CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zahirah Macwilson Tak Tergugat Kehadiran Artis Baharu

6-6-2023 10:04 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 553| Komen: 3

Description: Kehadiran pelakon baharu yang bagai cendawan tumbuh mungkin dilihat satu persaingan buat pelakon lama, bagaimanapun, aktres yang menempa nama menerusi drama Jangan Benci Cintaku, Zahirah Macwilson, me ...
Kehadiran pelakon baharu yang bagai cendawan tumbuh mungkin dilihat satu persaingan buat pelakon lama, bagaimanapun, aktres yang menempa nama menerusi drama Jangan Benci Cintaku, Zahirah Macwilson, mengakui tidak tergugat dengan kemunculan ramai artis baharu dan pempengaruh media sosial.


Wanita berusia 28 tahun itu melihat kehadiran mereka sebagai satu perkara positif bagi terus memeriahkan lagi industri seni tanah air yang semestinya memerlukan wajah-wajah baharu.


"Saya tidak cemburu mahupun tergugat dengan kehadiran mereka.

"Sebagai artis yang berpengalaman, saya juga mahu memberi peluang dan ruang kepada artis baru dan pempengaruh media sosial untuk mencari tapak dalam bidang lakonan," katanya kepada Harian Metro.

Dia yang sudah lapan tahun berlakon, berkata, dia juga bermula sebagai artis baharu sebelum berada pada tahap sekarang.

Malahan, ketika awal kemunculan, Zahirah akui lakonannya juga dikategorikan 'kayu'.



"Saya mula berlakon pada usia 20 tahun dan 'kayu' juga ketika mula terbabit dalam bidang lakonan.

"Apa yang penting, artis baru atau pempengaruh media sosial itu sanggup belajar dan serius untuk mencari tapak dalam bidang lakonan," katanya.

Mengenai lakonan pula, kata Zahirah, dia juga sudah kembali aktif berlakon dan anaknya, Isaac Raees, juga sudah berusia dua tahun.

"Saya masih dapat tawaran berlakon termasuk watak utama cuma mungkin kerana banyak terbabit dalam projek lakonan menerusi platform digital dan online, orang tidak nampak wajah di TV.

"Saya juga lebih selektif dari segi watak dan mahukan watak yang lebih mencabar dalam filem genre aksi atau cerita dari inspirasi kisah benar," katanya.


Ditanya perancangan masa depan pula, dia dan suami juga pelakon Aiman Hakim Ridza juga merancang untuk menjadi penerbit pula pada masa depan.

"Kami sudah sampai satu tahap tidak lagi kejar glamor dan populariti sebaliknya mahu menceburi bisnes dan bergelar penerbit pula.

"Produksi itu sudah ada cuma belum mulakan projek sahaja lagi." katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 6-6-2023 11:05 AM
baiklah kak
tapi dia berlakon mmg lerrrrrrr tak best
Quote heythere123 6-6-2023 11:09 AM
sejak kes sheols defensive lepas post gambar sebesar alam dengan GG, terus macam mehh
Quote dudaberhias 6-6-2023 11:11 AM
bagus la kalau fikir macamtu... sebab in the end bila dah tua2 nanti sendu jugak macam retis2 veteran lain gittuhh... takde la terketap2 bibir melihat pelakon2 bbnu muda yang rhoperrr lebih vazzz... joget2 kat tiktok serhoper gampunk je dapat 5k...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.071670 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top