CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

A. Aida Puji Lakonan Ismail Izzani Sebagai Hero, Tak Kisah Netizen Gelar Nobita

3-6-2023 10:30 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1070| Komen: 16

Description: Baru-baru ini, pemilihan penyanyi Ismail Izzani, 23, membintangi drama berjudul Bukan Hanya Sekadar Cinta menjadi kritikan umum.Rata-rata, ramai yang berpendapat Ismail kurang sesuai menjadi hero dram ...
Baru-baru ini, pemilihan penyanyi Ismail Izzani, 23,  membintangi drama berjudul Bukan Hanya Sekadar Cinta menjadi kritikan umum.

Rata-rata, ramai yang berpendapat Ismail kurang sesuai menjadi hero drama terbabit kerana kelihatan terlalu muda.


Malahan, ada yang menyamakan wajah penyanyi lagu Luar Biasa itu seperti karakter Nobita dalam siri animasi popular Jepun iaitu Doraemon.


Penerbit drama berkenaan, Datuk A. Aida tampil mengulas perkara itu dan berkata ia tidak sepatutnya dijadikan isu besar.

Malah, Aida atau Zaidah Awang, 53, enggan ambil pusing dengan kritikan netizen dan menganggap Ismail adalah seorang pelakon yang berbakat.

"Kalau netizen nak cakap dia macam Nobita, terserahlah tapi dia adalah Nobita kesayangan saya sebab lakonannya memang tidak perlu dipertikaikan.

"Mail (panggilan Ismail) seorang pelakon yang bagus. Nobita pun Nobita lah. Tapi dia Nobita yang comel. Paling penting lakonannya memang perfect," katanya.


Dalam pada itu, Aida turut mempersoalkan tindakan netizen yang dikatakan memilih paras rupa sedangkan dirinya pernah dikecam teruk gara-gara membuat kenyataan mahu mencari pelakon yang kacak dan cantik.

Kata Aida, dia memilih Ismail kerana bakat yang dimilikinya dan tidak teragak-agak untuk memberikan tawaran lakonan kepada aktor berkenaan lagi.

"Dah dulu semua orang cakap saya ni memilih rupa, sekarang ni ternyatalah A. Aida tidak memilih rupa. Betul tak?

"Maknanya netizenlah yang pilih rupa. Bagi saya, saya mementingkan bakat juga. Lakonan Mail memang sampai. Dia seorang pelakon yang natural.

"Saya memang puji sikap dan lakonan Mail dan saya tidak akan teragak-agak untuk mengambilnya berlakon semula," ujarnya.



Sementara itu, Aida juga yakin Ismail tidak mudah melatah atau berkecil hati dengan kritikan yang diterima kerana pelakon itu seorang yang terbuka.

"Saya dah mengenali Mail ni lama. Saya tahu dia boleh terima apa saja kritikan. Saya rasa kritikan ini tidak menjadi satu isu kerana tidak boleh memuaskan hati semua orang.

"Secara peribadi, saya amat berpuas hati dengan lakonan Mail. Orang nak cakap apa pun biarlah sebab kita tak boleh nak tutup mulut netizen," katanya.

Selain Ismail, drama 28 episod terbitan A. Aida Production itu turut dibintangi oleh Sofia Dendroff, Dian P. Ramlee dan pendatang baharu, Muaz Zabir.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 3-6-2023 10:39 AM
Ya nek zaidah.nurtizen byk songeh tapi time kol 7 tercongok depan tv...solat magribpon kol 8.15 sebab tunggu cite acik abis
Quote putericahaya999 3-6-2023 10:47 AM
Weh meletup la mail nobita pasni
Quote I.K.A888990 3-6-2023 10:53 AM
okaaaaayyyyyyyy
Quote syamzana 3-6-2023 11:10 AM
dalam pic atas tu macam kakak nikoh adik jadi pengapit. ikut la nek aida, yg tgk pun maybe remaja/makcik2 pencen takde keja nak buat.
Quote kuceeng 3-6-2023 11:18 AM
so makcik zaidah awang ni setuju la yg si dak mail ni takde rupa?
Quote bedahmenjuyah 3-6-2023 11:24 AM
Lantak hang la bukan cheq nak tgk pun. Kejap pilih rupa kejap pilih bakat. Whatever...
Quote kuzaime 3-6-2023 11:39 AM
Menda pulak macam Nobita?? Macam Suneo aje adalah
Quote hokeypokey 3-6-2023 11:44 AM
cian mael, rupanya kategori takde rupa!! hihihi
Quote adiwarna 3-6-2023 12:00 PM
Setiap pelakon ada wajah dan perawakan tersendiri, itu sbb casting sgt2 penting dlm pemilihan utk watak, rupanya, gayanya etc etc

Wajah dan imej ismail izzani tentu2 watak yg paling sesuai utk dia ialah remaja sekolah, kolej, anak2 etc bukan sbb hensem ke x hensem

Nek aida, ko mmg FAIL casting, nekkkkkk
Quote anilanil 3-6-2023 12:17 PM
Ok la, terima je la hakikat dak mail mmg ada kabel. Tp dandruff tu pon ada kabel ke? Utk muka cam dak mail ni, heroin under age je yg sesuai cam dak raisah tu. Mia pon bole la even mekap sekati.
Quote imransulaiman 3-6-2023 12:41 PM
Kesian Mail kena label takde rupa. Macam bodoh pula kenyataan Aida tu.

Cuba try test ambil anak tiri Zain pula.
Quote Perawankota 3-6-2023 02:00 PM
Perempuan tu nampak tuaaa
Quote azimodin 3-6-2023 02:38 PM
adiwarna: Setiap pelakon ada wajah dan p ...


Mail sesuai untuk siri SMK kat astro ceria
Quote ciksom 3-6-2023 02:53 PM
Muka mail tak sesuai cerita ni. Aku dah try dua kali nengok citer ni. Cannot go. Tak sampai 3 minit terus tukar chanel. Tak de selera.  Macam mana tok da berselera nengok nyer.
Quote dudaberhias 3-6-2023 04:06 PM
lakonan heols meskipun masih kaku... tapi better yach dari pelakon2 lain untuk first timer... betul la apa nek aida puji tu... cumanya casting out... macam adik dan kakak jah suami isteri... macam tengok dokumentari kes jenayah adik kongkek kakak... kaka kongkek adik kat isu semasa tu...

buat citer cinta budak sekolah yang kemut berlakon tu lagi sesuai... cuma hero heroin di gantikan dengan si budak mael ni dengan sorang heroin muka babyface (bukan kemut muka tua sebelum usia ofkos)

Quote zuuu 3-6-2023 04:55 PM
kuzaime replied at 3-6-2023 11:39 AM
Menda pulak macam Nobita?? Macam Suneo aje adalah

Tapi gambar dia yg kat atas tu mmg nmpk macam nobita...sekali pompuan yg bdiri sblah dia tu pon aq dh nmpk mcam sizuka

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.055826 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top