CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Suami Hadiahkan 'Stroller' RM23,000 Untuk Isteri Mengidam, Netizen Kata Harga Dah Boleh Beli Axia Rahmah

7-7-2023 09:30 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1990| Komen: 11

Description: Impian seorang wanita yang mengidam untuk memiliki kereta sorong bayi jenama butik terkemuka berharga RM23,000 akhirnya tercapai apabila dihadiahkan oleh suaminya.Menerusi perkongsian video yang dimua ...
Impian seorang wanita yang mengidam untuk memiliki kereta sorong bayi jenama butik terkemuka berharga RM23,000 akhirnya tercapai apabila dihadiahkan oleh suaminya.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @afinisafien yang juga seorang usahawan, kelihatan suaminya membawa ke butik pakaian tersebut bagi ‘unboxing’ (membuka kotak) kereta sorong terbabit.



“Terima kasih suami, melayang RM23,000 untuk kereta ‘baby’ (bayi) sampai termimpi-mimpi memang kena beli. Nanti kempunan pulak kata suami.

“Alhamdulillah rezeki bayi. Suami kata kalau beli stroller harga RM23,000 ni, kena beranak lagi tiga tahun akan datang,” tulisnya di ruangan kapsyen video tersebut.

Sehingga kini video itu telah mendapat 474,000 tontonan, 13,200 tanda suka dan 2,198 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang mendoakan buat wanita berkenaan namun tidak kurang juga yang mempersoalkan harga yang tidak masuk akal itu.



“Alhamdulillah rezeki dia. Kalau kita RM23,000 beli Perodua Axia Rahmah dapat bawa anak tidak kena hujan panas,” komen Zue.

“Percayalah, lepas anak tujuh bulan, tak akan guna dah. Pelaburan yang sangat tak berbaloi,” komen Nur Fatihah.

“Sekarang memang trend beli kereta sorong bayi harga mahal-mahal ke? Mesti tak ada radio kan. Sebab sama dengan Perodua Axia Rahmah,” komen seorang pengguna yang lain pula. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babynina30 7-7-2023 10:27 PM
Baju sopan. Tp menari plop kak oii  
Quote Belibis 7-7-2023 11:27 PM
Paling penting kena jugak selit...' yang juga seorang usahawan..'
Faham2 la niaga apa.
Quote tahanie 8-7-2023 12:46 AM
Marketing la ni
Quote Carcosa 8-7-2023 01:51 AM
Kalau tak timbang kilo, geng laundry.
Tu jelah kalau hamak nak upload semua benda siap harga bagai.
Tak penah pulak nampak Marion Kaunter Pertanyaan tu upload stroller ke, toys ke, siap dgn berapa rege. Betul tak
Quote aciksenah 11-7-2023 02:12 PM
Capat cepat nak famous..lps tu ramai la berbondong2 follow nak tau kejayaan pasangan ni. Mcm tak tau...Ntah2 kedai tu suruh promosi je...
Quote Samerosie 11-7-2023 06:13 PM
Hujung2 kau tolak stroller isi barang je anak kau dukung.  Letak je dlm stroller baby melalak kepanasan.  Lepas tu menyusahkan org nak masuk lift nak lalu kay shopping aisles bagai.
Quote chiyoasuka 28-7-2023 02:02 AM
boleh tahan harga stroller
Quote bbi25 1-8-2023 12:58 PM
Mane borang jadi anak angkat ni?
Quote Missjass 4-8-2023 01:28 AM
Carcosa replied at 8-7-2023 01:51 AM
Kalau tak timbang kilo, geng laundry.
Tu jelah kalau hamak nak upload semua benda siap harga bagai.
...

Stroller Dior ni geng timbang kilo je duk flex buat unboxing dekat socmed nya.. Kalau yang betul2 T20 i npk tin itik je yang upload dkt youtube husband dia bg stroller ni jgk. Chrys tan pun pakai stroller ni jgk tp rilex2 je up ig npk sikit2 je stroller tu
Quote lanacondor 14-8-2023 11:48 AM
Sorry la ya selagi nm xtermasuk dlm 10 org terkaya kt Malaysia ni korg xpyh pcy la geng2 scammer ni. Xde kaya mn Pon. Silap hb sewa kwn punya je
Quote Mamason 29-8-2023 03:43 PM
gamaknya duit dah xtau nak buat ape... berlambak2 dah gamaknya... RM23 ribu tu bukannya kaleng2 harga stroller... alahai..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.054345 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top