CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Empat Bulan Maut Tersedak Susu Di Rumah Pengasuh

21-12-2023 02:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6907| Komen: 4

Description: PUTRAJAYA – Seorang bayi berusia empat bulan maut dipercayai tersedak susu ketika mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya, petang semalam.
PUTRAJAYA – Seorang bayi berusia empat bulan maut dipercayai tersedak susu ketika mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa lalu, mangsa dikenali sebagai Mikhael Mazlan didapati tidak sedarkan diri akibat tersedak susu ketika berada di rumah pengasuhnya.



Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, kematian mangsa disahkan oleh doktor perubatan Hospital Putrajaya yang juga pengadu.

Beliau berkata, ketika pasukan perubatan tiba di rumah pengasuh pagi Selasa lalu, mangsa telah diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) selama 40 minit selepas didapati tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian di bawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. Doktor memaklumkan jantung mangsa kembali normal ketika dirawat di hospital namun, masih memerlukan bantuan pernafasan.


“Malah, doktor memaklumkan mangsa juga akan di bawa ke Tunku Azizah Hospital (Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur) untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun, kira-kira pukul 3 petang semalam, mangsa disahkan meninggal dunia. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cassieopeia 21-12-2023 02:31 PM
Allah, kesiannya. pengasuh tinggal waktu mnm susu ke?
Quote jlo 21-12-2023 02:34 PM
Allahu ..kesian
Quote BoongaKertas 21-12-2023 03:21 PM
Allahu, salam takziah pada keluarga.
Quote Prickford 21-12-2023 03:32 PM
Ini pengasuh yg jaga baby 4 bulan - 3 tahun kan, 4 orang budak. Pastu dia sorang je yg menjaga 4 budak2 tu. Camne la keje nya.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.258608 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top