CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dituduh Nak Pisahkan Ameena Dengan Shakila Khoriri, Fizi Ali Bengang Disuruh Fokus Layan Dan Beri Kasih Sayang Kepada Anak Tiri

14-11-2023 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5476| Komen: 14

Description: Fizi Ali dituduh sengaja memisahkan Ameena daripada Shakilla namun katanya dia sebagai bapa juga berhak atas hak jagaan anak tunggalnya itu.
Fizi Ali dituduh sengaja memisahkan Ameena daripada Shakilla namun katanya dia sebagai bapa juga berhak atas hak jagaan anak tunggalnya itu.

"Saya tak pernah tergamak nak pisahkan anak dan mak. Saya nak hak saya sebagai seorang ayah yang nak bersama dengan anaknya.


"Kenapa perlu lupakan anak saya setelah apa yang saya ada? Insya-Allah Ameena, daddy jumpa awak nanti.

Foto: IG

Ada netizen yang menggesa dirinya untuk hanya memberi fokus kepada anak tiri dan menyerahkan Ameena sepenuhnya kepada Shakilla.

"Dah ada anak tiri. Fizi layan dan bagi kasih sayang dekat anak tiri. Buat anak baru. Biar la Ameena dengan ibu dia. Jangan dipisahkan.

"Bersyukurlah Ameena dijaga dengan ibu yang sangat sayang dan bertanggungjawab dengan anak dia. Hidup saja dengan aman. Dunia ini tak lama pun. Asalkan nafkah anak itu jangan lupa. Berbahagia la."




Fizi juga mengingatkan orang ramai untuk menjaga tutur kata sebelum berbicara.

Terdahulu, pengacara itu meluahkan rasa kecewa selepas tidak dapat bertemu dengan Ameena pada hari graduasi prasekolah yang berlangsung di Cyberjaya, pada Sabtu.



Susulan itu, Fizi nekad menyerahkan kepada peguam untuk mengambil tindakan undang-undang di mahkamah syariah.

Sekadar info, Fizi pernah bernikah dengan Shakilla pada 18 Januari 2018 dan sah bercerai pada Disember 2021.



Namun, pada 23 Oktober lalu Fizi selamat mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita pilihan, Siti Zulaikha. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 14-11-2023 11:16 AM
yawnnnnnnnn
Quote jiwakacau06 14-11-2023 11:22 AM
org yg komen tu bengap....pandai ckp bg nafkah dh cukup....duit nk....xbg jmpa bapak
Quote shida81 14-11-2023 11:23 AM
Siapa yg komen bodo tu...
Quote sideqsegaraga 14-11-2023 11:42 AM
Ada juga orang gamak komen macam tu. Duit nafkah kalau tak bagi meroyan satu dunia. Anak kau nak 100% kat kau. Kau ingat bapak tu takda perasaan ke. Kadang bapak ni lagi sayang anak dari mak.

Jaga pun ntah hape2. Pasal duit berkira.
Quote malutapimahu 14-11-2023 11:46 AM
benak betul, bila ayah nyer nak jalankan tanggungjawab kata xperlu lah apa lah, kalau x jalankan tanggungjawab kang merentan jua kata xsayang lupakan anak bagai. Tp yang last tu x tinggal ehh kasih sayang xmau nafkah mau hamboiiiii
Quote winky1 14-11-2023 12:00 PM
Bertuah anak tiri tu dapat adik instant dgn si Ameena ni. Comel dan bijak senang nak communicate. Mesti dia lama teringin adik tu.
Quote babelina 14-11-2023 12:33 PM
alaaaaa.. dh2 la dorg nie.. boring btl.. dh la dua2 pn sendu jer..
Quote prettyuglybabe 14-11-2023 01:51 PM
bodoh punya komen..
budak tu walinya siapa..
Quote VespaSilbe 14-11-2023 06:06 PM
Iols lagi suka jantan gini daripada ada depan mata tapi dok sibuk jaga anak org lain
Quote maroon_nerd 14-11-2023 06:15 PM
Bongoknya la yang komen. Pastu nanti kalau piji tak cara, si riri meroyan, semua nak salahkan piji pulak. Kata tak ambik tahu hal anak la apa la. Dah elok2 orang tu nak cara ke anak, bagi je la. Jangan si meena ni membesar dia rasa bapak dia tak sayang kat dia sebab si ibu yang tak bg jumpa.
Quote dino 14-11-2023 06:15 PM
jiwakacau06 replied at 14-11-2023 11:22 AM
org yg komen tu bengap....pandai ckp bg nafkah dh cukup....duit nk....xbg jmpa bapak

byk pompuan bengap.. tmbh2 anak pompuan kena wali tuh

org pompuan tak tahu agama je sembang suh buat anak lain… sekolah anak, kat mana tinggal kena inform si ayah.. jln terbaik guna mahkamah.. ade black n white… anak tu akan besar.. sampai masa anak bkn lg tools nak sakitkan hati ex
Quote cikmi 14-11-2023 07:03 PM
nnt ayah x jumpa anak, kata ayah lupa anak plak...
bersyukurlah laki masih nk hirau pasal anak bila dh bercerai
Quote Dolmat 14-11-2023 07:24 PM
Kadang2 tak paham perempuan2 bengaps..
Bapak tak bertanggung jawab merempan
Bapak bertanggung jawab pun merempannn

KORANG nak aper sebenarnyer???

Quote kerani_je 14-11-2023 07:29 PM
Bingittt tau x..x abis2 kisah si pizi n killa ni duk berebut anak..Ko la pasangan terpaling bercerai yg menyemakkn industri gosip tempatan yg duk gaduh bergasak hal anak..Dua2 ego x mau buang..Anak jd mangsa..korang ni xde komunikasi ke sesama korang..Duk la guna medsos perantaraan x abis2 drama rebut budak tu..

Klau anak sakit ke ape ke x dtg school korang roger la sesama korang..Ni sama2 x mau wasap angkat call mcm dah nazak sgt x bleh jwb call..Yg sekor x nk mengalah,  yg sekor x jujur bgtau tujuan amik..Gasak la korang dua2 sama bingit kaki kepoh..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.054574 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top