CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tony Leung Nafi Skandal, Ada Anak Luar Nikah Dengan Bekas Penyanyi Kpop

14-8-2023 09:28 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2083| Komen: 0

Description: Pelakon terkenal Hong Kong iaitu Tony Leung menyangkal dakwaan dia menjalinkan hubungan sulit dengan penyanyi Cheng Xiao yang baru berusia 25 tahun.Wakil pengurusan Tony, 61, dalam satu kenyataan memi ...
Pelakon terkenal Hong Kong iaitu Tony Leung menyangkal dakwaan dia menjalinkan hubungan sulit dengan penyanyi Cheng Xiao yang baru berusia 25 tahun.

Wakil pengurusan Tony, 61, dalam satu kenyataan meminta orang ramai tidak mudah percaya dengan khabar angin tersebut.



"Tidak perlu beri perhatian terhadap khabar angin itu. Ia tidak benar!

"Teruskan hidup gembira dan berfikiran positif terhadap orang lain," kata kenyataan tersebut.

Kisah skandal Tony dan Cheng menjadi bualan hangat selepas ada pihak mendakwa melihat pasangan itu keluar bersama.

Lebih mengejutkan, timbul spekulasi mengatakan Cheng sudah melahirkan seorang bayi hasil hubungan dengan Tony.

Cheng, bekas anggota kumpulan Cosmic Girls


Pelakon itu juga dikatakan sudah membeli sebuah rumah buat Cheng dan anak mereka.

Menerusi laporan media di Hong Kong, Tony dikatakan bermain kayu tiga kerana tidak memiliki cahaya mata selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga dengan aktres Carina Lau.

Untuk rekod, Cheng yang berasal dari China pernah mencipta nama di Korea Selatan bersama kumpulan Cosmic Girls.

Pada 2019, Cheng meneruskan karier solo di China selepas tiga tahun bersama kumpulan tersebut.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.037236 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top