CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aisyah Hijannah Reda Bermadu, Ujian Untuk Masuk Syurga Tanpa Hisab

27-11-2023 08:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4975| Komen: 47

Description: Aisyah Hijanah berharap suaminya iaitu Alif Teega dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik terhadap kedua-dua isterinyaReda dengan pilihan dibuat suami, Aisyah juga memberit ...
Aisyah Hijanah berharap suaminya iaitu Alif Teega dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik terhadap kedua-dua isterinya

Reda dengan pilihan dibuat suami, Aisyah juga memberitahu ketika ini juga dia menyerahkan semua urusan tersebut kepada Allah.


Foto: IG

"Abang, Aisyah harap Abang boleh menjadi ketua yang baik buat kedua-dua keluarga. Allah pilih Abang untuk melalui segala yang terjadi saat ini dan akan datang.

"Buat masa sekarang, Aisyah serahkan sebulatnya urusan ini kepada Allah," katanya.



Sebelum itu, Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 29, membuat pengakuan berkahwin dua dan penjelasan itu dibuat bagi mengelakkan timbul sebarang fitnah di kemudian hari.

Personaliti media sosial itu menganggap apa yang terjadi ini sebagai satu bentuk ujian terhadap doanya yang ingin memasuki syurga Allah tanpa hisab.

Jelas Aisyah, 'harga' untuk mendapatkan syurga itu tidak mudah sebaliknya seseorang itu akan diuji sesuai dengan doa yang diminta.



"Ini jalan dan doa yang Aisyah pilih, maka Aisyah perlu bersedia untuk sebarang ujian yang lebih besar akan datang kerana sasaran adalah syurga tanpa hisab," katanya.

Baharu sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan keenam pada Sabtu, Aisyah memberitahu dia menyangka Alif adalah miliknya seorang buat selamanya.

Sepanjang perkahwinan mereka, Aisyah menyifatkan suaminya itu banyak berkorban, memberi kebahagiaan selain mendidiknya dengan cara yang baik selain memberinya 'syurga' dunia.


"Semuanya seperti magik. Melalui dia Aisyah banyak belajar mengenal hidup dan Tuhan. Kesedihan kehilangan seorang bapa digantikan dengan seorang lelaki yang baik.

"Saya tidak percaya dengan konsep 'pinjaman Allah' sebab ingatkan Allah hadiahkan dia untuk saya selamanya," katanya.

Tambah Aisyah, Allah memilihnya untuk mengharungi perjalanan ini dan sedar Alif bukan miliknya seorang sebaliknya kepunyaan wanita lain.


"Tujuan kami maklumkan perkara ini supaya tiada timbul fitnah kepada suami saya. Semuanya adalah sementara.

"Benar, suami kami adalah pinjaman Allah dan Allah hanya memberikan yang terbaik. Biar Allah sahaja merancang apa yang terbaik buat kami di masa depan," ujarnya.

Untuk rekod Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.


Oktober lalu, Aisyah mendedahkan perkahwinan mereka cuba dihimpit pihak ketiga yang juga pekerja sendiri.

Aisyah juga memaklumkan dia turut membawa Alif berubat selepas dia dipercayai terkena penyakit ain selain gangguan sihir pemisah. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 27-11-2023 09:54 AM
selayaknya lah...padan dengan dunia ilusi & delulu kau.
Quote sabundettol 27-11-2023 09:56 AM
Hahaha ada sebab ngape aku hide story diorg. Too good to be true. Apa yg diorg post tu berbalik kay diri sendiri.
Quote yondu 27-11-2023 09:58 AM
muka jantan tu semacam.macam jantan miang dan tak guna
Quote prettyuglybabe 27-11-2023 10:11 AM
tonggang jangan tak tonggang..
kau pikir kau nabi boleh masuk syurga tanpa hisab..
sorry.. sikit pun takde simpati pada laki/pompuan yang overshare personal life..
Quote prince_marhaen 27-11-2023 10:47 AM
prettyuglybabe replied at 27-11-2023 10:11 AM
tonggang jangan tak tonggang..
kau pikir kau nabi boleh masuk syurga tanpa hisab..
sorry.. sikit pun ...

kan.... dia ingat dia tulis karangan panjang2 kat caption dia tu dah boleh dapat tiket simpati masuk syurga ke.... yang dia hari2 buat live tak fikir laki ke bini ke, oversharing macam nak berjimak hari2 depan camera tu bagus sangat ke...tak habis2 petik redho redho....hujung2 still karangan panjang....


Quote KamikuP 27-11-2023 11:01 AM
Selalunya kapel yg acah2 alim dan sweet kat medsos akhirnya akan ber...... (KORANG SAMBUNG) ekekekeke
Quote chinta89 27-11-2023 11:13 AM
jgn tiber jd mcm bini pertama abg tesla, dh nk hampir gila melwan emosi walaupun org tgk dia happy.

kite tgk je la ending diorang ni. jd ashraf muslim atau abu ucetat jadian.
Quote Rogue98 27-11-2023 11:23 AM
Tu lahhh.. menunjuk sangat...kan dah malu sendiri...tu pun masih nak up diri sendiri n husband tak guna tu. Tapi sesuai lah.... Sorang pandai karangan.... Sorang pandai mengayat...eh aisyah... Ko tgk mata si 3 tu betul2...takdenye dia cinta kat kau lah.
Quote Oroi8887 27-11-2023 11:38 AM
Boleh ek dh kena madu tu masih nak berpositif sangat. Sakitkan hati tu. Kenapa nk stay jugak. Nak siksa diri.
Quote missyL 27-11-2023 11:44 AM
Tunggang pasal bermadu  plk lah ye
Tunggang jgn x tunggang
I bet she loving All the attention
Nk Kesian pn Watpe die pn ok je dpt madu
Quote nad014 27-11-2023 11:47 AM
Oroi8887 replied at 27-11-2023 11:38 AM
Boleh ek dh kena madu tu masih nak berpositif sangat. Sakitkan hati tu. Kenapa nk stay jugak. Nak si ...

tgh dalam mode in denial
Quote ihtisyam1 27-11-2023 12:06 PM
yondu replied at 27-11-2023 09:58 AM
muka jantan tu semacam.macam jantan miang dan tak guna

aku pun rasa macam tu dari dulu..... muka jantan miang acah acah ostad
Quote Ninani 27-11-2023 12:10 PM
Meluat dengan isteri acah2 redha, ala2 isteri lembik dalam drama melayu TV3 tu. Konon isteri solehah sangat.
Quote mamichik 27-11-2023 12:13 PM
Ninani replied at 27-11-2023 12:10 PM
Meluat dengan isteri acah2 redha, ala2 isteri lembik dalam drama melayu TV3 tu. Konon isteri solehah ...

ada yg bermadu tapi tak lembik

datin azlina awang had tu.. iolls respect dia.. cool je walaupun laki ada no.2
Quote Oroi8887 27-11-2023 12:23 PM
nad014 replied at 27-11-2023 11:47 AM
tgh dalam mode in denial

Tgk la sampai bila bertahan. Dlm pada curang tu sempat lg  tmbh anak
Quote kucingitam 27-11-2023 12:28 PM
tunggu la satgi dia update' nampak macam happy tapi hampir gila'..
Quote Antifake 27-11-2023 12:38 PM
Ada ke dalil macam tu?
Quote weezerfan 27-11-2023 12:57 PM
prettyuglybabe replied at 27-11-2023 10:11 AM
tonggang jangan tak tonggang..
kau pikir kau nabi boleh masuk syurga tanpa hisab..
sorry.. sikit pun ...

Setuju..batal perhatian baik bini baik tenuk
Quote hayati_hassan 27-11-2023 12:59 PM
baru 29tahun dah nak berbini2 ?
betul2 memalukan melayu & islam
nabi kawen baru past siti khadijah wafat


Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-3-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.313374 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top