CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pelakon Veteran Berdepan Penjara 5 Tahun Gara-Gara Pukul Orang Awam

15-7-2023 09:15 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 381| Komen: 1

Description: Pelakon veteran Indonesia, Pierre Gruno bakal berdepan hukuman penjara selama lima tahun atas kesalahan mengasari seorang lelaki.Perkara itu dimaklumkan oleh wakil polis daerah Jakarta Selatan iaitu I ...
Pelakon veteran Indonesia, Pierre Gruno bakal berdepan hukuman penjara selama lima tahun atas kesalahan mengasari seorang lelaki.

Perkara itu dimaklumkan oleh wakil polis daerah Jakarta Selatan iaitu Irwandhy Idrus selepas selesai sesi soal siasat membabitkan bintang berusia 65 tahun itu, baru-baru ini.



"Ketika ini kami sudah tetapkan Pierre Gruno sebagai tertuduh. Dia berdepan hukuman penjara lima tahun," jelasnya seperti yang dipetik dari portal berita Suara.

Pelakon filem The Raid ini terdahulu disoal siasat selama lebih lima jam di balai berkenaan.

Dalam kejadian yang berlaku pada 30 Jun lalu, Pierre dikatakan bertindak kasar terhadap seorang individu di sebuah bar di Jakarta.

Tindakan Pierre itu berlaku kerana dia merasakan kurang selesa apabila individu berkenaan memandang ke arahnya.

Menerusi laporan awal yang dibuat pada 1 Julai lalu, pihak berkuasa tidak menolak kejadian itu juga berpunca akibat pengaruh alkohol.


Sementara itu, peguam kepada Pierre menafikan dakwaan sikap panas baran pelakon itu meskipun dia cukup terkenal membawakan watak antagonis.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 15-7-2023 05:07 PM
ingatkan pelakon veteran malaysia

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.191470 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top