CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nadir Al-Nuri Sempat Video Call Keluarga Sebelum Kediaman Dibom Zionis

5-12-2023 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6041| Komen: 16

Description: PETALING JAYA – Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman memaklumkan beliau sempat membuat panggilan video bersama keluarga yang berada di selatan Semenanjung G ...
PETALING JAYA –  Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman memaklumkan beliau sempat membuat panggilan video bersama keluarga yang berada di selatan Semenanjung Gaza sebelum kawasan kediaman mereka dibom rejim Zionis.


Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia itu meluahkan rasa syukur apabila dapat melihat wajah keluarga tersayang.


Foto: Kosmo

“Semalam sebelum keluarga saya diarahkan berpindah meninggalkan kawasan Khan Yunus dan ia dibedil teruk, saya sempat menghubungi mereka melalui video call (panggilan video).

“Memang seronok sebab jarang sekali internet mereka cukup kuat sampai boleh video call (panggilan video),” kongsinya.

Dalam pada itu, Nadir berkata, keluarganya kini berada dalam keadaan yang tidak tenang selain memohon orang ramai untuk terus mendoakan kesejahteraan dan kebebasan buat rakyat Palestin setelah hampir dua bulan negara tersebut diserang tanpa henti sehingga mengorbankan lebih 15,500 nyawa penduduk.


“Beberapa jam kemudian saya dimaklumkan yang mereka terpaksa berpindah ke kawasan lain pula, menumpang teduh dan kasih di mana Allah mengizinkan.

“Doakan mereka diberikan kesabaran, kekuatan dan ‘kekasaran’ untuk hidup dalam suasana tidak senang dan susah pada saat ini.

“Sempadan ditutup saat ini dan pergerakan keluar sangat sukar, selain situasi anak-anak tiri saya yang memerlukan kebenaran khas untuk meninggalkan Gaza. Buat masa ini, insya-Allah mereka akan bertahan di sana,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adiksha 5-12-2023 10:59 AM
anak-anak tiri??
Quote areyam 5-12-2023 11:04 AM
tak duk sama2 ngan family sana ke?
Quote pokokmeranti 5-12-2023 11:04 AM
celakalah ke atas zionis israel. suatu masa bangsa kamu dianiaya oleh Nazi....skrg kamu punya perangai lebih kejam dari Nazi
Quote anony-mous 5-12-2023 11:26 AM
adiksha replied at 5-12-2023 10:59 AM
anak-anak tiri??

Ya ank2 tiri . Ank2 wife dia
Quote anony-mous 5-12-2023 11:27 AM
areyam replied at 5-12-2023 11:04 AM
tak duk sama2 ngan family sana ke?

Dia balik malaysia sekejap haritu, x sempat nk pulang balik ke sana tup2 perang. Ramai yg nasihat dia jgk masa tu jgn balik sana dlu, since if dia dkt malaysia boleh tlg update apa yg jadi n tlg kumpul dana utk org palestine. Btw NGO heols beraudit
Quote TabletSusu 5-12-2023 01:23 PM
anony-mous replied at 5-12-2023 03:26 AM
Ya ank2 tiri . Ank2 wife dia

dia mmg xde anak kandung dgn wife dia ke?
Quote VespaSilbe 5-12-2023 01:31 PM
Truce tu cam gagal kan.. merata pulak Zionist ni bom.. kalau dah semua kena bom nak lari manala.. iols stop jap tgk berita.. Hamas pun sama kepala batu.. tgk rakyat palestine berangkut brg nak tuju kat mana lagi tu
Quote primarikey 5-12-2023 02:04 PM
TabletSusu replied at 5-12-2023 01:23 PM
dia mmg xde anak kandung dgn wife dia ke?

Ada 2 org...
Quote juruterra 5-12-2023 02:08 PM
satu dunia dok tgk je kejahatan israel.... helpless rasanya
Quote adiksha 5-12-2023 09:42 PM
anony-mous replied at 5-12-2023 11:26 AM
Ya ank2 tiri . Ank2 wife dia

la...ingatkan anak2 diorg bersama....
Quote sharlenetexas 5-12-2023 10:03 PM
TabletSusu replied at 5-12-2023 01:23 PM
dia mmg xde anak kandung dgn wife dia ke?

Ada. Yg nama Haura tu comel. Nak kata Arab, tak Arab sgt. Nak kata Melayu, mcm ada mix.

Quote FlexyFox 5-12-2023 10:18 PM
Kuat semangat si Nadhir ni dan nampak baik dan jujur dlm perjuangan membantu rakyat di Gaza.  Sanggup dia tinggal di sana dan berbakti. Kawin pun dengan janda anak 3 yg kematian suami. Semoga keluarga dia dan rakyat Palestin dilindungi Allah Taala.
Quote antiQue 5-12-2023 10:31 PM
adiksha replied at 5-12-2023 09:42 PM
la...ingatkan anak2 diorg bersama....

Dia ada 5 anak tiri, 3 anak kandung. 1 anak tiri dia sekarang di Malaysia bersama dia utk CGM, tinggal isteri, 4 anak tiri dan 3 anak kandung masih di Gaza.
Quote Minami2013 5-12-2023 10:39 PM
Israhell laknatullah.

Bangsa yg mmg patut pun dihapuskan dulu. Tp kuasa Allah nk tunjuk skrg kejahatan bangsa ni.
Quote mr_cool5885 6-12-2023 12:17 AM
Suruh tinggalkan gaza, tapi tak bukak pintu sempadan habis tu diorang nak pergi ke mana.

Sempadan mesir-gaza tu kenapa laknatullah yg berkuasa boleh tutup-buka? Padahal tu sempadan negara mesir kut.
Quote adiksha 6-12-2023 09:59 AM
antiQue replied at 5-12-2023 10:31 PM
Dia ada 5 anak tiri, 3 anak kandung. 1 anak tiri dia sekarang di Malaysia bersama dia utk CGM, tin ...

owhh... thanks antique!

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.060512 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top