...

Nasi goreng kampung extra pedas dengan kopi o kaw.
Quote Thunderclouds 22-12-2023 02:11 PM
Suchi replied at 22-12-2023 01:55 PM
Iols nak tanya kalau kita nak order extra misalnya utk sedekah kat rider apa yg sesuai ye cth air mi ...

Hg bg tips seploh hengget ka doploh hengget ka ikot bajet nnt dia beli hapa dia nak.
Kalo saja² ikot hg la nk sedekah menu apa.
Depa sujud sukor punya.
Quote Nenolen 22-12-2023 02:16 PM
adik pompuan kaka mcm nie…blum makan akak dah mengkelan dgr dia order dgn byknyer itu ini tak leh…
Quote prince_marhaen 22-12-2023 03:24 PM
Kalau seller / vendor ada bukak ruangan notes/request tu, itu lah guna dia.... bukan namanya cerewet, dia bagi option, KALAU ADA, BUAT, KALAU TAK ADA ABAIKAN.... beruntung lah kedai2 yang bukak request box tu... yang tak rajin, dia tak buat... fast food ramai yang dah tutup box tu sebab malas nak layan... so, siapa yang bukak tu kena la layankan... kau malas kau tutup..jangan nak post post kat social media ke apa... nak merentan sesama staff kedai tu cukup.. kau upload, buatnya customer tu follow kedai kau punya socmed & baca, tak pasal kena saman ke kena boikot ke.. kekadang benda mcm ni pun nak jadikan content socmed.. acah2 pekedai teraniaya..
Quote Bergosip 22-12-2023 03:36 PM
Suchi replied at 22-12-2023 01:55 PM
Iols nak tanya kalau kita nak order extra misalnya utk sedekah kat rider apa yg sesuai ye cth air mi ...

tulis je dekat order tu. "ni order untuk rider. boleh tolong bungkus dengan plastik lain. tq"
Quote dekmieDandy 26-12-2023 10:05 AM
oklar tu, dah memang tu function note tu

Quote A-Are 26-12-2023 10:18 AM
i olls ada kawan jenis cerewet bila makan...masa order kat kedai thai masa waiter ambik order kwn iolls ckp nak bihun goreng tapi xnak sayur, xnak pedas xda fishcake...last2 waiter tu tanya..bihun nak x?
Quote Decaffeinated 26-12-2023 11:48 AM
Contohi lah stabak yahudi. Dia turn difficult customer into opportunity. Boleh custom order your coffee ikut suka hati pastu dia caj kaw2. Ha bayar!

Quote Decaffeinated 26-12-2023 11:50 AM
imransulaiman replied at 22-12-2023 01:22 PM
Nasib baik tang nasi tu takde komen apa-apa! Hahaha! Kot la dia nak nasi putih tu berapa butir, basm ...

I wish.

Di Thailand memang ada pilihan nasi. Belum sampai lagi di Malaysia.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.100664 second(s), 65 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top