CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Tak Puas Hati Fizi Ali Kata Isteri Kekasih Awal Dan Akhir "Kesian Shakilla Yang Pertama Tak Diiktiraf"

29-11-2023 10:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9898| Komen: 62

Description: Fizi Ali didakwa tak sensitif susulan memuat naik foto bersama isteri dengan kapsyen 'Kekasih Awal dan Akhir'.
Fizi Ali didakwa tak sensitif susulan memuat naik foto bersama isteri dengan kapsyen 'Kekasih Awal dan Akhir'.

Ramai pula tidak puas hati kerana kapsyen berkenaan seolah-olah menidakkan kewujudan bekas isterinya, Shakilla Khoriri.


Foto: IG

Ramai berasa kasihan dengan Shakilla yang tidak diiktiraf sebagai 'kekasih' pertama malah mereka pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak bersama.

"Bukan ke ini (Zulaikha) yang kedua? Kasihan ibu Ameena (Shakilla) tidak diakui kekasih pertama.

"Semua lelaki sama sahaja sebab itu boleh ada yang kedua!

"Kalau kekasih akhir itu mungkinlah betul kot. Tapi kekasih awal tu tak berapa kena," komen netizen.



Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 34, berkata, kritikan yang dilemparkan kepadanya dibuat secara melulu tanpa usul periksa.

Kata Fizi, kapsyen tersebut adalah berdasarkan nama lagu Datuk Jamal Abdillah ketika menghadiri konsert penyanyi legenda itu pada malam Ahad lalu.



"Amboi mulut korang, puaka ya! Ramai betul buta tuli... Itukan tajuk lagu Datuk Jamal Abdillah.

"Semalam (Ahad) pergi konsert dia (Jamal), letaklah tajuk lagu dia. Kalau pergi konsert Senario saya letaklah lagu Cari Tapak. Apalah korang ni," tulisnya di ruangan komen.


Untuk rekod, Fizi mendirikan rumah tangga dengan Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, pada 18 Januari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofea, 4 tahun.



Fizi kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Siti Zulaikha, 30, pada 23 Oktober lalu. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukanyanyi 29-11-2023 10:10 AM
nasib baikkk ada explanation.. baru nak carut tadi
Quote awex^returns 29-11-2023 10:13 AM
poyo lah mamat ni
masa ngan kikilala dulu terpaling sayang semua nak tayang
dah gaduh semau melayang
ngan bini baru memang lah puja puji
tengokkan je berapa lama
kah

Quote babelina 29-11-2023 10:29 AM
halooooooo.. nape nk up jer citer mamat nie.. tlg la..
Quote tomaz 29-11-2023 10:31 AM
tak minat la laki gini.. semua nak menceceh
Quote kemboja2020 29-11-2023 10:42 AM
Bila nak abis kisah Fizi n Kiki Lala eh. Boring.
Quote haruslah 29-11-2023 10:46 AM
Pizo+alip=pizi
Quote takayama 29-11-2023 10:56 AM
Bab kekasih awal dan akhir tu bg kaka small matter tp kaka x berkenan mamat ni xtaw knp ada aura yg cam errrkkk. Btw bini br dia ni ms nikah nmpk blh tahan rupanya tp bila sekrg owhhh muka org awam
Quote takayama 29-11-2023 10:57 AM
awex^returns replied at 29-11-2023 10:13 AM
poyo lah mamat ni
masa ngan kikilala dulu terpaling sayang semua nak tayang
dah gaduh semau melayang ...

Biasalah tgh br semua bau harum semerbak tunggu nnt ada isu mau bau tangki Indah water
Quote Prickford 29-11-2023 11:05 AM
Pelik ada lagi netizen yg kisah pasal hal mamat ni haha
Quote missHaidiD 29-11-2023 11:10 AM
Masa nikah aku nnpa bini dia cntik. Bila free hair nmpak biasa je
Quote beni_nikaido 29-11-2023 11:13 AM
"Amboi mulut korang, puaka ya! Ramai betul buta tuli..."
tetiba rasa setuju lak ngan fizi ni
netizen ni sume benda nak buta tuli. ada je isu nak create
Quote kerani_je 29-11-2023 11:18 AM
takayama replied at 29-11-2023 10:56 AM
Bab kekasih awal dan akhir tu bg kaka small matter tp kaka x berkenan mamat ni xtaw knp ada aura yg  ...

Bini die ni harapkn mekap n filter aje..Pastu plak jenis daring seksi gitu sbb tu org rasa nk pndang..Tp muka awam je..Minah ni pun bleh tahan poyo ye tnjuk sweet mcm bbnu bru rasa btg..padahal janda dah pun..Terpaling bangga dpt kawin dgn fizi.
Quote opie5662 29-11-2023 11:20 AM
Biarla dia nk ckp apa pasal bini dia. Pertama ke kedua ke kelapan ratus ke... Menyibuk je kejenye netijen ni
Quote Robitadotcom 29-11-2023 11:24 AM
Bini dia pny foundation tompok
Quote likilu 29-11-2023 11:35 AM
Amboi menayang sangat

Wife dia ni vibe wife topinasi

Mek kelate jugak ke, mmg byk janda sexy anak dah besar besar ye
Quote myakayina 29-11-2023 11:39 AM
lahai netizen pun, aku yg baca caption tu pun aku tau dia nak bgtau tu tajuk lagu tokmal je kot..sbb gi konsert tokmal..
Quote honam 29-11-2023 11:43 AM
memang fashion ye, baju nampak bahu mcm tu?
Quote anggeriklatifah 29-11-2023 12:07 PM
honam replied at 29-11-2023 11:43 AM
memang fashion ye, baju nampak bahu mcm tu?

tgok bju nampk bahu cenggitu iols teringat running man..episode khas utk seok jin
rsenya bithday seok jin
geng2 running man pergi rumah seok jin..ade wife seok jin dan anak dia bg surprise
wife seok jin bersiap makeup dan pakai bju cam bini si fizi ni
pastu seok jin terkejut tgok bini dia secara spontan cakap '' kenapa awak tunjuk bahu kat depan org ramai''
pastu semua crew geng2 rm gelak..seok jin cara tanya tu dia cam serius

pastu iols terpikir yg lelaki kapir non muslim pon ada rse malu bini dia tunjuk bahu kat depan org
tp lelki islam malaysia siap bangga ada  bini tunjuk bahu..perut..tetek depan org ramai
kenapa eh
Quote black_handbag 29-11-2023 12:08 PM
cantik lg kikilala dari bini baru dia ni

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.058675 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top