CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Jelajah Lihat artikel

Nak Melancong Ke Korea Selatan? Pilih Tarikh Ada Sambutan Istimewa, Hari Khas Untuk Orang Suka Timun Pun Ada!

25-9-2023 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4079| Komen: 0

Description: Kalau nak melancong ke Korea Selatan boleh pilih di antara tarikh di bawah:
Kalau nak melancong ke Korea Selatan boleh pilih di antara tarikh di bawah:

Hari yang disenaraikan di bawah ini adalah peristiwa yang dianggap menggembirakan di Korea.


(Diary Day/Candle Day) 14 Januari 
Foto: Google

Diari kosong diberikan sebagai hadiah kepada pasangan dan rakan pada hari ini. Namun, ada juga yang menyambutnya sebagai Candle Day. Orang Korea akan memberi serta menerima lilin hiasan sebagai tanda mereka menghargai orang sekeliling.

(White Day) 14 Mac 

Foto: Google


14 Mac menjadi satu tarikh istimewa buat wanita di Korea kerana pada masa ini pasangan mereka akan memberi coklat sebagai tanda terima kasih.

(Black Day) 14 April 


Tarikh ini sangat menarik dan ramai yang menanti kerana ia adalah hari untuk orang bujang. Orang Korea akan menyambutnya bersama kawan-kawan bujang mereka dan mi kacang hitam menjadi hidangan utama pada Black Day.

(Cucumber Day) 2 Mei 

Foto: Google

Di Korea ada hari khas untuk mereka yang suka makan timun. 2 Mei dipilih sebagai Cucumber Day kerana nombor 5 dan 2 diterjemahkan kepada ‘oh-ee’ iaitu timun dalam bahasa Korea.

(Rose Day) 14 Mei 

Foto: Google

Selain daripada White Day dan Valentine Day, setiap 14 Mei juga merupakan hari untuk menghargai orang tersayang. Masyarakat Korea akan menghadiahkan bunga mawar kepada orang yang mereka cinta dan sayang termasuklah ibu bapa.

(Silver Day) 14 Julai 

Foto: Google

Pada 14 Julai pasangan bercinta akan bertukar cincin perak dan berbincang tentang perkahwinan mereka. Cincin perak yang diberi menjadi tanda perjanjian antara lelaki dan wanita untuk saling mencintai sehingga akhir hayat.

(Confession Day) 17 September 

Foto: Google

Apa yang istimewa jika anda mula bercinta pada tarikh ini, ia akan mencapai hari ulang tahun yang ke-100 pada Hari Natal. Oleh sebab itu wujudnya Confession Day kerana tarikh ini sangat istimewa untuk pasangan bercinta.

(Pepero Day) 11 November 

Foto: Google

Di Korea ia seperti Hari Valentine, tetapi bukan menghadiahkan pepero kepada orang penting atau orang yang dicintai sahaja malah ia juga diberikan kepada orang yang membuat anda tersenyum gembira pada tahun lalu. -CARI

Sumber: Any Day Guide

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.129861 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top