CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jilat-Jilat Kemudian Letak Balik Di Rak! Ibu Enggan Bayar Lolipop Dijilat Anak Walau Ditegur Peniaga

18-6-2023 02:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 795| Komen: 4

Description: Perkongsian menerusi media sosial mengenai seorang kanak-kanak didapati telah mencuba lolipop pada pistol mainan yang dipamer untuk jualan mencuri tumpuan netizen.Apa yang membuatkan warga maya lebih ...
Perkongsian menerusi media sosial mengenai seorang kanak-kanak didapati telah mencuba lolipop pada pistol mainan yang dipamer untuk jualan mencuri tumpuan netizen.

Apa yang membuatkan warga maya lebih geram adalah apabila ibu kepada kanak-kanak terbabit tidak mempedulikan dakwaan peniaga selain menafikan ia dilakukan oleh anaknya.



"Maaf kak, anak akak dah jilat lolipop tu," ujar peniaga.

Bagaimanapun wanita itu menafikannya kerana tidak melihat gula-gula yang dinyatakan.

Apabila ditunjukkan, dia kemudian menjadikan alasan anaknya yang usianya masih muda untuk tidak membayar harga gula-gula tersebut.

"Alaaa, budak-budak biasalah... tak kena pun tu ada plastik," katanya kepada penjual.

Dia kemudian terus berlalu pergi tanpa membayar ganti rugi kerosakan yang disebabkan anaknya itu.

Bagaimanapun, bagi peniaga, barang yang telah dicuba akan dikategorikan sebagai rosak oleh pihak kedai dan tidak dapat dijual.



"Kalau ada barang yang dah kena jilat, nak beli untuk anak sendiri?

"Mohon ibu bapa jadilah parents yang bertanggungjawab. Kesalahan anak, ibu bapa kena betulkan," luahnya menerusi video di media sosial.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Tindakan wanita tersebut dianggap tidak bertanggungjawab kerana enggan membayar ganti rugi gula-gula berpunca daripada anaknya.


Turut meninggalkan komen adalah peniaga barang mainan.

Menurutnya, dia sentiasa mengalami kerugian disebabkan kanak-kanak mencuba barang permainan yang dipamerkan sehingga rosak.

Paling menyedihkan apabila ibu atau bapa hanya berlalu pergi selepas mengambil anak mereka tanpa membeli atau membayar ganti rugi.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zeatyisaac 18-6-2023 04:53 PM
Ada CCTV kan, cakap kat mak dia nak virallan gambar dengan harapan pekedai2 lain beware kalau family dia masuk kedai.
Quote intan244 18-6-2023 06:13 PM
xpayah jadi mak la kalau camtu. sampah betul perempuan camni.
Quote hasniey 19-6-2023 09:03 PM
Aku jumpa mak mcmni kt kedai roti.anak dia amik roti jatuh kt lantai.eh dia nk masuk balik eh dlm tray.aku tegur,aku ckp bg la staff nnt org lain beli pulak.dh kotor.terus dia marah2 anak dia sbb jatuhkan roti tu.
Pdhal td laju je tgn tu letak balik atas tray

Mak2 jenis mcmni la yg perangai buruknya anak2 ikut.xpe buat asalkan org xnmpk.
Quote SalenaGomez 20-6-2023 07:47 PM
hasniey replied at 19-6-2023 09:03 PM
Aku jumpa mak mcmni kt kedai roti.anak dia amik roti jatuh kt lantai.eh dia nk masuk balik eh dlm tr ...

Kan….kena laa ajar prinsip berani kerana benar kat budak2…kalau salah, face it dan baiki

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.297645 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top