CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Empat Tahun Kahwin Belum Ada Anak, Rina Nose Tak Kisah Dikatakan Mandul

7-8-2023 01:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1141| Komen: 2

Description: Pengacara dan pelawak Rina Nose menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia enggan memiliki cahaya mata meskipun sudah empat tahun mendirikan rumah tangga dengan Josscy Vallazza Aartsen.Ri ...
Pengacara dan pelawak Rina Nose menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia enggan memiliki cahaya mata meskipun sudah empat tahun mendirikan rumah tangga dengan Josscy Vallazza Aartsen.


Rina atau Nurina Permata Puteri, 39, sebaliknya berkata, dia dan suami tidak meletakkan soal itu sebagai keutamaan dalam perkahwinan mereka buat masa ini.


Sebaliknya menyerahkan urusan itu kepada ketentuan Tuhan apabila tiba tepat waktunya.

"Saya bukan tak mahu anak cuma buat masa sekarang bukan masanya.

"Siapa tahu esok atau lusa fikiran kami berubah. Apabila tiba waktu yang tepat kami akan lalui sahaja nanti," katanya.

Dalam pada itu, Rina menegaskan dia juga bukan seorang wanita yang tidak suka kepada kanak-kanak sehingga membuat pendirian enggan bergelar ibu buat masa ini.


Malah Rina juga tidak pernah ambil pusing tuduhan segelintir pihak mengatakan dia mandul sebagai punca belum memiliki cahaya mata.

"Jika ada kata saya mandul, tak mahu anak terpulanglah. Biarlah mereka cakap apa sahaja yang dimahukan.

"Bagi saya mudah, ada anak atau tidak kehidupan saya okey sahaja," jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 7-8-2023 02:38 PM
muka laki sheols macam muka kembar sheols yang jadi manager sheols tu... ehehehehe..


Quote mamajawie 9-8-2023 11:10 AM
aneh2 je nama ko ni rina hidung..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.038665 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top