CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Masih Belum Dapat Lesen Berniaga, Wanita Berang Dakwa Penguatkuasa Ambil Kesempatan ‘Pau’ Duit

19-6-2023 08:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 631| Komen: 4

Description: Seorang wanita yang baru memulakan perniagaan cetakan baju meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan penguatkuasa yang bertugas di kawasan tersebut.Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook, ...
Seorang wanita yang baru memulakan perniagaan cetakan baju meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan penguatkuasa yang bertugas di kawasan tersebut.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook, wanita itu mendedahkan seramai enam orang pengetuakuasa telah datang ke premisnya untuk meminta duit ‘poket’ dan beberapa barang seperti baju dan topi yang dijualnya.



Tidak hanya itu, ahli penguatkuasa lain telah datang sekali lagi untuk memberi saman gara-gara premisnya masih belum mendapatkan lesen.

Menjelaskan perkara itu, wanita tersebut memaklumkan bahawa perniagaannya masih belum mendapatkan lesen kerana beberapa dokumen masih sedang diproses.

"Eh habis tu semalam yang aku bayar duit kau mintak tu apa? Ambik barang-barang, walaupun aku kata meniaga online. Tu semua barang sample. Aku tak jual baju ready. Nak jugak tau amik," katanya.

Dalam pada itu, wanita berkenaan berkata dia mempunyai bukti video rakaman litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan pihak penguatkuasa yang meminta rasuah tersebut.


"Korang makan duit haram bagi anak bini keluarga dan diri sendiri. Duit tak halal. Konon nak tolong settle. Alih-alih, harini datang org lain saman. Hebat betul dunia sekarang," tambahnya lagi.


Sumber: Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 19-6-2023 09:02 PM
Hanat tu pulak mulayu.
Gitu le mana² bangsa pon..dok kt enforcemen,tiny bit of power wajib flex.
Patu bg lak ank bini mkn.
Bila ank merempit jd bohsia pelik.
Dh didik ngn ilmu agama katanyehhh..
And cheqkak lenkali tepek ngn bidio terus kt post ssiap².
Toksah karang pnjang².
Kata ada cctv.
Senang nk kenal laki sapa.
Quote felinecat 20-6-2023 05:24 AM
Bila kata xde melayu meniaga sbb pemalas... Bukan pemalas, ni la citer die, nak cepat lulus lesen kene bayar.. Paw lg, hanattt. Muka xtau malu pengambilan rasuah
Quote apech 20-6-2023 08:04 AM
sedap mengata org ambik duit tak halal. dah ko meniaga takde lesen tu halal ke?
Quote Skuau 21-6-2023 03:51 PM
apech replied at 20-6-2023 08:04 AM
sedap mengata org ambik duit tak halal. dah ko meniaga takde lesen tu halal ke?


kakak..sini malezia kita meniaga memang tada lai sen punya...kita 'bayar' saja itu worang-presiden peniaga warga asing LAI SEN TADA cawangan malezia

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.040791 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top