Nama pelawak dan pelakon Russel Brand menjadi sebutan ramai apabila dia dituduh melakukan empat tuduhan jenayah termasuk rogol, serangan seksual dan penderaan emosi terhadap mangsa. Mirror melaporkan empat wanita tampil membuat dakwaan itu dalam insiden yang berlaku di antara 2006 dan 2013.
Salah seorang pengadu mendakwa Russel mempunyai hubungan dengannya selama tiga bulan ketika dia berusia 16 tahun dan pernah merogolnya dengan memasukkan zakar ke dalam mulutnya sehingga tercekik. Susulan tuduhan serius itu, Russel tampil menafikan semua tuduhan jenayah seksual itu menerusi sebuah video di Instagram miliknya. "Apa yang ingin saya katakan, tuduhan ini serius... Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut," katanya. Dalam pada itu, pelakon filem Forgetting Sarah Marshall ini memberitahu dia pernah menulis tentang kehidupannya dalam buku biografinya sebelum ini.
Kata bekas suami penyanyi Katy Perry ini, dia pernah mengakui suatu ketika dahulu dia pernah menjalani kehidupan dengan pergaulan bebas namun semua atas dasar suka sama suka. "Pergaulan saya ketika itu memang bebas, tetapi hubungan yang pernah syaa jalinkan adalah atas dasar suka sama suka," jelasnya. Russel turut membangkitkan tentang motif utama isu ini dibangkitkan dan merasakan seperti ada pihak tertentu mahu menjatuhkan reputasinya. Bagaimanapun katanya, dia memandang serius tuduhan tersebut dan memohon peminat tidak mudah terpedaya dengan laporan dibuat tentang isu itu. "Saksi membuat kenyataan bercanggah berdasarkan laporan di dalam media. Saya rasa seperti diserang seolah-olah mereka sedang bekerjasama menjatuhkan saya. "Saya akan melihat perkara ini dengan lebih serius dan berharap orang tidak cepat mempercayai apa yang mereka baca," ujarnya. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT