CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Confession Lihat artikel

Warga Emas 71 Tahun Masih Lasak Panjat, Petik Buah Duku

24-10-2023 04:54 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2537| Komen: 4

Description: Seorang warga emas dikenali sebagai Tok Minah, 71, masih menjalankan aktiviti memanjat dan memetik buah duku di kebun miliknya. Menerusi program Majalah 3, Tok Minah atau nama sebenarnya Minah Omar ma ...

Seorang warga emas dikenali sebagai Tok Minah, 71, masih menjalankan aktiviti memanjat dan memetik buah duku di kebun miliknya.


Menerusi program Majalah 3, Tok Minah atau nama sebenarnya Minah Omar masih aktif melakukan pekerjaan itu di kebun miliknya yang berkeluasan 1.6 hektar terletak di Kampung Sekayu, Kuala Berang.



Katanya, dia mula memanjat sendiri pokok duku dan mengutip hasil sejak usianya 25 tahun hingga ke hari ini.


Tok Minah akui tidak sabar setiap kali tibanya musim buah duku iaitu sekitar bulan September hingga November.


"Masa saya muda-muda dulu, saya selalu panjat pokok duku di kebun sendiri. Habis itu, saya pun ambil upah panjat pokok cari pucuk paku untuk membesarkan anak. Semua kerja saya buat. Saya tak suka duduk berehat dekat rumah, suka buat kerja," katanya.


Menurut ibu kepada tujuh orang anak dan 17 orang cucu itu lagi, aktiviti memanjat pokok dan memetik buah duku adalah yang paling dinantikan saban tahun.


Difahamkan, cara memetik buah duku sedikit cerewet, ia tidak boleh diturunkan menggunakan pengait. Sebaliknya perlu dipetik menggunakan tangan dengan penuh berhati-hati disebabkan struktur kulit duku yang sangat lembut.



Dalam masa sama, wanita yang diberi gelaran ‘Tok Minah nenek atas pokok’ itu berkata, dia pernah ditegur oleh anaknya untuk tidak lagi melakukan aktiviti yang agak berbahaya itu, namun baginya itu adalah satu bentuk kepuasan dan minat.


"Anak saya kadang kala marah juga tak bagi panjat pokok, tapi saya kata tak suka orang lain naik, biar saya panjat sendiri. Lebih puas.


"Pernah duduk Kuala Lumpur dengan anak setahun, rasa risau kadang demam. Bila duduk rumah sendiri rasa tenang dan kuat. Saya memang suka panjat pokok," katanya.


Tok Minah kemudian menjual buah duku dengan harga lelong iaitu RM0.50 untuk sekilogram.


Tok Minah menjual buah duku di gerainya jika memperoleh banyak stok yang tidak dibeli oleh peniaga atau pemborong. Niatnya menjual dengan harga murah hanya mahu berkongsi kemanisan buah duku dengan orang ramai.



Sumber: Oh Bulan, Majalah 3




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ilahaz 9-11-2023 07:52 PM
Kagum tgk tok minah dlm majalah3 hari tu.. rilek jah panjat pokok.. Tinggi lak tu
Quote any42 12-11-2023 12:59 AM
hebat lah nek. hati2 dah tua ni risau jatuh ssah nk baik.
Quote telracs 3-12-2023 11:53 AM
Sedapnya buah duku...
Quote Supersirap 8-12-2023 02:07 PM
Masih diberikan kesihatan, syukran

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-3-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.240896 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top