CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharnaaz Ahmad Puji Melambung Syafiq Dan Syamsul "Yusof Haslam Lahirkan Dua Gem Yang Sangat Power Dalam Industri"

2-6-2023 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 564| Komen: 5

Description: Sharnaaz Ahmad puji kehebatan kedua-dua anak Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof dalam pengarahan filem.Kata Sharnaaz mereka memiliki cara dan kepakaran tersendiri dalam menghasilkan fi ...
Sharnaaz Ahmad puji kehebatan kedua-dua anak Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof dalam pengarahan filem.

Kata Sharnaaz mereka memiliki cara dan kepakaran tersendiri dalam menghasilkan filem yang berkualiti.


Foto: IG

Syafiq memiliki perwatakan yang sangat teratur dan tenang ketika bekerjasama menerusi filem Polis Evo 3.

“Saya bekerja dengan Syafiq dahulu, kemudian baru-baru ini baru saya bekerja dengan Syamsul. Bila saya kerja dengan Syafiq, dia macam sangat tenang.

“Cara dia bercakap dengan awak sangat berbeza. Dia punya direction tu lebih kepada A,B,C,D (berperingkat), kalau tak faham, apa lagi kau nak. Very simple dan clear. Dia punya penceritaan tu senang cakap very cool,” katanya seperti dipetik melalui XTRA.



Namun, Sharnaaz turut mengakui cara pengarahan Syamsul menerusi filem The Original Gangster sangat berbeza dan menyifatkan pengarah itu seorang yang ‘perfectionist’.

“Syamsul different and totally different. Bila saya bekerja dengan dia saya nampak macam diri saya. Sangat perfectionist. Dia sangat perfectionist level dia macam kita taknak langsung tengok dia ‘smirk’ bila dia tengok monitor.

“Kau takkan nak tengok muka tu. Kalau boleh nak macam dia tenang je. So cara approached dia tu kita bukan nak impress dia tapi kita nak dia happy. Bila dia happy dia akan tunjuk result tu lepas tu.

“Dia akan panggil kita dan tunjuk sikit je sebab dia edit terus. Dia dah set benchmark for you."



Kagum dengan kehebatan mereka, Sharnaaz turut memuji bapa mereka, Yusof Haslam kerana telah melahirkan dua permata yang hebat dalam industri perfileman negara.

“Kalau tanya kat saya, dua-dua ni adalah gem dalam industri kita. Satu je aku cakap, Datuk Yusof Haslam lahirkan dua gem yang sangat power dalam kita punya industri.

“Jadi, kalau kau nak Syafiq, dia ada cara dia. Syamsul ada cara dia dan dua-dua power dari semua segi agama punya cerita, gangster atau action ke dua-dua ada trademark masing-masing yang berlainan.


Foto: The Star

“Kalau tanya mana satu yang bagus, saya tak kisah pun kalau letak Syamsul bagus, Syafiq pun bagus sebab bagi saya setiap orang dia punya dua ni is hard to find tu je.

“Jarang dengar cerita dorang tak meletup. Mustahil sebab dia punya vision is different,” katanya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epal_putih 2-6-2023 10:59 AM
Wahhh mamu
Terbaik politik
Quote Orangkaya99 2-6-2023 11:00 AM
tapi lagi best mase ghaz buat crite polis evo.. hehe
Quote prizadane 2-6-2023 11:00 AM
Halah… puji pun sebab nak dapat job kan? Mana tahu rezeki dapat jadi cam A Galak. Ikat kontrak forever dengan skop production
Quote I.K.A888990 2-6-2023 11:05 AM
jilat jgn tak jilat
Quote Sazreena 7-6-2023 01:09 PM
Gem la sangat...Syafiq tu ok la but Samdol Badigol tuuuu..puhleeez. Sementara org nampak ni haruslah jilat ennn..jgn sok jadi cam dak haron. Badan gemuklah..injured la. Habis madu....that's it la yuuu.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.041020 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top