CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pelawak Ini Pernah Bagi Anak Kepada Penjual Sayur Sebab Terlalu Miskin, Diberi RM154 Untuk Beli Jamu

6-6-2023 07:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 488| Komen: 2

Description: Pelawak kelahiran Indonesia yang cukup terkenal dengan nama pentas Elly Sugigi membuat pengakuan pernah menyerahkan anaknya kepada orang lain kerana kesempitan hidup.Hadir sebagai tetamu dalam sebuah ...
Pelawak kelahiran Indonesia yang cukup terkenal dengan nama pentas Elly Sugigi membuat pengakuan pernah menyerahkan anaknya kepada orang lain kerana kesempitan hidup.

Hadir sebagai tetamu dalam sebuah saluran YouTube di republik tersebut, pelawak dan aktres berusia 51 tahun itu mendedahkan kisah hidup lampaunya yang terlalu miskin hingga tidak mampu membeli susu.



IG

Berikutan itu, dia menyerahkan anaknya kepada seorang penjual sayur untuk dijaga dan dibesarkan dengan baik.

“Saya dulu terlalu miskin. Sampai ya Allah, maaf, saya telah memberikan anak kepada orang lain untuk dibesarkan. Saya tidak mampu membeli susu atau barang keperluan lainnya.

“Saya beri kepada penjual sayur. Walaupun jual sayur, saya tahu keluarga itu mempunyai agama yang baik.

“Jadi saya pilih berikan anak kepada mereka walaupun sempat ditawarkan oleh keluarga kaya dan mahu memberi saya sebiji rumah, tapi sebab tidak tahu apa agamanya saya tidak beri,” dedah Elly seperti dilaporkan Viva.co.id.


Tambah Elly, dia menerima sebanyak Rp500,000 atau sekitar RM154 hasil ‘pemberian’ anaknya kepada penjual sayur tersebut.

“Sudah seperti jual anak ya. Dapat RM154 buat beli jamu,” katanya lagi.



Usia anak perempuannya sekarang sudah mencecah 17 tahun. Katanya dia hanya dapat bertemu dan meminta maaf kepada anaknya sekitar tahun 2018 lalu.

“Sekarang hubungan saya dengan anak sudah semakin baik selepas bertemu pada tahun 2018.

“Cuba dulu memang dia pernah berkecil hati dan mengatakan sampai hati kerana saya sanggup berikan dia kepada orang lain.

“Tapi demi masa depannya yang lebih baik dan mahu dia menjadi seseorang yang berguna, saya berikan dia kepada orang lain kerana percaya hidupnya tidak akan indah bersama saya,” kata Elly yang juga merupakan seorang mangsa penderaan rumah tangga selama 12 tahun.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 6-6-2023 10:29 PM
Mak ai, aku baru nak puji tgk gambar 1st tu. Ckp, eh 51 tahun? Nmpk muda siot.
Sekali tgk thumbnail dkt video tu, nmpk muka dia, ehhh kok lain benerrr buk??
Quote eyansss 6-6-2023 11:14 PM
miskin sangat…  tapi katanya diberi rm154 untuk beli jamu?  aku malas nak play youtube dia yang panjang berjela…

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.040155 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top