CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mawar Rashid Dan Raf Yaakob Bercerai

23-11-2023 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 38351| Komen: 276

Description: Mawar Rashid memaklumkan akan memberikan kenyataan bersama suaminya, Raf Yaakob, hari ini.
UPDATE

Raf Yaakob mengesahkan dia dan Mawar Rashid memilih jalan untuk berpisah.

Dalam satu kenyataan, Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob memberitahu mereka sepakat untuk bercerai kerana tiada persefahaman.


"Kami berdua bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Hubungan saya dan Mawar akan terus baik," katanya.

Pasangan ini kini memberi fokus untuk membesarkan anak-anak mereka.

Raf juga memberitahu fokus mereka kini adalah untuk anak-anak dan akan berbincang tentang hak penjagaan bersama.

Malah dalam rasa yang amat sedih dan berat hati, Raf memakumkan perceraian ini adalah jalan terbaik buat mereka.

"Fokus kami sekarang adalah untuk memberi segala keperluan anak-anak.

"Hak penjagaan bersama adalah sangat penting dan kami akan berbincang tentang perkara tersebut.

"Kami amat kecewa untuk berkongsi perkara ini. Bagaimanapun ia adalah yang terbaik buat kami, tulismya di IG. -CARI

_______________________________________________________________________________


Mawar Rashid memaklumkan akan memberikan kenyataan bersama suaminya, Raf Yaakob, hari ini.


Semua perkara berhubung desas-desus mereka ke Mahkamah Syariah hanya akan dinyatakan secara bersama.

“Tunggu kenyataan saya dan Raf,” katanya kepada Kosmo.


Foto: IG

Pada masa sama, ibu kepada tiga cahaya mata itu memohon maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang komen buat masa ini.

“Minta maaf sebab saya tak boleh lagi bagi komen sekarang. Doakan semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.

Difahamkan pasangan yang mendirikan rumah tangga pada November 2017 itu sepatutnya hadir ke mahkmah syariah semalam.

Spekulasi pergolakkan rumah tangga mereka hangat diperkatakan selepas Mawar, 28, tidak lagi berhijab sekitar awal bulan lalu.

Menguatkan lagi dakwaan itu apabila dia dilihat bertindak memadam gambar bersama adik kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob itu.

Menerusi perkahwinan itu, pasangan terbabit dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang yang kini berusia 10 bulan.

Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob pula sebelum ini mempunyai dua cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote black_handbag 23-11-2023 12:15 PM
allah nama anak:

Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang yang kini berusia 10 bulan.

mak pak sedar ke tak ni masa bagi nama. jenuh kena bahan budak2 tu masuk sekolah nanti

sayang cinta bagai hujung2 berantakan cerai berai
Quote dudaberhias 23-11-2023 12:16 PM
nak umumkan produk gampunk baru la tu untuk acik2 semua boikot siap2 dari mengkayakan mangkuk drama queen n king ni...

kaka syak mesti produk jamu ke apa2 yang boleh merapatkan buki... tahap boleh cengkam dan tarik treler 18 tayar sambil berjalan... gittuh macam produk si kak kilometer... itu je lah kan produk2 orang melayu kita yang laris pun...

Quote Whitney72 23-11-2023 12:17 PM
dudaberhias replied at 23-11-2023 12:16 PM
nak umumkan produk gampunk baru la tu untuk acik2 semua boikot siap2 dari mengkayakan mangkuk drama  ...

???????????? epik lar Kaka Dude
Quote ime1311 23-11-2023 12:22 PM
Sumber : igs mawarashid
Quote ime1311 23-11-2023 12:24 PM
ime1311 replied at 23-11-2023 12:22 PM
Sumber : igs mawarashid

Sumber : igs rafyaakob
Quote SANKURIANG 23-11-2023 12:25 PM
Abang ipaq misai kontot tak nak masuk frame ke? Jadi spokeperson???
Quote esteryen 23-11-2023 12:29 PM
6 tahun perkahwinan ngan 3 anak dan tempoh masa jarak dekat2, mungkin tu penyebab regangnya hubungan antara mereka ber2
Quote SpyLeman 23-11-2023 12:34 PM
Masa tgk kt igs mawaq, ku syak bkn dia yg tulis status bahasa omputih tu. Rupa2nya Raf pun post yg sama. So, i bet mmg Raf yg tulis. Mustahil so mawaq blh tulis omputih
Quote cik_ingeniare 23-11-2023 12:38 PM
Salam takziah buat keduanya
Quote Masukkeluar 23-11-2023 12:42 PM
esteryen replied at 23-11-2023 12:29 PM
6 tahun perkahwinan ngan 3 anak dan tempoh masa jarak dekat2, mungkin tu penyebab regangnya hubungan ...

mybe..sbb tu la netizen jgn menyibuk hal rmhtangga artis. suka hti artis la nk kawin ada 1 ank ke, xnk anak ke. atau nk btdung ke xbtudung ke. sbb diorg lebih thu diri msing2 mcm mana. ada ank ramai bkn bukti bahagia pn.
kalau ikutkn tgk si mawar raf tu kemain lovey dovey anje syg dlm ig. knon tpaling bahagia lah. tp endup cerai jgk..si mawar tu xhbis enjoy lagi.
skrg dh kne tanggung anak 3 org.
Quote insyi81 23-11-2023 12:44 PM
Semoga berbaik kembali demi anak2 y masih kecil
Quote Mamason 23-11-2023 12:44 PM
Innalillahi wainnailahi rojiunnn... Semoga dipermudahkan urusan utk kedua2 belah pihak.  Nampak sweet2 aje couplenya.  Benar dlm perkahwinan ni, sabar paling utama... sabar dlm segala2.. xde duit kena sabar, anak meragam kena sabar, suami isteri ada perangai kena sabar.. eh segala2nya mmg wajib sabar.  
Quote Prickford 23-11-2023 12:45 PM
Lahai anak yg bongsu baru 10 bulan. Moga baik2 utk pasangan ni.
Quote 3chanceno 23-11-2023 12:46 PM
Edited by 3chanceno at 23-11-2023 12:48 PM
ime1311 replied at 23-11-2023 12:22 PM
Sumber : igs mawarashid


Ok tenkiu.

Takziah pada kapel nie.

Statement pun kalau nak tulis omputih, semua dlmbahasa yg sama lah

Nie kira separation tapi lum serai ke?
Quote kakasotong2 23-11-2023 12:47 PM
Teringat zaman diorang bercinta dulu. Bukan main sangat. Xsangka gini pengakhiran pd sebuah percintaan & perkahwinan. Takdir berkehendakkan sebaliknya. Salam takziah buat keduanya.
Quote ashilalat 23-11-2023 12:51 PM
Bagus la bercerai kalau mmg x sefahaman. Buat apa nak duduk sama2 makan hati risau itu risau ini.

Ni bukti walau kat soc med tunjuk bahagia nak mampos, tetap la sebenarnya drama je semua tu.
Quote honeystar_11 23-11-2023 12:52 PM
InsyaAllah kalau bkn sbb org ketiga, senang nak berbaik mcm FK & DD
Quote DeLuna85 23-11-2023 12:56 PM
Mawar tertekan kot. Faham faham..
Quote TerataiMelur02 23-11-2023 12:59 PM
Macam baru je baca semalam tak silap fazley kata semua ok. Konon raf ni tak penah berahsia dengan dia.
Alih2 lain pulak..

Tu la jangan jadi penyibuk. Jawab je no komen kn senang

Lihat semua komen(276)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.198132 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top