CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dah Tak Laku Nak Berlakon Asyik Nak Minta Bantuan Saja," Pak Nil Bengang Individu Sindir Artis

20-12-2023 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13594| Komen: 19

Description: Datuk Aznil Nawawi tampil bersuara gara-gara ada individu menyindir artis yang tiada tawaran berlakon sebagai malas untuk berusaha.
Datuk Aznil Nawawi tampil bersuara gara-gara ada individu menyindir artis yang tiada tawaran berlakon sebagai malas untuk berusaha.

Menerusi hantaran di sebuah portal hiburan mengenai pelakon Faye Kusairi yang berniaga nasi ayam di tepi jalan, individu berkenaan meninggalkan komen untuk menjadikan aktres itu sebagai contoh.


Foto: mStar

Dalam pada itu, dia turut mempertikaikan tindakan sesetengah artis yang hanya mengharapkan bantuan semata-mata.




“Artis contoh rajin berusaha cari rezeki, cuba lah semua buat macam ni untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ni dah tak laku nak berlakon asyik nak minta bantuan saja,” kata individu berkenaan.

Tidak berdiam diri, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil menyelar kenyataan individu tersebut dengan mendedahkan dia sering menerima mesej daripada orang luar yang ingin meminta bantuan.

“Amboi sedapnya mulut mengata. Awak nak saya tunjukkan golongan bukan artis yang berderet minta bantuan kat direct message (DM) artis?,” balasnya.

Sementara itu, pelakon Yana Samsudin turut bersetuju dengan Pak Nil apabila mengalami situasi sama.

“Saya pun setuju dengan Pak Nil cuma tak hebahkan je. Ada tu minta macam kita mesin ATM.

“Semua manusia sama je. Tak kira pekerjaan, kalau tak pandai uruskan kewangan dan ada yang ditakdirkan Allah nak uji lebih, maka terciduk juga,” ujar Yana. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 20-12-2023 11:29 AM
si pak nil gayah nih x payah nk try hard sgt la!!!over nau !!!!
Quote habisnamadahni 20-12-2023 01:19 PM
tapi betul aku tgk komen² minta bantuan ni berlambak² kat shopee live pun ada haha..igs artis ..scammer nih semua!ayat semua lebih kurang,nk beli pampers susu ank sbb laki kemalangan x dpt kena sewa umh x byr la bla bla...sng betul kau cari duit
Quote sleepandream 20-12-2023 03:17 PM
macam linda rafar tu ke...
gigih dm semua retis2 untuk donate...
dah mcm badan zakat pulek retis2 ni
Quote marchikobonzo 20-12-2023 04:05 PM
YS mencapub je
Quote rayna_raynes 20-12-2023 05:36 PM
Haha betul la yg bukan artis mintak sedekah lg ramai dr artis veteran yg minta bantuan
Quote miracle_forever 20-12-2023 05:52 PM
marchikobonzo replied at 20-12-2023 04:05 PM
YS mencapub je

laki bini suka mencapub & drop komen merata2
Quote slyfynx 20-12-2023 06:06 PM
Aznil, ko ialah x layah untuk mencapab dalam hal ni.
Org nk scam retis x sama dengan retis yang mintak sedekah kat awam.
Even though dua-dua yang bg duit tu adelah bodoh.
Contoh terdekat, derma kt "retis" koma, untuk die bangun dari koma dan terus kawin dan meng who are yus kan aje semua.
Retis is menggunakan glamour untuk kaut duit org bodoh.
Scammer is mengharapkan retis itu bodoh.
Quote marchikobonzo 21-12-2023 09:06 AM
miracle_forever replied at 20-12-2023 09:52 AM
laki bini suka mencapub & drop komen merata2

Sekufu kekdahnya
Quote pichee 21-12-2023 09:08 AM
marchikobonzo replied at 20-12-2023 04:05 PM
YS mencapub je

sape tu ys?
Quote marchikobonzo 21-12-2023 09:11 AM
Sementara itu, pelakon Yana Samsudin turut bersetuju dengan Pak Nil apabila mengalami situasi sama.
Biras si DD
Quote da_vinci 21-12-2023 09:24 AM
laaaa....Pak Nilllll itu scammers laaaaaa takkn tak tahu
Quote Mamason 21-12-2023 09:33 AM
Berapa umur Pak Nil? Off topic... Sebaya AA ke dia ni?
Quote EncikRhoma 28-1-2024 12:08 AM
Mamason replied at 21-12-2023 09:33 AM
Berapa umur Pak Nil? Off topic... Sebaya AA ke dia ni?

Aznil lagi tua dari azwan. Beza 2-3 tahun kot tak silap. Tapi azwan lagi nampak kertu dari aznil. Mungkin aznil mampu cucuk sana sini, buat facial. Tu sebab tak nampak tua sangat. Azwan dah macam bapok chow kit yg dah tak laku dah aku tengok
Quote asamfish 28-1-2024 01:27 PM
sleepandream replied at 20-12-2023 03:17 PM
macam linda rafar tu ke...
gigih dm semua retis2 untuk donate...
dah mcm badan zakat pulek retis2 ni ...

linda rafar tu minta donation utk apa?  utk rumah anak yatim? ke tahfiz?  koserrr tau

Quote laksmanabentan 28-1-2024 04:12 PM

mmg JD dia tu uoollsss... hahahahaha...
Quote laksmanabentan 28-1-2024 04:14 PM
asamfish replied at 28-1-2024 01:27 PM
linda rafar tu minta donation utk apa?  utk rumah anak yatim? ke tahfiz?  koserrr tau


ada cerita nih...

https://mforum.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1


Quote Mamason 7-2-2024 01:07 PM
EncikRhoma replied at 28-1-2024 12:08 AM
Aznil lagi tua dari azwan. Beza 2-3 tahun kot tak silap. Tapi azwan lagi nampak kertu dari aznil.  ...

Plus mulut beliau tu.. haishhh.. kesian pulak tgk... makin berusia kita ni eloklah makin slowly segala hal dunia .. iye dok?
Quote noor2 7-2-2024 02:26 PM
EncikRhoma replied at 28-1-2024 12:08 AM
Aznil lagi tua dari azwan. Beza 2-3 tahun kot tak silap. Tapi azwan lagi nampak kertu dari aznil.  ...

Masa akak umur 19..20 mcm tu pak nil dah 30an dah..dlm 34..35 mcm tu..ingat lagi pernah jumpa dia kat shopping mall tah apa nama mall tu dulu..yaohan ke apa zaman dulu...nampak beliau hensemla masa tu...tp sekarang dah bnyk cucuk muka beliau....aku pun dah tua sekarang
Quote emera 7-2-2024 02:31 PM
da_vinci replied at 21-12-2023 09:24 AM
laaaa....Pak Nilllll itu scammers laaaaaa takkn tak tahu

Nmpk x, obvious scammer pun dia x tau. Patut laa ramai senang kena scam. Lg satu, spesis husnuzon x bertempat.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.102079 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top