CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Berperikemanusiaan Langsung! Israel Arah WHO Alih Bekalan Kesihatan Dari Gudang Di Selatan Gaza

7-12-2023 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5013| Komen: 3

Description: PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang mengarahkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk mengalih bekalan kesihatan dalam tempoh 24 jam dari gudang ...
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang mengarahkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk mengalih bekalan kesihatan dalam tempoh 24 jam dari gudang perubatan di selatan Gaza.


Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, tindakan yang tidak berkeperimanusiaan itu wajar diselar oleh seluruh dunia.

Zaliha, Foto: Kosmo

“Keputusan Israel untuk melakukan perkara tersebut bukan sahaja menyekat hak kesihatan dan hak kehidupan rakyat Palestin, malah akan merumitkan keadaan untuk mencapai penyelesaian terhadap keamanan di Palestin.

“Kegagalan suara mahupun tindakan daripada komuniti antarabangsa jelas menunjukkan ketidaksamaan dalam layanan terhadap warga Palestin.

“Saya menyeru semua pihak untuk menegakkan keadilan terhadap Palestin demi keamanan dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan kira-kira 70 peratus hospital di Genting Gaza terpaksa menghentikan operasi setelah kempen pengeboman rejim Zionis berlarutan selama hampir dua bulan.


Ketua Pasukan Penilaian Biro Statistik Pusat Palestin, Hossam Khalifa mengesahkan situasi perkhidmatan kesihatan di wilayah itu yang semakin meruncing menerusi wawancara pada Ahad.

“Serangan bertalu-talu rejim Zionis turut memusnahkan kira-kira 250,000 daripada 400,000 unit perumahan di Gaza.

“Kos kerugian ekonomi di wilayah terkepung itu akibat perang genosid Israel juga mencecah AS$700 juta (RM3.3 bilion) pada Oktober,” jelasnya.

Susulan situasi yang semakin membimbangkan, WHO menggesa tindakan segera untuk memulihkan sistem kesihatan di Gaza yang terjejas teruk akibat kempen pengeboman rejim Zionis. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jajuli 7-12-2023 01:12 PM
Muka seakan makcik lynas tu, bukan main masa pembangkang katal lynas mcm2, jadi  gomen lynas suci murni siap ada iklan keluar tv
Quote sharfox 13-12-2023 04:26 PM
Itu je org2 Islam boleh buat...Israel perangai mengalahkan kimak...kita cuma boleh kecam sekerasnya2...dia ulang2 buat, kita ulang2 kecam. Dia berani buat sebab negara2 Islam hanya berani kecam je. Cuba pakat2 hantar tentera msuk ke Palestine...tercirit2 dia menangis mintak simpati. Tak berani nak buat mcm2.
Quote Tinot7 13-12-2023 08:42 PM
UN dah undi utk ceasefire.. adakah isnotreal itut atopon wat vodow? Lepaih tu apa voley UN buat?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.236956 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top