CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Menantu Tak Tolong Kemas Rumah Mentua Walau Menumpang, Beri Alasan Bukan Kediaman Sendiri

11-6-2023 03:17 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1461| Komen: 13

Description: Seorang wanita yang meluahkan isi hatinya di Twitter bagi mendapatkan sokongan sebaliknya dikecam hebat warga maya gara-gara sikapnya yang enggan membantu mentua melakukan kerja rumah atas alasan dia ...
Seorang wanita yang meluahkan isi hatinya di Twitter bagi mendapatkan sokongan sebaliknya dikecam hebat warga maya gara-gara sikapnya yang enggan membantu mentua melakukan kerja rumah atas alasan dia hanya menumpang dan rumah itu bukan kediamannya.


Dalam luahan tersebut, wanita terbabit berkeras bahawa dia tidak mahu terlibat dalam urusan kerja-kerja rumah di kediaman mentuanya kerana berpendapat itu bukan rumahnya sendiri.

Seorang wanita seharusnya cuba untuk membantu dalam hal-hal kerja rumah. -Gambar hiasan

"Saya baru kahwin dan dalam usaha cari rumah sendiri. Sementara tu saya tinggal di rumah keluarga mentua saya.

"Boleh diterima ke kalau saya tak tolong buat kerja dekat rumah tu. Saya segan sebab itu bukan rumah saya pun.

"Siapa suruh suami lambat nak dapat rumah," kata wanita itu dalam luahan berkenaan.

Luahan itu mendapat perhatian pemilik platform yang menegur wanita tersebut agar merendahkan egonya.


Warga maya menasihati wanita itu agar mempunyai empati dan membantu mentua mengekalkan kebersihan rumah apatah lagi dia juga tinggal di kediaman yang sama. 

Ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan wanita tersebut dan ada juga yang menganggap sikapnya itu tidak mempunyai 'common sense'. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lagubestbest 11-6-2023 04:31 PM
haha teringat time budak2. Parents hobi menanam keliling laman tapi yg kena buli maintain kemas lawa cantas potong dahan sampai petik pun apa semua I.
Quote kaedahnya 12-6-2023 12:10 AM
maaf cakap la. nampak gaya macam tak sesuai nak duduk sekali dengan orang lain i.e mertua or ipar. mohon pindah.
Quote Samerosie 12-6-2023 07:41 AM
Kalau tak nak menolong ringan kan mak mertua kau duduk la homestay ke hotel budget sementara dpt rumah pastu tak yah kemas pun x pe.  Tak yah masak tak yah buat apa kau guling2 je dlm simut sampai dapat rumah atau sampai meninggal pun boleh.
Quote SedihPedih 12-6-2023 08:05 AM
mak mertua tu apa susah.. suruh jela yg menumpang tu pindah kalau rasa diorang tu menyemak. Senang
Quote johan-adx 12-6-2023 08:23 AM
alasan utk org pemalas..klu dh sepah dpn mata pun tak mampu nk buat letaklah mana pun sama je perangai
Quote PULANGKAN 12-6-2023 11:42 AM

3 tahun aku ngadap kak ipar jenis ni. paham sangat
Quote myclass 12-6-2023 01:55 PM
eh macam tu pun boleh erk, sebab bukan rumah sendiri pulak. Kita ni beradab laa sikit duduk rumah orang
Quote jazaa100 12-6-2023 05:24 PM
Ni lah hasil bebudak dibesarkn di SBP , MRSM, SEK SAINS etc.....

Mak pak tak sempat nk ajar....
Quote aciksenah 13-6-2023 04:36 PM
jazaa100 replied at 12-6-2023 05:24 PM
Ni lah hasil bebudak dibesarkn di SBP , MRSM, SEK SAINS etc.....

Mak pak tak sempat nk ajar....

Ni perangai kebanyakan gen Y sekarang. Banyak lemak, buat kerja sikit dah rasa susah sangat dah.

Quote swimswim 14-6-2023 10:15 AM
Dah dpt duduk rumah free pun tak sedar diri. Ko sewa dkt luar dah dkt 1k satu rumah.. So Pandai2 la nk contribute effort worthy of rm1k kpd tuan punya rumah
Quote kucingitam 14-6-2023 10:37 AM
reverse psychology ni..supaya laki dia cepat2 cari rumah lain, pindah.. satgi ringan tulang sangat, jadi babu mertua dan ipar duai..laki plak tgk mak tak terbeban dgn kerja rumah, terus takmo cari rumah lain...
Quote Supersirap 15-6-2023 06:01 PM
Sikap bertimbang rasa tidak disemai sejak kecil
Quote chiyoasuka 28-7-2023 01:32 AM
Bila duk satu rumah dgn mertua ni kena la saling toleransi… klu tak, mmg gaduh la smpi tak hbs… mmg ada je yg xngam…

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.051946 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top