CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Got7 Nak Bantu Urus Pengebumian Mangsa Insiden Siam Paragon

15-10-2023 10:27 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2147| Komen: 1

Description: Insiden tembakan di pusat beli belah Siam Paragon, Thailand pada 3 Oktober lalu mendapat perhatian salah seorang anggota kumpulan kpop GOT7.Terkesan dengan insiden menyayat hati itu, GOT7 turut mengam ...
Insiden tembakan di pusat beli belah Siam Paragon, Thailand pada 3 Oktober lalu mendapat perhatian salah seorang anggota kumpulan kpop GOT7.

Terkesan dengan insiden menyayat hati itu, GOT7 turut mengambil inisiatif mengurus dan membayar kos pengebumian salah seorang mangsa yang juga peminat kumpulan tersebut.



Malah salah seorang anggotanya yang berasal dari Thailand iaitu BamBam turut menghubungi keluarga mangsa bagi memaklumkan tentang bantuan berkenaan.

BamBam turut berusaha mencari keluarga mangsa yang meninggal dunia pada Sabtu lalu selepas cedera parah akibat terkena tembakan.

Sebelum ini BamBam bersama dua lagi anggota GOT7 iaitu Mark dan Jay B turut menghantar bunga serta ucapan takziah ketika mangsa menerima rawatan di hospital.

Dalam kejadian itu, seorang remaja berusia 14 tahun melepaskan beberapa das tembakan secara rambang yang menyebabkan dua orang awam meninggal dunia di tempat kejadian.


Manakala seorang lagi mangsa cedera parah dan menerima rawatan di hospital sebelum disahkan meninggal dunia.


Sumber: mStar




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Page88 18-10-2023 12:19 AM
Jackson Wang is my favourite.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.094353 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top