CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hannah Delisha Akui Kadang-Kadang Susah Istiqamah Bertudung "Syukur Ada Suami, Dia Selalu Ingatkan Saya"

20-12-2023 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14185| Komen: 10

Description: Hannah Delisha mengakui setiap wanita yang berhijab ada pasang surut istiqamahnya agar terus berhijab.Menurut Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, dia akui itu adalah satu ujian ...
Hannah Delisha mengakui setiap wanita yang berhijab ada pasang surut istiqamahnya agar terus berhijab.

Menurut Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, dia akui itu adalah satu ujian buat mereka malah dirinya juga sering diingatkan agar terus istiqamah dengan pilihannya itu berhijab.



Foto: IG

“Saya rasa setiap wanita yang memilih untuk berhijab ada ketika istiqamah itu akan bergegar juga. Ia normal, dia adalah sebahagian daripada hidup.

“Itu adalah satu ujian buat wanita, jadi pada saya untuk kekal istiqamah itu saya selalu ingat bahawa mengapa saya memilih untuk berhijab pada mulanya.



“Saya tetapkan itu sebagai peringatan pada saya setiap kali saya rasa macam kurang sedikit rasa istiqamah itu,” katanya kepada XTRA.

Kongsi isteri kepada aktor, Imam Shah ini lagi, dia bersyukur suaminya itu sering mengingatkan dirinya agar terus istiqamah.


“Secara jujurnya, apa yang penting adalah pergaulan, kawan-kawan kita sendiri. Ia sangat penting.

“Kawan-kawan lah yang beri kita motivasi, rasa positif dalam diri. Saya rasa itu membantu dalam perjalanan untuk istiqamah seseorang.

“Kita perlukan insan-insan yang terus menyokong perjuangan kita.



“Saya juga bersyukur ada suami, dia selalu ingatkan saya mengenai perkara ini,” ujarnya.

Ujar pelakon asal Singapura ini lagi, keikhlasan adalah menjadi perkara yang perlu ada dalam diri seseorang untuk terus kekal istiqamah.

“Untuk berhijab ini, tiada siapa yang boleh paksa. Kalau rasa dipaksa, keikhlasan itu tidak datang dari hati.


“Diri kita sendiri akan merasai perkara itu kerana apa yang kita lakukan adalah kerana Allah. Jika itu yang kita niatkan, Insya-Allah ia akan kekal selamanya.

“Tapi seperti apa yang saya cakap, dunia ini penuh dengan ujian. Ia normal, kita manusia tak sempurna, ada masa jatuh dan bangun,” kongsinya.

Terdahulu, Hannah mula mengenakan hijab pada penghujung tahun 2020. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 20-12-2023 12:52 PM
Dah berpuluh kali cerita pasal tudung dia ni.. awat.. ada hajat ka
Quote Mary_jane 20-12-2023 01:14 PM
Nyanyi lah please.
Quote kalchi 20-12-2023 01:53 PM
Dah tu? Takyah la pakai. Rimasnye dgr cte mcmni. Tak redi tak usah. Tu mksdnye kau taknak pakai pon.
Quote Tunan 20-12-2023 04:37 PM
Antifake replied at 20-12-2023 12:52 PM
Dah berpuluh kali cerita pasal tudung dia ni.. awat.. ada hajat ka

Biasala reporter ulang soalan yg sama
Tiap kali jumpa kt event
Quote ctnorpropa 20-12-2023 04:49 PM
Bukan dah ada ke thread ni ?
Quote adeqbun 20-12-2023 05:26 PM
sape suruh die pakai kalau x ready...xde sape paksa..die ni lawa gile..tp mcm xmenonjol sgt kan..kat mane silapnye ntah la
Quote slyfynx 20-12-2023 05:54 PM
Husband and wife dua2 x puas lagi menyeksi and tunjuk body kah?
Quote DianaSaksen 20-12-2023 06:02 PM
Ko pakai sebab netizen bising ?
Sebab nampak cantik ?
Tak sedia buka jer nyah
Emma Dan uqasha aman aman saja
Quote LadyCarefree 20-12-2023 06:59 PM
Kalau retis lelaki ada rupa kahwin dgn pompan xdok rupa, asyiklah kena kecam. Bila retis cantik mcm ni kahwin lelaki muka below par, ramai pula nampak laki tu hensem. LOL
Quote LadyCarefree 20-12-2023 06:59 PM
kalchi replied at 20-12-2023 12:53 PM
Dah tu? Takyah la pakai. Rimasnye dgr cte mcmni. Tak redi tak usah. Tu mksdnye kau taknak pakai pon. ...

Pakai sbb laki kot

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.044362 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top