CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kecoh Bakal Bertunang, Luna Maya Akui Maxime Bouttier Lelaki Idaman Setiap Wanita

27-6-2023 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 821| Komen: 3

Description: Luna Maya yang dikatakan bakal mengikat tali pertunangan bersama teman lelakinya iaitu aktor Maxime Bouttier bagaimanapun menafikannya.Luna, 40, berkata, dia pasti memaklumkannya jika perkara itu bena ...
Luna Maya yang dikatakan bakal mengikat tali pertunangan bersama teman lelakinya iaitu aktor Maxime Bouttier bagaimanapun menafikannya.

Luna, 40, berkata, dia pasti memaklumkannya jika perkara itu benar.



IG

"Belum lagi, kalau bertunang pasti saya akan maklumkan pada semua orang," katanya seperti dilaporkan Detikhot.

Berkongsi mengenai sikap aktor kacukan Perancis dan Indonesia itu, Luna berkata, dia selesa berada disamping Maxime kerana sikapnya yang baik.

Meskipun jarak usia mereka 10 tahun namun Luna menganggap Maxime adalah lelaki idamannya.

"Maxime memang seorang yang cool, dia baik dan saya sangat sennag berada di sisinya. Kami kan dah kenal lama.

"Saya rasa dia bukan sahaja lelaki idaman saya tetapi idaman semua wanita," ujarnya.


mStar


Sebelum ini, khabar angin percintaan terbaharu Luna mula dihidu peminat selepas dia bersama meraikan ulang tahun kelahiran Maxime pada April lalu.

Meskipun ramai yang suka melihat mereka bersama namun ada juga yang berpendapat Maxime bukan lelaki sesuai untuk Luna disebabkan jarak usia di antara mereka.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 27-6-2023 02:27 PM
kaki bukak api ni semua jenis ciknek dia rasa dulu...
Quote hokeypokey 29-6-2023 12:41 PM
untung la dapat anak ikan sedap
Quote lasagna 3-7-2023 10:10 AM
lorrrr mamat ni ke yg berlakon jd menantu julia roberts dlm movie ticket to paradise? ku igt kan mat salleh mana, skali actor indo rupanya.. ciss

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.041912 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top