CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ada Orang Tertinggal PS5 Di Ruang Parkir Kondo, Bagusnya Tiada Siapa Rembat

28-7-2023 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2625| Komen: 6

Description: Tanya sahaja anak muda masa kini, pasti hampir semua mengetahui dan ramai juga yang memikilik konsol permainan PlayStation 5 (PS5).Konsol keluaran Sony itu menjadi kegilaan ramai dan merupakan salah s ...

Tanya sahaja anak muda masa kini, pasti hampir semua mengetahui dan ramai juga yang memikilik konsol permainan PlayStation 5 (PS5).

Konsol keluaran Sony itu menjadi kegilaan ramai dan merupakan salah satu medium hiburan masa kini namun, harganya mencecah ribuan ringgit boleh menyebabkan ramai kempunan untuk memilikinya.


Walaupun begitu, lain pula kisahnya di komuniti kejiranan sebuah pangsapurinya yang kecoh dengan penemuan sebuah PS5 dtinggalkan di lot parkir.


Gambar hiasan

Melalui sekeping gambar yang dikepilkan dalam satu hantaran seorang wanita di Facebook, kelihatan sebuah PS5 di dalam beg dibiarkan begitu sahaja di sebalik tiang tanpa ada sesiapa yang mengawasinya.

"Ini apa yang berlaku di grup Facebook kondominium saya hari ni. Ada orang tinggal PS5 di lot parkir dan tiada sesiapa yang nak claim PS5 tu kepunyaan dia," kata wanita tersebut di Twitter.



Add Image Caption Here


Seorang penduduk turut membuat pengumuman tentang penemuan PS5 itu di grup Facebook berkenaan.

"Ada PS5 yang entah dari mana ditinggalkan di sebelah kereta Toyota Alphard berwarna putih di lot parkir blok C aras 2. Boleh personal message saya untuk dapatkan semula.

"Saya simpan sekejap PS5 ni sebab takut ada orang ambil," kata penduduk itu prihatin.



Dalam ciapannya, wanita itu turut menyertakan tangkap layar perbualan penduduk kondominium dalam grup Facbeook yang membincangkan tentang PS5 itu.

"Pemilik dia dah datang ambil ke? Kalau belum, cuba tengok jika kereta pemilik PS5 tu dah kembali semula ke lot parkir. Dia mungkin tertinggal atau tercicir," kata seorang penduduk.

Seorang lagi penduduk yang menyimpan untuk sementara waktu PS5 berkenaan terus memberikan kemas kini tentang PS5 tersebut.

"Belum, saya dah check. Saya juga ada tinggalkan nota kertas yang tertulis contact saya di cermin depan kereta Alphard tu, setakat ni belum ada yang hubungi saya lagi.

"Okay update terbaru, kereta Alphard tu bukan pemilik PS5. Saya rasa pemilik PS5 tu mungkin dah menghilangkan diri dan tinggalkan PS5 dia di sini.



PlayStation 5 secara rasminya dilacarkan pada 12 November 2020. -Gambar hiasan

"Saya juga berjaya dapatkan email pemilik PS5 selepas saya cuba buka PS5 dia dan cari maklumat yang ada dalam konsol tu. Saya ada hantar email dekat dia, saya siap bagi nombor telefon saya.

"Setakat ni masih belum berbalas, dah dua hari saya tunggu, nombor telefon saya pun dia tak call. Mungkin dia tak kisah dah kot," kata penduduk itu memberikan penjelasan panjang lebar.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, sebahagian warga maya cuba berteka-teki tentang sebab mengapa PS5 itu ditinggalkan tanpa ada sesiapa yang menuntutnya.

"Mungkin dia nak tinggalkan kehidupan lalu yang toksik. Ketagihan PS5 ni memang tak ingat dunia dah. Apa-apa pun PS5 tu boleh bagi saya kalau ada tak ada siapa claim.

"Atau isteri dia yang tinggalkan dekat situ, ye la kan perempuan mesti allergic tengok lelaki bagi attention lebih dekat benda gaming macam ni.

"Atau mungkin juga dia sedang jadi content untuk TikTok atau YouTube, jenis content yang nak uji kejujuran seseorang tu. Sebenarnya PS5 tu ditinggalkan dengan sengaja dan ada orang rakam dari jauh untuk tengok siapa yang ambil.

"Apa pun saya sangat berbangga dengan kejiranan ni, mereka jujur dan tak ambil kesempatan nampak PS5 ditinggalkan tengah jalan," kata sebahagian warga maya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uda 28-7-2023 12:03 PM
Tuan punya PS5 tu dah jawab kan dan tanya macamana nak collect .
Quote mek_jah 29-7-2023 11:09 AM
macam mana boleh tertinggal tu..
Quote Tinot7 29-7-2023 12:37 PM
Old and forgetful.. beli ps5 utk cucu kott.. husnuzonnn...
Quote chiyoasuka 31-7-2023 08:04 AM
jujur pnya jirannn
Quote myakayina 31-7-2023 09:39 AM
bagusnya yg jumpa ni, sejenis jujur..takde nak main rembat je org punya..
Quote dekmieDandy 31-7-2023 11:59 AM
ps5 ni security system dia dah kuat

sama cam iphone, kalau reported kena curi, memang tak boleh guna dah

bole jual as sparepart je

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.162338 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top