CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Confession Lihat artikel

Balu Kematian Suami Meraung Bincang Hal Faraid, Tak Sangka Sikap Mentua Dan Ipar Duai

4-10-2023 09:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6720| Komen: 23

Description: Seorang wanita menceritakan pengalamannya berdepan dengan isu faraid dan keluarga mentua.
Seorang wanita menceritakan pengalamannya berdepan dengan isu faraid dan keluarga mentua.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan namanya itu, dia dan suaminya bukanlah berasal daripada keluarga senang.


Bagi menyara keluarga kecil mereka, dia dan suami membuka gerai nasi campur di tepi jalan.

Gambar Hiasan

"Kami mempunyai sebuah kereta Waja second-hand yang dibeli dengan harga RM5,000 daripada kawannya. Rumah pula suami beli semasa bekerja kilang... rumah flat kos rendah.

"Alhamdulillah suami jenis merancang juga. Kami ada sedikit saving di Tabung Haji, insurans nyawa aku dan dia, rumah (masih berhutang) dan kereta tanpa hutang.

"Suami ada lima adik beradik, dia anak ketiga. Ada dua kakak dan dua adik lelaki. Ibu dan ayah mentua hanya bekerja kampung mengusahakan sawah padi.

"Kedua-dua kakaknya sudah berkahwin. Seorang berniaga online dan suaminya adalah seorang guard. Kakak kedua tukang jahit dan suaminya bekerja kilang. Dua adiknya masih belajar."


Takdir menenrukan suaminya ditakdirkan meninggal dunia di dalam kemalangan jalan raya.

Pemergian suami secara mengejut itu membuatkan dia tidak bersedia kehilangan tonggak keluarga tambahan pula dua anak perempuan mereka masih kecil.

"Selepas arwah meninggal dunia, atas nasihat kawan, aku pun ke sana sini menyelesaikan antaranya KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), hutang rumah dengan bank, ejen insurans, Tabung Haji.

"Selepas dikumpulkan, anggaran kasar ada dalam RM70,000 juga jumlah yang bakal difaraidkan kerana aku tiada anak lelaki.

"Aku jumpa keluarga mentua. Aku yang minta semua ahli keluarga termasuk adik beradik suami datang ke rumah mentua. Aku ceritakan semuanya dengan detail sebelum proses permohonan sijil faraid," kongsinya.

Pada ketika itulah, tanpa disangka-sangka, reaksi setiap ahli keluarga mentuanya membuatkan wanita ini mengalirkan air mata.

"Ayah mentua kata 'kamu tak perlu faraid duit tu. Ambil semua untuk kegunaan kamu dan anak-anak. Walaupun kami ada hak, tapi ayah nak halalkan pada kamu'.

"Kemudian mak mentua pun angguk. Masa tu terus berlinang air mata. Bukan gembira dapat 'makan seorang' tapi aku sedih, terharu. Kenapa mereka begitu?

"Sedangkan ada sesetengah orang, duit faraid ni ibarat durian runtuh kan? Kakak ipar kata 'kalau bahagi-bahagi, nanti berapa je tinggal untuk kau'.

"Adik ipar kata 'kami tahu akak susah sama-sama dengan abang. Dengan anak kecil meniaga tepi jalan. Kitorang tak tolong apa-apa. Takkan sekarang bila abang dah tak ada, kita nak ambil duit hasil usaha abang dan kakak'.

"Terus meraung aku masa tu... Allah sedihnya. Di saat orang lain yang lebih alim daripada mereka boleh berubah hanya sebab duit, tapi mentuaku yang biasa-biasa ni sangat faham pada menantu mereka yang tiba-tiba jadi balu," kongsinya.

Tambah wanita berkenaan, bagi menghargai kebaikan keluarga mentuanya, dia tetap menghulurkan wang dan hadiah buat mereka.

Malah dia juga tidak lokek menghulur duit belanja kepada adik-adik iparnya dan anak saudaranya yang masih belajar.

"Tiap minggu aku bawa anak-anak jenguk datuk dan nenek. Kebaikan mereka membuatkan aku mahu hubungan ini kekal sampai bila-bila.

"Aku dah tak meniaga tepi jalan tapi aku ambil tempahan makanan online. Buat masa ini aku belum terfikir nak cari pengganti.

"Doakan aku terus kuat dengan ujian hidup ini. Terima kasih untuk keluarga mentua. Semoga Allah gandakan rezeki untuk kalian," akhirinya.

Perkongsian kisah wanita itu mengundang perasaan hiba warga maya dengan rata-ratanya menyifatkan dia sangat bertuah dikurniakan mentua yang baik.

"Perikemanusiaan ni lahir daripada hati yang bersih. Orang yang banyak duit pun belum tentu ada kemanusiaan.

"Bertakung air mata... baik sungguh mentua awak. Satu dalam seribu. Kasih sayang sampai syurga.

"Moga ramai lagi yang lebih mengutamakan keluarga yang ditinggalkan daripada berebut harta yang tak sudah," demikian komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 4-10-2023 02:19 PM
bergenang lak air mata aku...

ni jenis family in law yang ada otak dan berhati mulia....
Quote babelina 4-10-2023 03:05 PM
Ya Allah.. syukur dpt keluarga mentua yg mcmnie.. ingt menantu n cucu.. ingt ssh payah arwah ank nya dan isterinya.. moga Allah lipat ganda kn rezki mereka.. Amin yra..
hrtu suami aku pn ada bgtaw yg dia risau klau pape jadi kt dia.. aku cmana nanti.. ye la.. kami xde ank.. hrp2 keluarga mentua aku sebaik keluarga mentua kakak nie..
Quote Buritan 4-10-2023 04:39 PM
seri_mawr replied at 4-10-2023 02:19 PM
bergenang lak air mata aku...

ni jenis family in law yang ada otak dan berh ...

Muliaakann.... yg selalu aku dengooo takkkkk...
Quote seri_mawr 5-10-2023 11:51 AM
Buritan replied at 4-10-2023 04:39 PM
Muliaakann.... yg selalu aku dengooo takkkkk...

kan....sealalu depa yang rebut sekali...

pernah tgk sendiri....
kwan husband meninggal...family belah lelaki pulun rebut harta....hatta insurance company pun depa nak..
mujur HR nya baik...siap pasangkan lawyer tuk wife arwah....

padahal masa anaknya hidup nmpk syg benor ke menantu n cucu....
bila tang duit semua gelap mata...
Quote Buritan 5-10-2023 12:54 PM
seri_mawr replied at 5-10-2023 11:51 AM
kan....sealalu depa yang rebut sekali...

pernah tgk sendiri....

Sbb tuu aku selalu ckp laki akuu.. jum cpt kita buat hibahh.. ape jd pd saya .. somi dan anak anak yg dpt . Ape jd pd somi.. saya dan anak anak yg dpt.. tarak mo sini nuntut sana nuntut.. situ nuntutt . Kalo jutawan mcm syed bukhari lainlaa jgk.. ini yg tibggal pun cukup cukup aje punn..

Aku rete rumah mak tua . Skit pun aku tak heran. Tmbhn depa ni ikut adat neg 9... hrp tang bhgn aku hangpa jgn sibuk udah laa
Quote seri_mawr 5-10-2023 03:36 PM
Buritan replied at 5-10-2023 12:54 PM
Sbb tuu aku selalu ckp laki akuu.. jum cpt kita buat hibahh.. ape jd pd saya .. somi dan anak anak ...

tgk kes harta berbillion arwah politician tu sudah..sampai la nii x settle...harta punya pasal...
padahal klu bagi2 kan ikut harta sepencarian lepas tu depa bahagi la..ikut faraid...kan mudah...still bnyk kot...
tapi tu la masing2 tamak.....sudahnya x bergerak ke mana...silap gaya mau mati dulu...kes tak settle...
Quote Buritan 5-10-2023 03:49 PM
seri_mawr replied at 5-10-2023 03:36 PM
tgk kes harta berbillion arwah politician tu sudah..sampai la nii x settle...harta punya pasal...
...

Satu lg kalo tak amik tak boleh kee . Tk pyh le ikut sgt peraid semua tuu.  Aku tgk muka anak bini yg tinggai tuu pun aku dah rasa emmm.. depa tak mintak duit aku pun aku rasa lg alhmdlh.. pdhl depa tuu kita kena bg mkn..
Quote gangerina 5-10-2023 04:05 PM
i ada sorang ex staff camni, in laws dia bg bulat2 kat dia bila ex husband dia meninggal eksiden... last2 minah ni kawen dgn biawak hidup pastu lepas dpt duit burukkan tpt keje sbb dah kaya la katakan, eksen la.. pdahal dulu nak apply rumah dbkl ofis buruk dia tu lah yg bagi surat sokongan... ntah pape...

oklah utk tak OT, bagus la inlaws minah ni, satu dalam sejuta rasanya kat mesia ni...
Quote seri_mawr 6-10-2023 03:17 PM
Buritan replied at 5-10-2023 03:49 PM
Satu lg kalo tak amik tak boleh kee . Tk pyh le ikut sgt peraid semua tuu.  Aku tgk muka anak bini ...

kalau semua jenis mcm uouls.....xde keje la lawyar2....semua...hahaha

tp iouls pun x sampai hati nak rebut harta anak2 yatim....harap2 klu iouls xde nnti org pun simpati le dgn anak2 iouls yyg tinggal...udah le xde anak lelaki..
Quote Buritan 6-10-2023 04:10 PM
seri_mawr replied at 6-10-2023 03:17 PM
kalau semua jenis mcm uouls.....xde keje la lawyar2....semua...hahaha

tp iouls pun x sampai hati  ...

Aku mmg tak minat rete org.. satu lg kalo aku amik aku rasa aku dah penaya depa yg baru saja kehilangan... bg aku kita ni patut berii mereka sokongan bkn amik reta depa wpun kita layak dr segi peraid...

Aku rasalaa Allah sengaje buat peraid semua tuu sbb nak tgk ahli keluarga tamak ke idak..

Harap family members kp takde le tamak nanti..

Quote dua_chzy 6-10-2023 04:59 PM
seri_mawr replied at 4-10-2023 06:19 AM
bergenang lak air mata aku...

ni jenis family in law yang ada otak dan berh ...

Sama.

Baru aku nak busuk hati ingatkan cerita tipikal keluarga in laws kebulur faraid, rupanya sebaliknya ya.
Quote seri_mawr 6-10-2023 05:59 PM
Buritan replied at 6-10-2023 04:10 PM
Aku mmg tak minat rete org.. satu lg kalo aku amik aku rasa aku dah penaya depa yg baru saja kehil ...

hukum faraid tu dah betul...yang salah nya depa amik pakai sekerat jah hukum tu...

tu sbb la ada syurga neraka...


Quote Buritan 6-10-2023 06:08 PM
seri_mawr replied at 6-10-2023 05:59 PM
hukum faraid tu dah betul...yang salah nya depa amik pakai sekerat jah hukum tu...

tu sbb la ada  ...

Yep betul tuu.. faraid tuu sebenonya kita sbg waris harus bantu depa.. itulaa ada faraid tuu supaya duit tuu kita dpt tolong depa balik tp kita ni mostlyy haaa itu hak akuu.. sbb tuu bg aku laa.. aku takkan amik peraid tuu dan hrp depa pun tak nyusahkan aku jugakk.. dan tak buruklam aku tak jlnkan tggungjawab
Quote Zazama 6-10-2023 08:18 PM
Di doakan buat keluarga mertua wanita ini, semoga Allah sentiasa kurniakan kesihatan yg baik hingga akhir hayat dan rezeki yg tidak putus2. Buat wanita ink, semoga dipermudahkan kehidupannya dlm segala urusan. Amin..
Quote mengapainisemua 16-10-2023 02:27 PM
dapat keluarga yang mcmni pun bersyukur rezki. Sama mcm keluarga arwah ayah, sgt memberi kerjasama. xmcm keluarga ibu aku nenek meninggal semua bnde nak dituntut
Quote CardiGans85 20-10-2023 12:42 PM
Alhamdulillah. Inn Sha Allah kami sekeluarga akan berlaku adil pada ipar2 perempuan kami. Aku pernah bincang benda ni adik beradik.
Quote annehuda 22-10-2023 03:21 AM
Yang nak buat hibah tu jgn stakat hibah di mulut je. Byk kes mcm ni, dulu arwah janji mcm ni mcm tu mmg tak terpakai la. At least ko buat la surat wasiat sign depan lawyer ke depan penghulu ke.  Hibah ni prinsip die kene dibuat masa hidup tapi ramai tak cakna ingatkan pesan mulut je
Quote adiksha 23-10-2023 05:21 PM
bagus family mertua dia ni.. Alhamdulillah
Quote ibuiqah 6-11-2023 09:24 AM
alhamdulillah...terbaik keluarga mentua..arwah pun anak yg baik lah tu...
tp tajuk thread ni mengundang betul ya

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-2-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.059370 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top