CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sophia Albarakbah Sopan Dan Lemah Lembut, Wanita Melayu Terakhir- Shah Radhi

14-11-2023 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4702| Komen: 14

Description: Sophia Albarakbah adalah seorang wanita yang lemah lembut dan sopan.
Sophia Albarakbah adalah seorang wanita yang lemah lembut dan sopan.

Shah Radhi berkata dia sudah mengenali Sophia sebelum aktres itu berjaya mencipta nama dalam industri.

Foto: IG


Malah, aktor berusia 28 tahun itu berkata dia tidak percaya dengan segala kontroversi dan gosip yang melanda Sophia sebelum ini.

"Saya tidak percaya benda itu (gosip) yang terkena pada Sophia, bukan sebab saya mahu ambil hati kerana namanya sudah naik, tidak. Sebab saya kenal dia macam mana.



"Kami kenal dah lama, kenal dia terlebih dahulu sebelum orang industri lain kenal dia. Dia memang seorang wanita yang lemah lembut, baik dan tak kisah berkawan dengan sesiapa.


"Karakter Sophia memang sopan daripada saya kenal dia, orang kata wanita Melayu terakhir," katanya kepada OhBulan.



Dalam perkembangan lain, Shah dan Sophia bakal muncul dengan sebuah filem bergenre aksi berjudul Jiwa 8 Belas yang akan menerjah pawagam seluruh Malaysia bermula Januari tahun hadapan. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 14-11-2023 11:51 AM
Go, Peah!
Yes iols percaya Peah ni jenis mudah berkawan peramah dengan sesiapa saja. Dahtu dengan manja2nya dia, ada lah jejantz yg sosej mula mengenyam.
Quote Hanzeviera 14-11-2023 12:13 PM
Lawanya lahai kau ni peah
Quote esbok 15-11-2023 09:23 AM
dia ni sapa pulak? dah lama nya daku tak tengok tibi
Quote mzsnam 15-11-2023 11:34 AM
filem ni dah lama.apesal br keluar tahun 2024.filem 8belas ni mse SA blom femes lg
Quote cikrosienona 15-11-2023 11:54 AM
Xtau la betul ke x dia gedik tu tapiii lawa betul dia niiii. I yang perempuan pun xlepas nak pandang.. rasa nak tatap je muka dia. Sooo comel
Quote kotakominami 15-11-2023 12:57 PM
Peah lawa de bommm.....
Quote Lampuled 15-11-2023 01:13 PM
Ramai jugak lelaki puji peah ni. Jrg2 lelaki nk puji perangai perempuan openly. Agaknya betul lah tu peah tu jenis baik mudah berkawan. Cuma kalau lelaki yg jrg bergaul dgn perempuan yg lembut2 manja mungkin perasan yg peah nk ngorat dia.
Peah pulak cantik seksi.
Quote bukan_ustazah 15-11-2023 02:24 PM
Laki perempuan cantik semua dipuji cuba rupa nan desa terus friendzone. Peah ni kalau nak lama buang la image tergedik, asal keluar gossip je mesti cerita dengan lelaki.
Quote Tudungpink 15-11-2023 02:31 PM
Boleh la bergabung ngan shah jaszle mamat ni
Quote bankerpencen 15-11-2023 02:59 PM
Gedik dengan manja lain… tapi biasanya dua2 ni kalau lawa, senang je nak dimaafkan.
Quote Cyempaka 15-11-2023 03:04 PM
engkau pulak siapa
Quote anilanil 15-11-2023 03:19 PM
Amboi datuk medal beli ni, mentang2 la peah single kemain memuji yer. Takpe la, gi la try peah. Nak tunggu baby S minang peah mcm tak je, dok sembunyi kat dusun durian kot.
Quote CikYaYaYa 15-11-2023 03:23 PM
Si peah nie aq kenal cuma si jejantz nie sapooo??
Quote Burong_Hantuk 15-11-2023 03:28 PM
tapi si sofia nih mmg lawa

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.054521 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top