CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aaron Aziz Hadir Sebagai Tetamu Jemputan Je, Bukan Berlakon Dalam Extraction 2

7-6-2023 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1644| Komen: 17

Description: Datuk Aaron Aziz, 47, tidak terlibat dengan sebarang babak lakonan untuk filem Extraction 2.Pihak pengurusan Netflix di Malaysia mengesahkan pelakon itu sebaliknya hanya hadir ke tayangan perdana seba ...
Datuk Aaron Aziz, 47, tidak terlibat dengan sebarang babak lakonan untuk filem Extraction 2.

Pihak pengurusan Netflix di Malaysia mengesahkan pelakon itu sebaliknya hanya hadir ke tayangan perdana sebagai tetamu jemputan.




Datuk Aaron Aziz dan Iedil Dzhuhrie Alaudin adalah pelakon yang diundang mewakili Malaysia ke acara karpet merah dan tayangan perdana filem Extraction 2 bagi kawasan APAC yang berlangsung di Manila.

“Aaron Aziz dan Iedil Dzhuhrie Alaudin tidak terlibat dalam filem Extraction 2. Kedatangan mereka ke sana adalah berdasarkan undangan bagi mewakili Malaysia ke tayangan perdana,” respons agensi pengurusan Netflix di Malaysia, Maker Lab, selepas dihubungi Utusan Malaysia menerusi emel.

Namun, Aaron Aziz dan Iedil Dzhuhrie berkesempatan bertemu pelakon utama Extraction 2 iaitu Christ Hemsworth dan pengarahnya Sam Hargrave di satu pentas yang sama.


Mereka turut bergambar dengan bintang dari negara Asia Tenggara yang lain seperti Ananda Everingham dan Nawat Kulrattanarak.

Terdahulu, Aaron memuat naik beberapa video dalam laman sosial menceritakan keterujaannya bertemu bintang aksi terkenal dunia Chrish Hemsworth dan Sam Hagrave di Manila.

Extraction 2 merupakan sekuel daripada filem pertamanya yang terbit pada tahun 2020. Ia akan mula ditayangkan di Netflix bermula 16 Jun ini.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 7-6-2023 06:20 PM
semua orang tahu la heols hadir sebagai tetamu je...

takkan la dah terpleot sana sini nak hadir sebagai pelakon dalam filem tu pulak...

btw sebelah chris hemsworth tu serhoperr mamu sabut nyoq yach.. mau kena hempuk dek aaron kalau betul sebab heshe sibuk nak masuk campur hal sol haritu...

Quote EncikRhoma 7-6-2023 07:42 PM
dudaberhias replied at 7-6-2023 06:20 PM
semua orang tahu la heols hadir sebagai tetamu je...

takkan la dah terpleot sana sini nak hadir seb ...

Masalahnya ramai netizen ucap tahniah kat mat haron sebab diorang ingat mat haron berlakon dalam movie tu. Siap padankan muka samsul yusuf. Caption mat haron di ig pun macam mengundang sangat. Ingatkan berlakon sekali dengan thor. Rupanya jadi tetamu je. Hanjing sangat caption dia
Quote MadameOnion 7-6-2023 10:19 PM
Rasanya Aaron takdak kata pun dia berlakon dlm cerita tu.. Dia share gambaq sbb teruja jumpa Chris Hemsworth je.. But good for him.. Mana tau ada production luaq yg nak ambik dia berlakon action movie.. Aku rasa dia ada projek dgn Netflix jugak ni.. Tu pasal dijemput
Quote LembingDayanti 8-6-2023 12:31 AM
datang sebagai tetamu tapi dia punya megah tu macam la dia sang helang hebat di angkasa kah kah kah
Quote heythere123 8-6-2023 01:00 AM
hensemnya wakil thailand tu. Malas tulis nama sebab panjang sangat
Quote Rogue98 8-6-2023 01:12 AM
Lerrrr...gitu cerita dia. Tetamu pun jadilah dpd takde langsung.
Quote piro77 8-6-2023 11:46 AM
Kan penuh tersirat captionya pun sbb tu le ramai ingat dia ada berlakon sekali sipi2 pun.. wlpun i tak suka apa yg shamsul buat kat dia, tp i tak suka org macam ni. Relax2 sudahla
Quote cahaya_almas 8-6-2023 11:48 AM
Hsomenya hero tu..plg tinggi kt tgh2 tu..
Quote piro77 8-6-2023 11:49 AM
heythere123 replied at 8-6-2023 01:00 AM
hensemnya wakil thailand tu. Malas tulis nama sebab panjang sangat

Share pls dia punya drama or movie apa? Tgh boring nk cari drama/ movie, tp i nak tgk hero yg elok2 je
Quote nicolebaby 8-6-2023 11:59 AM
Ramai pulak yang congrats dier sebab dapat berlakon dengan Thor
malas membaca lah tu.
Quote heythere123 8-6-2023 12:02 PM
piro77 replied at 8-6-2023 11:49 AM
Share pls dia punya drama or movie apa? Tgh boring nk cari drama/ movie, tp i nak tgk hero yg elok ...

yang Nawat tu iols tak pernah tengok movie/drama heols tapi tahu la drama heols yg agak femes. Plerng Boon kalau tak salah, tapi awas drama tu ada penyondol

kalau Ananda, iols paling ingat movie Shutter. Pastu heols berlakon jugak drama Secret Garden (Thai Version), Go Away Mr Tumour (Thai Ver.) Kebetulan both heroin dalam citer heols tu lawa2
Quote KamikuP 8-6-2023 02:08 PM
Tak silap Sam Hagrave tu stunt double kpd Chris Evan aka Mr America
Quote HoneyManjer 8-6-2023 02:20 PM
hahahahahhahahahah gittuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote Burong_Hantuk 8-6-2023 02:23 PM
aron x nk komen ke psl pelawak singapork kutuk2 malaysia???
Quote dua_chzy 8-6-2023 02:25 PM
Apsal la Tuhan cipta rupa kokesen tu lebih superior banding rupa Asia, terutama belah Asia Tenggara. Tengok Aaron macam level kelindan lori ja berbanding Chris bila berdiri dekat2.
Quote sayurmayur88 8-6-2023 02:41 PM
dua_chzy replied at 8-6-2023 02:25 PM
Apsal la Tuhan cipta rupa kokesen tu lebih superior banding rupa Asia, terutama belah Asia Tenggara. ...

hahahaha, kuenss.. dengan badan sasa, mata biru, rambut pon macam2 warna ada.
Quote dua_chzy 8-6-2023 02:44 PM
Edited by dua_chzy at 8-6-2023 06:45 AM
sayurmayur88 replied at 8-6-2023 06:41 AM
hahahaha, kuenss.. dengan badan sasa, mata biru, rambut pon macam2 warna ada.


Tu la. Nyampah aiols ketara sangat tak adil. Weols kat Asia Tenggarq ni kalau takda kacukan lotsa mix memang rupa hutan ja uols. Sebab tu kot orang Asia sembah abes kokesen dulu, sampai jadik Rajah di India, di Malaysia (Sarawak).

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.048343 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top