CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

M Daud Kilau Meninggal Dunia

18-12-2023 06:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15621| Komen: 44

Description: Datuk M Daud Kilau meninggal dunia pada pukul 4.46 petang di Hospital Teluk Intan, Perak pada Isnin.
Datuk M Daud Kilau meninggal dunia pada pukul 4.46 petang di Hospital Teluk Intan, Perak pada Isnin.

Berita itu disahkan oleh anak lelakinya iaitu Ahmad Zaini Mohd Daud, 52, yang memaklumkan keadaan kesihatan bapanya itu tidak stabil sejak dimasukkan ke hospital pada 12 Disember lalu.




"Ayah saya memang ada penyakit diabestes, darah tinggi dan jantung. Dia dimasukkan ke hospital baru-baru ini sebab kesihatannya tidak stabil.

"Sejak tiga hari lalu keadaannya semakin teruk dan asyik meracau. Masalah kencing manis juga semakin merebak," katanya kepada mStar.

Tambah Zaini, doktor sepatutnya mahu melakukan pembedahan memotong kedua-dua kaki namun tidak dapat dilakukan kerana tekanan darah tidak stabil.

"Sepatutnya hari ini (Isnin) nak potong kedua-dua belah kaki sebab masalah diabetes. Tapi apabila doktor bius periksa, ia tidak boleh dilakukan sebab tekanan darah tidak stabil.


"Ini kali ketiga pembedahan ditangguhkan sebab masalah sama," ujarnya.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balai Baroh, Bagan Datoh, Perak selepas solat Zohor, Selasa. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aku_best 18-12-2023 06:08 PM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن.
   
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali.

  اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ.

“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia "  

Takziah buat keluarga arwah.  Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Quote TerataiMelur02 18-12-2023 06:11 PM
innalillahiwainnailairojiun..alfatihah..Innalillahi wa inna ilaihi rooji'uun
Allahumma firlahu warhamhu waafihi wafu ’anhu
Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmat-Mu ke atasnya dan tempatkan dia dalam golongan yang beriman. Aamiin.
Quote Imkhai 18-12-2023 06:13 PM
Al fatihah
Quote red_velvet 18-12-2023 06:14 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun
Salam takziah
Quote 3chanceno 18-12-2023 06:20 PM
Innallillah..salam takziah buat famili.

Semuga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman & soleh.
Quote tora216 18-12-2023 06:41 PM
Salam takziah..
Quote C-ra 18-12-2023 06:42 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun.... Semoga di tempatkan dikalangan orang yg beriman...
Quote AnnaSendin 18-12-2023 06:53 PM
Salam takziah kepada keluarga Allahyarham datuk
Quote Mamioomami 18-12-2023 06:55 PM
Innalillahiwainnalillahirajiun... semoga rohnya ditempatkan di kalangan org yg beriman dan beramal soleh.. Aamiin
Quote Rogue98 18-12-2023 06:57 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun...semoga berada Di kalangan orang beriman. Takziah kpd family Arwah.
Quote I.K.A888990 18-12-2023 06:57 PM
salam takziah pada keluarga
Quote ilahaz 18-12-2023 07:26 PM
Salam takziah buat seluruh keluarga

Quote KirazMevsimi 18-12-2023 07:27 PM
Allahuakbar. takziah
Quote sleepandream 18-12-2023 08:06 PM
salam takziah
Quote missbigrockstar 18-12-2023 08:08 PM
Inna lillahi wainna ilaihi rojiun. Selamat berehat. Dah lama dia sakit kan.
Quote Mary_jane 18-12-2023 09:45 PM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن

Salam takziah buat keluarga arwah.
Quote delia3003 18-12-2023 10:02 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun

Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan solihin.
Quote prettyuglybabe 18-12-2023 10:12 PM
takziah.. semalam ibnor riza.. hari m daud kilau..
Quote Moyangkucing 18-12-2023 10:26 PM
Inna lillahi waina ilaihi roji'un
Allahummaghfirlahu warhamhu
Salam takziah buat keluarga almarhum M Daud Kilau.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.078517 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top