CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tan Sri Michelle Yeoh Tunai Janji, Buat Majlis Resepsi Perkahwinan Di Ipoh

19-12-2023 12:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3994| Komen: 9

Description: Tan Sri Michelle Yeoh mengotakan janjinya kepada ibu, Datin Janet Yeoh untuk mengadakan majlis resepsi meraikan perkahwinnya dengan Jean Todt di kampung halaman di Ipoh, Perak.
Tan Sri Michelle Yeoh mengotakan janjinya kepada ibu, Datin Janet Yeoh untuk mengadakan majlis resepsi meraikan perkahwinnya dengan Jean Todt di kampung halaman di Ipoh, Perak.

The Star melaporkan, pemenang anugerah Oscar itu menganjurkan majlis secara ringkas di sebuah restoran di Ipoh pada Ahad lalu.


Majlis tertutup itu dihadiri kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat dan teman rapat.


Foto: IG

Michelle atau Michelle Yeoh Choo Keng, 61, dilihat menggayakan baju tanpa lengan bersama seluar rona hijau manakala Todt, 77, memilih pakaian kasual serba hitam.

Tetamu yang hadir turut dapat melihat poster Yeoh dan Todt dalam filem Tomorrow Never Dives dipamerkan di pintu masuk restoran berkenaan.

Dalam pada itu, terdapat poster yang lain juga memaparkan jemputan perkahwinan pasangan itu yang dihantar kepada tetamu di Geneva, Switzerland.


Ia termasuk nota tulisan tangan yang menunjukkan tarikh 17 Disember menandakan 7,135 hari sejak pertemuan pertama pasangan ini di Shanghai, China iaitu pada 4 Jun 2004.



Sebelum ini, Janet mendedahkan dia tidak mengetahui mengenai perkahwinan anak perempuannya itu.

Janet bagaimanapun berharap anaknya itu pulang ke Malaysia dan mengadakan majlis resepsi untuk keluarga dan rakan-rakan.

Untuk rekod, Todt melamar Yeoh pada 26 Julai 2004 selepas menjalin hubungan cinta selama sebulan setengah.



Pada 27 Julai lalu, Yeoh akhirnya sah bergelar isteri Todt dan pasangan itu disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Geneva, Switzerland.

Berita gembira itu dikongsi oleh salah seorang tetamu yang hadir iaitu pelumba Formula 1, Felipe Massa yang menyampaikan ucapan tahniah buat pasangan mempelai. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 19-12-2023 02:11 PM
ok lah...janji ada majlis. tak perlu grand. walau pun nama Gah seluruh dunia.
Quote Orgkgdukobesi 19-12-2023 03:54 PM
Tak payah resepsi 6 ke tujuh kali, tak oayah mintak sponsor pun nama gah seantero dunia

Pernah jumpa  Michelle dan Jean Todt masa Michelle berucap untuk road safety awareness. ..tak lekang senyuman dan mudah mesra kedua2nya
Quote bintangct 19-12-2023 07:26 PM
mak dia dgn dia mcm baya2 je hahahah
Quote sharlenetexas 19-12-2023 08:25 PM
Todt lagi tua dari mak ayah aku. Ingatkan baru 70.


Quote MistrezHermanaz 19-12-2023 09:47 PM
Simple je.. X payah 5 6 persalinan.. T shirt pon bolehhh
Quote bbasir 20-12-2023 08:51 AM
seram tgk muka mak dia
Quote vanillaninja 20-12-2023 09:16 AM
Kekdahnya nenek Janet tak tau anak sendiri kahwin dekat Geneva sana. I thought theyols rapat jugak.
Quote me12345 20-12-2023 09:58 AM
Mujur buat gak..mana mak nk letak muka kalau x buat majlis utk kengkawan mak..dh lah tak tau anak dh kawin.
Quote Burong_Hantuk 20-12-2023 10:28 AM
sikit hari tu mak dia sentap sbb x dijemput & dibgtau yg anknya bernikoh

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.047467 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top