CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Confession Lihat artikel

Malang Nasib Pelajar Perempuan Sebab Rumah Di Kawasan Kubur, Banyak Kali Kena Reject Bila Tempah E-Hailing

18-10-2023 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4083| Komen: 42

Description: Seorang pemandu e-hailing mendedahkan dia bertemu dengan seorang remaja perempuan yang tempahannya sering ditolak oleh rakan-rakan pemandu e-hailing lain.
Seorang pemandu e-hailing mendedahkan dia bertemu dengan seorang remaja perempuan yang tempahannya sering ditolak oleh rakan-rakan pemandu e-hailing lain.

Kejadian berlaku ketika dia menjemput gadis itu pada waktu petang, di Selayang, Selangor.


“Pick up budak tingkatan lima kat Selayang. Baik budaknya. Dia kata bapa dia seorang ustaz,” katanya menerusi video TikTok.



Namun, dia tersentak apabila gadis itu  memberitahu dia tinggal di kawasan perumahan yang tidak boleh dimasuki sewenang-wenangnya.

“Aku mula triggered apabila budak perempuan ni kata rumah dia tak boleh masuk selepas pukul 6 petang. Kalau ada urusan dengan bapa dia je baru boleh masuk.

“Masa aku nak tanya kenapa, aku periksa balik alamat budak ni dan sampai ke pondok pengawal."

Selepas itu, barulah remaja itu menyambung kembali perbualan dan pemuda berkenaan sempat meneliti keadaan di sekeliling sebaik saja memasuki kawasan kediaman penumpangnya.




Walaupun hari masih siang, lelaki itu mengakui terkejut apabila menyedari laluan ke destinasi merupakan tanah perkuburan.

“Dia cakap ‘Ha, kat dalam inilah rumah saya, bang’. Aku pula nampak kiri kanan kubur!

“Dalam rasa seriau tu, dia cakap susah untuk dapat e-hailing sebab pemandu akan cancel apabila tengok alamat,” katanya.

Mendengar keluhan remaja itu, dia akhirnya memahami situasi yang dihadapinya dan dalam masa sama faham mengapa rakan pemandu lain yang menolak tempahan daripada gadis berkenaan.

Malah, bagi dirinya sendiri, menghantar penumpang tersebut merupakan satu pengalaman baharu sepanjang dia mencari rezeki sebagai pemandu e-hailing.

“Ye, memang alamat budak ni di tanah perkuburan. Paling best dalam ni ada dua kuarters, dikelilingi kubur. Salah satu rumah adalah rumah budak inilah,” katanya lagi.

Satu perkara yang menarik perhatiannya apabila perbualan mereka berdua turut menyentuh tentang pandangan umum terhadap kawasan perkuburan dan jawapan remaja itu amat memberi keinsafan serta pengajaran.

“The best part apabila budak ni kata Apa nak takut bang? Esok kita ke situ juga (meninggal dunia). Tapi saya dekat sikitlah, tak payah naik van (jenazah)” ujar penumpang remaja itu secara berseloroh.

Perkongsian menerusi akaun TikToknya @Mynt85 turut memberi kesedaran dan keinsafan kepada netizen dengan pelbagai reaksi ditinggalkan di ruangan komen.

“Bagus budak ni, memberi ayat membina. Ayat yang last tu win.

“Depan rumah ada kubur. Dulu kalau balik awal pagi, relaks je dulu depan pintu pagar. Tengok pemandangan kubur macam tenang je. Tak pernah fikir nampak hantu pun.

“Ada kesedaran sikit. Cuma setiap hari kita nampak suasana yang sedih, sebuah perpisahan,” antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 18-10-2023 01:14 PM
Kena naik van gak dik kalau dr hospital.

Aritu pi hulu langat ada lalu kt satu apartmen ke kondo tak pasti la tp blok bangunan tu bebetul sebelah kubor.
Mcm ok je penduduk situ kawasan kubur duk sebelah apartmen dorang.
Pastu masa pi kenduri kawen kat parit buntar singgah solat kat masjid situ, keliling masjid penuh kubur kira kawasan perkuburan dlm kwsn mesjid laa tp paling byk belah area muslimah nk solat. Kubur plak dekat2 sgt dgn tepi kaki lima laluan nk masuk ke pintu tu risau je terpijak. Anak iols duk berlari2 ngn sepupu dia langsung tak berasa apa ngn kubur yg byk2 tu lagipun iols tak ajar tuk takut ngn kubur.
Quote esbok 18-10-2023 02:24 PM
kubur ni tempat menenangkan
Quote brego 18-10-2023 02:47 PM
kalau siang ok jer

kalau suruh grab hantar or amik malam2,
konfem la fikir banyak kali
yang naik tu hantu ker orang
Quote brego 18-10-2023 02:48 PM
tengok gambar takde la sunyi sangat pun area tu

elok jer ada bangunan tinggi, macam kubur dalam bandar
Quote twins 18-10-2023 04:06 PM
ada sorang staff kat ofis saya family dia wakafkan tanah jd kan kuburan.  rumah mak dia pun di situ.  kubur paling hampir dengan rumah dia adalah tak sampai 10 kaki jaraknya dari tangga rumah.  skrg kawan sy tu dah meninggal 3 tahun lepas dan dia di kebumikan di "halaman" rumah mak dia tu.......
Quote Tinot7 18-10-2023 07:51 PM
Tak tatut ka mlm2?
Quote dua_chzy 18-10-2023 08:20 PM
esbok replied at 18-10-2023 06:24 AM
kubur ni tempat menenangkan

Setuju. Kubur ni tempat yang sentimental dan melankolik. Tempat bersemadinya tubuh jasmani orang kesayangan kita. Apa tak evoke rasa sebak sayu hati ini kalau melawat kubur.

Yang penting, kemas, tersusun dan cantik supaya malam2 idok mengerikan.
Quote namr 18-10-2023 08:42 PM
Edited by namr at 18-10-2023 08:44 PM

siang tak takut, time tengah malam sunyi sepi mampus seram..rumah aku kalo tengah2 malam duk sorang2 pun aku seram sejuk
Quote tumpanglalu74 18-10-2023 08:59 PM
[youtube]SuhFkoue5co?si=syG_JYy29CPbu6yB[/youtube]
https://youtu.be/SuhFkoue5co?si=syG_JYy29CPbu6yB
Quote kotakbaju 18-10-2023 09:19 PM
twins replied at 18-10-2023 04:06 PM
ada sorang staff kat ofis saya family dia wakafkan tanah jd kan kuburan.  rumah mak dia pun di situ. ...

Allahu..mudah betul nak ziarah kubur kawan uols tu. Sebab kubur depan rumah sendiri je.

Dulu rumah mak sedara iols camtu la. Rumah kayu tinggi tu atas tanah kubur. Keliling rumah kubur. Iols ingat2 lupa sebab kecik lagi time tu. Kalau tengok balik album pic masa kecik2 dulu ada beberapa gambar snap kat rumah tu la dengan halaman rumah. Memang nampak seketul2 batu nisan dengan pokok kemboja tu. Dengan kucing pun ada lepak santai tepi kawasan kubur.
Quote ninja boy 18-10-2023 10:37 PM
Malam2 xde dgr bunyi jerit tolong tolong atau pintu rumah kena ketuk ka
Quote mosti 18-10-2023 10:54 PM
Kalau hari-hari pergi kubur , dah tak rasa apa dah
Quote esbok 19-10-2023 09:26 AM
dua_chzy replied at 18-10-2023 08:20 PM
Setuju. Kubur ni tempat yang sentimental dan melankolik. Tempat bersemadinya tubuh jasmani orang k ...

Ya tenang. Berkat penjaga kubur, dgn orang awam jaga kerbersihan kawasan kubur sama2. Rasalah tenang tu.

Ada orang pernah tanya cadangan tempat healing, karang daku suggest kubur, lain pulak ceritanya.

Semoga semua grabgribgrub driver merasakan ketenangan kubur, sian adik tu takdak sapa nak ambik dia.
Quote edayildiz 19-10-2023 09:39 AM
i pernah order fp utk my ubcle..kebetulan kt situ ada kubur..bdk fp tu punya mrh kt i dia ckp i main main bg alamat kubur..
pastu i bg no uncle i kt dia br dia ok
Quote Cassieopeia 19-10-2023 01:00 PM
kubur kt bandar ni dh lawa2 skrg.. tp kt kg serem jgkla huhu
Quote jazaa100 19-10-2023 07:29 PM
Ni kat bukit lagung selayang ke?...
Situ ada kuarters polis & apartment.....
Seram jugak klu mlm....
Tapi view cantiklah atas bukit
Quote gigahertz 19-10-2023 09:50 PM
brego replied at 18-10-2023 06:47 AM
kalau siang ok jer

kalau suruh grab hantar or amik malam2,

budak maybe anak polis.
sebab kuarters polis IPD Gombak
mmg sebelah perkuburan Lagong Templer tu je.
Quote gigahertz 19-10-2023 09:52 PM
jazaa100 replied at 19-10-2023 11:29 AM
Ni kat bukit lagung selayang ke?...
Situ ada kuarters polis & apartment.....
Seram jugak klu mlm.... ...

kuarters tu sebelah IPD Gombakpaling dekat Idaman Hills. Rumah RM 2 juta.
Idaman hills mmg betul betul bawah kubur lagong tu.
kalau nak masuk pintu kubur tu atas bukit
toleh kanan eh eh rumah Rm 2 juta
Quote Nham22 19-10-2023 09:57 PM
Adoii nampak nau grab driver or food rider sejenis byk tgk tiktok

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.062913 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top