CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Simon Cowell Sifatkan Putri Ariani Layak Menang AGT

27-9-2023 09:30 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 16343| Komen: 8

Description: California: Mogul industri muzik, Simon Cowell percaya penyanyi Indonesia, Putri Ariani boleh menang America's Got Talent (AGT) musim ini yang keputusannya diketahui esok.Cowell, 63, berkata Putri, 17 ...
California: Mogul industri muzik, Simon Cowell percaya penyanyi Indonesia, Putri Ariani boleh menang America's Got Talent (AGT) musim ini yang keputusannya diketahui esok.

Cowell, 63, berkata Putri, 17, adalah permata sangat berharta yang memiliki kombinasi bakat vokal luar biasa serta kesungguhan tinggi untuk menang.



"Kamu adalah satu daripada berlian kecil yang cukup jarang kami temui setiap beberapa tahun. Kamu memang dilahirkan sejak azali untuk lakukan ini.

"Kamu sudah atasi pelbagai perkara dalam hidup kamu dan harapnya impian kamu jadi kenyataan menerusi rancangan ini. Kamu sangat layak (untuk menang)," katanya.

Pada peringkat akhir AGT hari ini, Putri yang mempunyai masalah penglihatan sekali lagi menjentik emosi penonton dengan persembahan penuh menyentuh.

Menyanyikan Don't Let the Sun Go Down On Me yang dipopularkan Elton John, dia mengekalkan konsep persembahan duduk bermain piano dengan persalinan bak bidadari.


Berlangsung di Pasadena Civic Auditorium, di sini, Putri mendapat 'standing ovation' Cowell, serta tiga juri lain, Sofia Vergara, Heidi Klum dan Howie Mandel.

Demikian juga seluruh penonton yang hadir menyaksikan acara yang memasuki musim ke-18 itu.

Seramai 10 finalis lain turut bersaing adalah Mzansi Youth Choir, Avantgardey, Lavender Darcangelo, Chibi Unity, 82nd Airborne Chorus, Anna DeGuzman, Ahren Belisle, Ramadhani Brothers, Murmuration serta Adrian Stoica and Hurricane.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antidote 27-9-2023 11:30 PM
Mmg padu suara ariani ni
Quote bottompro 27-9-2023 11:54 PM
Biasa je puteri ni..sedap tu sedap. Tp.typical suara penyanyi indon..nothing special melain dia buta, boleh nyanyi dan boleh main piano.
Quote lanacondor 28-9-2023 09:21 PM
bottompro: Biasa je puteri ni..sedap tu s ...
yup bg meols Pon biasa je.. cuma kelebihan boleh bermain piano
Quote sayurmayur88 29-9-2023 07:40 AM
biasa2 je dia ni, tak lah hebat mana. yg buat dia lain tu sbb dia buta tapi blh main piano.
Quote beta_carotene 29-9-2023 08:27 AM
sayurmayur88 replied at 29-9-2023 06:40 AM
biasa2 je dia ni, tak lah hebat mana. yg buat dia lain tu sbb dia buta tapi blh main piano.

dia ni juga blh compose lagu on the spot..ada tgk 1 iv kt youtube, pengacara baru kehilangan ayah, dia terus buat lagu smpai menangis pengacara tu..

Quote beta_carotene 29-9-2023 08:30 AM
beta_carotene replied at 29-9-2023 07:27 AM
dia ni juga blh compose lagu on the spot..ada tgk 1 iv kt youtube, pengacara baru kehilangan ayah, ...

[youtube]vatYi8T1K7s[/youtube]

ni lagu nya.. terus jadi single
Quote Ikanbolu 29-9-2023 09:40 AM
rezeki dia
Quote borrow 30-9-2023 11:31 AM
merdu suara. tp utk show gini , prefer skill mcm menari ka , acrobatic etc yg menang. Last year the mayyas wow sgt .


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.067167 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top