CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanore Finance Pindah AS$681 Juta Masuk Akaun Najib Razak

20-9-2023 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5408| Komen: 8

Description: KUALA LUMPUR – Sejumlah AS$681 juta (RM2,081,476,926)– mengikut kadar tukaran wang asing ketika itu) telah dikreditkan ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di an ...
KUALA LUMPUR – Sejumlah AS$681 juta (RM2,081,476,926)– mengikut kadar tukaran wang asing ketika itu) telah dikreditkan ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di antara 22 Mac dan 10 April 2013.


Penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM), Adam Ariff Mohd. Roslan berkata daripada jumlah tersebut, pada 22 Mac, AS$620 juta (RM1,893,474,962.98 – mengikut kadar tukaran wang ketika itu) dikreditkan ke AmIslamic milik bekas Presiden UMNO itu daripada akaun Tanore Finance Corp. kira-kira enam saat wang yang berasal daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipindahkan ke akaun syarikat terbabit.

Sementara baki AS$61 juta dipindahkan ke akaun tersebut beberapa hari selepas itu, pada 25 Mac 2013.


Foto: Kosmo

“Dana itu (AS$681 juta) merupakan sebahagian daripada terbitan bon 1MDB keseluruhannya berjumlah AS$3 bilion yang sepatutnya dilaburkan bagi usaha sama 1MDB dengan Aabar Investment PJS yang dikenali sebagai Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC),” katanya.


Adam Ariff memaklumkan demikian ketika membaca laporan aliran wang yang disediakannya bagi menunjukkan pergerakan dana 1MDB ke dalam akaun Najib.

Laporan itu dibacakan pada perbicaraan kes Najib yang didakwa atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya ketika itu untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Tanore ialah syarikat yang dikawal oleh Eric Tan Kim Loong yang merupakan sekutu ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau nama sebenarnya, Low Taek Jho.

Pada 28 September 2022, saksi ke-38 pendakwaan, Ketua Pasaran Modal Perbankan Persendirian AmBank, Yap Wai Keat dalam keterangannya memberitahu, pada Mac dan April 2013, syarikat Tanore Finance Corp memindahkan wang berjumlah RM2.08 bilion ke dalam akaun Najib yang juga dikenali dengan kod nama AmPrivate Banking – MR.

Adam Ariff dalam keerangannya menyatakan, bon itu dimasukkan ke dalam akaun anak syarikat 1MDB, iaitu 1MDB Global Investment Limited (1GIL) sebelum dipindahkan kepada Tanore melalui syarikat pelaburan, Devonshire Capital Growth Fund dan Granton Property Holding Ltd.

“1GIL juga melanggan dana pelaburan syarikat Cistenique Investment Fund Enterprise Emerging Market Fund (EEMF)dengan tarikh nilai, 21 Mac 2013. Rekod surat menyurat juga menunjukkan bahawa jumlah nilai nominal langganan oleh 1GIL dalam EEMF dan Cistenique masing-masing ialah AS$410 juta dan AS$525 juta.

“Pada atau kira-kira 22 Mac 2013, EEMF dan Cistenique masing-masing mengirim AS$50 juta dan AS$375 juta kepada Tanore. Penyata bank dan rekod Tanore mengesahkan penerimaan dana pada 25 Mac 2013.

“Pada hari yang sama, Tanore menggunakan dana yang diterima daripada EEMF dan Granton untuk menghantar baki AS$61 juta ke akaun AmPrivate Banking – MR, daripada arahan pemindahan USD681 juta.

“Pada 26 Mac 2013, AmIslamic mengkreditkan ke akaun AmPrivate Banking –MR dengan RM188 juta bersamaan dengan AS$60.9 juta seperti yang ditunjukkan dalam penyata bank dan rekodnya,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung lagi petang ini. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 20-9-2023 05:30 PM
Ramainye yang sudi derme..
Quote BicaraHatiku 20-9-2023 08:40 PM
Quote B40tastePosh 21-9-2023 01:21 AM
Pujaan @kemaruk demi Melayu Islam katenye
Quote Kuin-Kepam 21-9-2023 01:43 AM
Transformasi Nasional la sangat
Quote kemaruk 21-9-2023 01:55 AM
Memang dah diakui jho low dan sekutunya mempergunakan akaun najib untuk cuci duit tanpa pengetahuan najib

Yang najib tau, duit tu datangnya dari derma arab

Sudah2 la memfitnah najib

Quote elzy 21-9-2023 08:11 AM
Tak pernah tengok jumlah duit begitu banyak dalam berita..
Quote laqoyah 21-9-2023 08:44 PM
Ramai masih jilat telor Boss
Quote Rogue98 21-9-2023 08:47 PM
6 saat ek....Bank Negara buat apa...tidur ke?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.049647 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top