CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Penyanyi Pernah Tipu Konon Hidap Kanser, Bunuh Diri Lepas Tinggal Pesanan Di YouTube

22-6-2023 03:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 458| Komen: 0

Description: Seorang lagi bintang dari Korea Selatan mengejutkan dunia hiburan apabila mati akibat membunuh diri sendiri, menjadikannya berita kematian kedua yang terjadi dalam tempoh seminggu.Media tempatan melap ...
Seorang lagi bintang dari Korea Selatan mengejutkan dunia hiburan apabila mati akibat membunuh diri sendiri, menjadikannya berita kematian kedua yang terjadi dalam tempoh seminggu.

Media tempatan melaporkan penyanyi Choi Sung Bong ditemui meninggal dunia di kediamannya di Seoul pada 21 Jun 2023.



Foto: Koimoi

Penyanyi berusia 33 tahun itu disyaki mengambil nyawanya sendiri selepas meninggalkan pesanan di YouTube, memberitahu dia akan melakukan sebuah keputusan yang agak ekstrim.

Bagaimanapun pihak polis masih melakukan siasatan terhadap kematian Sung Bong.

Sung Bong yang mula dikenali selepas menyertai program Korea’s Got Talent pada tahun 2011 pernah mencetuskan kontroversi apabila berbohong mengenai dirinya menderita sakit kanser atau barah.

Ia mencetuskan kemarahan selepas ramai yang terpedaya dengan memberikan derma kepadanya selepas Sung Bong pernah membuat kutipan dana untuk membiayai rawatan penyakitnya yang sangat mahal.



Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.042330 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top