CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ashton Kutcher, Mila Kunis Jelas Tujuan Surat Sokongan Ditulis, Bukan Setuju Perbuatan Rogol Danny Masterson

11-9-2023 09:04 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3047| Komen: 6

Pasangan pelakon Ashton Kutcher dan Mila Kunis dikecam hebat susulan menulis surat sokongan kepada mahkamah tentang aktor Danny Masterson yang dijatuhkan hukuman 30 tahun penjara atas kesalahan rogol.


Menjawab kritikan itu, Ashton, 45, menjelaskan dia dan Mila tidak berniat menyokong perbuatan dilakukan Danny sebaliknya surat itu ditulis sebagai memenuhi permintaan keluarga aktor itu.

Ashton Kutcher dan Mila Kunis 

Keluarga Danny meminta mereka menceritakan karakter aktor itu supaya ia boleh dijadikan pertimbangan mahkamah bagi mengurangkan hukuman dikenakan terhadapnya.

"Kami sentiasa menyokong mangsa terlibat dan keluarga Danny meminta kami menulis surat menceritakan tentang karakternya supaya ia boleh menjadi pertimbangan dalam keputusan mahkamah," jelasnya.


Ashton dan Mila memuat naik video permohonan maaf dan penjelasan tersebut di laman Instagram selepas teruk dikecam ramai.

Danny menerima hukuman penjara atas tuduhan merogol.

Danny yang juga pelakon sitkom The 70s Show bersama Mila dan Ashton dijatuhkan hukuman penjara minggu lalu atas tiga kesalahan merogol yang dilakukan antara tahun 2001 hingga 2003.

Pelakon berkenaan bagaimanapun akan mengemukan rayuan kerana percaya dia tidak bersalah atas tuduhan berkenaan.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 11-9-2023 09:28 AM
iols kalau dlm situasi kutcher couple ni, iols pun xtau nak buat apa. tp most likely iols xkan tulis kot takut disalah anggap menyokong. tho surat tu maybe hanya utk karektor assessment for court's consideration.
Quote manjalara_01 11-9-2023 06:20 PM
Edited by manjalara_01 at 11-9-2023 06:24 PM
BoongaKertas: iols kalau dlm situasi kutcher ...


Pada i ni x relevant. Yg relevant masa dia merogol tu. So elok la masuk jail 30tahun. Prempuan yg dirogol tu xde pun di beri pertimbangan? Perogol pulak mcm2 peluang diberi

Who give's a #&£#&??
Quote Page88 19-9-2023 06:56 PM
Supporting a rapist. I want to vomit.
Quote gerbera.memopad 20-9-2023 11:37 PM
Aku dah cancel couple ni sejak dia orang cakap tak mandikan anak tu
Quote laicibiru 22-9-2023 01:42 PM
karakter tak karakter, member dah rosakkan orang. apa lagi yang nak dipertahankan.

ingatkan bijak pasangan ni rupanya hauk
Quote Page88 24-9-2023 12:10 AM
Both are disgusting.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.042752 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top