CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiktoker Dikecam Ajar Lelaki Untuk Berlaku Curang, Cari Wanita Kaya Untuk Dapat Duit

22-12-2023 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12739| Komen: 3

Description: BANGKOK – Seorang pesohor TikTok di Thailand mengundang kecaman pengguna media sosial selepas berkongsi tips untuk berlaku curang dengan pasangan masing-masing serta mempergunakan mereka bagi mendap ...
BANGKOK –  Seorang pesohor TikTok di Thailand mengundang kecaman pengguna media sosial selepas berkongsi tips untuk berlaku curang dengan pasangan masing-masing serta mempergunakan mereka bagi mendapatkan wang dan manfaat lain.


Thaiger melaporkan, lelaki dikenali sebagai Tee itu kerap  memuat naik video memaparkan dia berkongsi  pelbagai panduan untuk menggoda wanita termasuk cara-cara memenangi hati wanita serta bercinta bagaikan seorang pakar.

Namun, salah satu videonya baru-baru ini mengundang kecaman netizen selepas dia dikatakan menggalakkan orang ramai untuk berlaku curang terhadap pasangan mereka.


Foto: Tiktok

“Kita boleh mendapatkan wang daripada wanita kaya untuk membina keluarga dengan wanita lain, ia tidak salah sama sekali.

“Wanita yang memberikan anda duit itu sanggup berbuat demikian. Ini bermaksud kita mendapat sesuatu daripadanya, dan dia juga memperoleh sesuatu daripada kita.


“Wanita yang tidak cantik sanggup menggunakan wang untuk mendapatkan lelaki,” katanya.

Dalam video lain, Tee mencadangkan supaya lelaki memilih wanita yang tidak cantik dan tidak mempunyai keyakinan diri sebagai pasangan agar ia boleh dijadikan alasan untuk mereka berlaku curang.

Tee selain itu turut menawarkan ‘kursus’ dan sesi rundingan berbayar kepada pengikutnya termasuk lelaki dan wanita masing-masing pada harga 4,500 baht (RM600) serta 5,900 baht (RM786).

Video tersebut bagaimanapun menerima kecaman daripada netizen dengan pelbagai komen diberikan.

“Hidup anda akan musnah jika mendengar saranannya,” kata seorang netizen.

“Terima kasih kerana berkongsikan kisah keluarga anda,” kata seorang lagi  netizen secara sindiran. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 22-12-2023 09:44 AM
Awat tak tunjuk teruih rupa mamat ni?
Quote ifanonline 22-12-2023 09:46 AM
lelaki sampah memang ada, sama juga dgn wanita sampah

bohsia dan bohjan are made for each other
Quote sayurmayur88 22-12-2023 10:57 AM
“Wanita yang memberikan anda duit itu sanggup berbuat demikian. Ini bermaksud kita mendapat sesuatu daripadanya, dan dia juga memperoleh sesuatu daripada kita."
seumpama pelacur lelaki AKA gigolo

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.039774 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top